Assalamualaikum,
Hany ada terbaca dekat satu blog. ni lebih kurang la hany taip balik ni sebab hany dah lupa blog mana, carik tak jumpa pulak.
“Pakaian yang menutup aurat bagi seseorang wanita ISLAM, adalah apabila pakaian yang dipakainya itu,boleh digunakan untuk SOLAT tanpa perlu memakai pakaian tambahan, iaitu telekung atau kain sembahyang”
bila baca kan, Ya ALLAH, aku ni jauh benar lah hai, kalau nak solat tu, takkan LULUS pakaian yang hany pakai ni, mesti kena guna extra kain la, kain sembahyang. betapa jauhnya lagi…ini baru dari segi pakaian, dari segi amalan? Ya ALLAH…semoga diberi kesempatan buat diri ini untuk berubah dan menggapai segala nya sebagaimana dituntut ISLAM…ameen…
Bukan nak tunjuk pandai, apatah lagi nak bagi nasihat pada orang lain, tapi sebagai perkongsian buat semua.
Kalau di tengokan, difikirkan, dikaji (tak leh ada kan), nauzubillah…sekarang ni macam macam dah berlaku kan, dunia sememangnya dah makin uzur…dengan bencana kat mana mana saja kan. Kita ni sebagai khalifah ALLAH, dah macam kembali ke zaman dulu kala dah, dari segi pakaian, dari segi perbuatan, masalah sosialnya…nauzubillah mintak jauh la semua…
serius, tak boleh nak salahkan siapa siapa, pokok pangkalnya diri sendiri kan. yer lah ibu bapa dah lakukan tugas didik dari segi duniawi, dari segi agama…kalau yang tak lakukan tugas tu, hurmm fikir fikir sendirilah, guru pun dah bagi didikan…lepas tu terserah pada diri lah kan, nak teguhkan pendirian, teguhkan keimanan tu. bila jumpa/datang godaan…hanya diri sendiri je yang mampu tempis atau ikut kan….
aperpun, marilah sama sama fikirkan sejenak apa yang dah berlaku. dan sekiranya kita boleh buat tindakan untuk ke arah kebaikan, apa salahnya kita mulakan tindakan itu…sesungguhnya kita sebagai umat ISLAM ni, setelah tamatnya kehidupan kita di dunia ini, dan bakal menjalani kehidupan di akhirat, ingatlah 3 benda ini yang bakal menolong kita:
1) Sedekah Jariah | Amalan bersedekah semasa hidupnya, tak kira lah sedekah apa kan, janji yang membawa kebaikan dan manfaat untuk orang lain. |
2) Ilmu yang bermanfaat | Ilmu yang diajarkan kepada orang lain yang mana memberi manfaat pada orang yang diajarnya |
3) Anak yang soleh | Anak soleh yang mana sentiasa berdoa untuknya… |
**sharing is caring**
8 comments:
Salam Hany.. Lama tak nampak aik.
@JS
JS...sudah transform??? oppsss maaf yer..;) JS yg lama menyepi...
Perkongsian yg bagus utk semua termasuk diri kita sendiri meskipun kita blm lagi berada ditahap tersebut
tq share kat sini hany:)
yelah..masa ada waktu utk kita melakukan perubahan kan..insyallah
i pung jauh jugok lg huhuhu
yelah hany..azi pn cam jauh lg tu tp sama2 berubah kearah yg lebih baik kan
alahai... diri ini pun masih serba kekurangan.. semoga sempat lagi nk berubah ke arah kebaikan.
InsyaAllah, kak... :)
Post a Comment