Assalamualaikum,
Hurmmm saat ni masih lagi di Pulau Duyong,rumahku syurgaku. Masih lagi bercuti. Sebab ayah hany masih lagi di hospital.
Ahad,14nov,ayah hany masuk hospital,mak hany call bagitahu tapi katanya tak ada apa pun just sakit perut je. So oklah mak pn cakap xyahla balik dulu kan. Apa apa mak inform balik.
Isnin hany call tanya keadaan ayah hany,mak cakap tak ada apelah. Biasa je pun macam biasa je sakitnya. Tapi hati hany tak sedap dan terasa sangat nak balik. Pagi isnin tu,banyak kali jugak lah hany call mak hany tanya betul2 kan. Jawapan nya masih sama tak ada ape. Sakit biasa jer. Kebetulan mz cuti isnin selasa khamis. Buat keputusan,isnin pagi gerak terus balik ganu.
Elok je sampai kat pahang. Baru je masuk pahang mak hany call tanya ada kat mana,lambat lagi ke nak sampai bagai kan. Hany dah risau ni kot kot la ada apa apa kan. Then barulah mak bagitahu,s sbnrnya AYAH HANY DAH TAK SEDAR LANGSUNG. Sejak dari pagi lagi. Masa tu tak tahu dah apa nk buat. Makcik hany call cakap bawak kete elok2,hati2 jangan fikir sgt. Ayah hany tak ada ape.
Hany sampai dalam kul8mlm. Terus ke hospital la.ya ALLAH mmg ayah hany tak sedar,brnafas pun pakai tiub pernafasan yg dimasukkan dlm
Mulut tu,kat hidung pn ada tiub. Mesin kiri kanan la. Terus menangis masa tu. Hany cakap kat mak hany,kesian tengok mcm ni,buangla tiub ni semua macam lagi seksa je. Mak hany diam jer.
Sepatutnya ayah hany kena pinsah ke CCU,tapi dek katil penuh kenala tunggu kat wad biasa.sedih kan.xperlah nanti dah siap bangunan baru kt hospital tuh hrap2 tak ada la sesak sgt wad kan.
Tak silap 15nov ayah hany pindah ke CCU. Di CCU memang tak boleh menunggu kan,so hany bawaklah mak hany ulang alik ke hospital. Better tidur kat rumah.at least tidur elok sikit selesa. So that tak ada la masalah xcukup tidur kan.
Masa kat CCU ayah hany antara sedar tak sedar.dengan tiub dalam mulut,hidung, setiap kali ayah hany mcm nk bercakap ya ALLAH seksa sangat. Tapi series hany tak menanges pun,air mata tak menitik pun.mana tah kekuatan tu datang kan.dlm CCU saat tu ayah hany je mcm tu. Yg lain semua elokla boleh brcakap makan kan.
Lepas tu pulak,doctor mintak persetujuan untuk buat dialisis pulak sebab buanh pinggang banyak toksin lak kan. Hany call abang hany tanya macam mana kan walhal hati hany memang setuju jer.lepas mak & abg hany setuju hany sign je lah. Lagi pilu tengok kat perut pulak ada tiub masuk.
Lepas ayah hany dah sedar,tiub dalam mulut pun dah buang, ayah hany duk cakap sakit sakit. Lepas tu ayah hany mintak air pulak.tp doctor xbg minum air dulu. Sangat kesian masa tu duk mintak air je. Mak hany siap keluar dr wad tu sbb tak tahan tengok.
Dan Alhamdulillah,saat ni ayah hany dah beransur pulih.cuma sekarang ada lelah je sikit lagi. Kalau tak dah boleh balik rumah dah.
Hany akan cuti sehingga ayah hany keluar hospital. Sebab kesian mak hany. Nak ape ape tak ada org hantar. Ni pun kira gilir gilir jaga la.
Aperpun redho je lah. Kena lah cuti kan. Dahla hari hari hany tak jaga ayah sbb duk jauh. Time sakit mcm ni lah kena ada kan...
**ingat lagi masa hany demam dulu dulu,hany penakut makan ubat ayah siap hancurkan ubat dlm air panas, supaya hany senang nak mkn ubat**
- Posted using BlogPress from my iPhone
- Subscribe to RSSkeep updated!
Tuesday, November 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
Jalan Jalan
Popular Posts
-
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ • Assalamualaikum, Kalau bab popia ni, tak kira lah, popia simpul ke, popia gu...
-
Assalamualaikum... Se'eh dan So'oh, bunyi dan eja pun berlainan...tapi membawa maksud yang sama. Maknanya adalah keadaan dimana per...
-
LEBONG yer kawan kawan! Cara sebut LEBONG: LE – bunyik macam LE dalam perkataan LE BAH BONG – bunyik BONG tu macam perkataang BONG K...
-
Taknak berkias kias, merapu merapan…ni ha hany nak bertanya, korang tahu tak LAICI DALAM TIN tuh? ha hany nak bertanya, LAICI DA...
-
Ha warna versi Ganu dah buat, maka hari ni, kita pergi ke Kelate pulok yer. ini pun sumbangan MZ lah. hany memang tarak tahu loghat kelat...
Blog Archive
-
▼
2011
(609)
-
▼
November
(32)
- Hijrah Sperma Menjadi Seorang Manusia
- Kisah di hospital
- Untuk anda yg menggunakan highway karak
- Tertunggak
- Kekalkan Kesihatan @WW
- Ayah
- Musim Tengku Joe
- Kakhijau tak ada takbesh katanya ;)
- Bukan bermaksud anak itu menyusahkan...
- Masih bengkak
- Salam pagi JUMAAT
- Kebiasaan yang berubah...
- Masih di Terengganu
- Retak
- Majlis Persandingan Anak Tan Sri Rozali (SYABAS)
- Macam macam la hai…
- Amalkan, semoga termakbul…ameen
- 7
- Pasti dikunjungi…pasti…
- Aidilfitri, semua gambar tarakkkk, ha kali ni adal...
- Putu Kua
- Paung Goreng
- Nak hijau sangat kan;)
- Salam Aidiladha
- Anugerah Skrin 2011
- 10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa
- Alhamdulillah...
- Breakfast RM16.50
- Tom Grey
- Sudoku for your coffee break. @WW
- Bukan dawai lagi ;)
- Terangnya Ganu
-
▼
November
(32)
Powered by Blogger.
7 comments:
Mungkin kadar urea tggi sbb itu kena wat dialisis gt.itu antara sbb bila ayah hany x sdr br nih.serupa mcm mak mertua kena br nih.
Apapun smg ayah hany beransur pulih hdknya.amin
Alhamdulillah...semoga sehat kembali...Amin
alhamdulillah hany, ayah ko dah ada perkembangan positif dah.. moga bertambah baik nanti. elokla ko cuti. mak ko pun ada ko kat sana. bab2 kerja jangan pikir lagi. family first.
terkenang kat ayah di kampung..
semoga ayah hany semakin sembuh hendaknya... tabah ya hanny.. semoga semuanya dipermudahkan olehNya..
SEMOGA AYAH HANY LEKAS SEMBUH YE....
semoga hany tetap tabah ye dan semoga ayah kembali segar dan sihat,....amiiiin
sayu nyer aku baca entry ni ani.....sabor yer..
insyaAllah pasti ada hikmahnyer
Post a Comment