Monday, October 3, 2011

Hulu Langat, kali ke3 sampai nih ;)

Assalamualaikum,

Weekend baru ni, mzhany ke hulu langat, ada kenduri bekas opismate hany dulu. dulu pernah pergi sekali rumah dia, lepas tu pergi sungai tekala, eh kat hulu langat kan sungai tekala tuh? and then weekend baru ni la sampai jugak ke sana akhirnya…

Kendurinya adalah dua pasang pengantin, sebelah perempuan lah, yang membe hany nih si kakak…di sebabkan dua pasang sekaligus, mak haihhhh ramai orang weh. dah la kitorang sampai lambat, pengantin lelaki dah sampai dah. maka penuh weh orang. tapiiii khemahnya banyak, yer lah kan untuk dua pasang pengantin kan….

IMG_1005 nunnnn di hujung sana yang kaler kekuningan sikit tu, ha tu lah pelamin.

IMG_0984 pasangan pengantin yang sporting…bergambar gedix gedix ahahaa

IMG_0988ni semua opismate hany, kecuali pasangan pengantin lah ;)

 

Mula mula kitorang sangka macam tak ada ruang la nak makan kan, yer lah dengan orang ramai nyer. Kitorang cari tempat makan, serius langsung tak nampak meja kosong, pandang MZ…then kitorang setuju ambil makanan dulu, lepas tu baru lah cari meja kan. dah hamek semua makanan, lepas tu terkial kial cari tempat makan.

Sekali datang la sorang pakcik tepuk bahu MZ dan bawakan MZ ke meja kosong, owhhh serius terkejut, sebab tak sangka ingatkan majlis macam ni, ha pepandailah ko cari sendiri tempat makan kan. semua dah ada ko amek ko cari tempat duduk, ko makan. tapi Alhamdulillah… ada orang yang jaga untuk ambil tahu akan hal ni. Pakcik tu siap carikan kerusi dari mana tah sebab tak cukup.

ELok jer hany siap makan, membe membe hany panggil ajak bergambar dengan pengantin. hany cakap kat MZ dan terus berlalu menuju ke arah pengantin, hehe suami ikut ok kat belakang, dah jumpa pengantin ko huuuhaaahuuuhaaa…tak hengat dunia…pengantin lak sporting, semua pakat nak amek gambar dgn pengantin…sudahnya kena sound dgn kamerameng, sebab ada acara lagi lepas tuh. ahahaa….

IMG_1002 alahaiiii kesian suami ku…

dah lepas semua, baru mencari cari suami. kehkehkeh…lepak kat sini ropenyer. lepas tu hany sambung makan kueh mueh lak. ada teh tarik…

Kakak, Selamat Pengantin baru, semoga berbahagia, bergembira, sihat, di dalam rahmat dan redhoa NYA sokmo…ameen…semoga beranak pinak…dan semoga semuanya yang baik baik sahaja buatmu dan pasangan mu sehingga ke alam syurga…ameen.

3 comments:

wida said...

singgah sg tekala tak?
dekat dgn kmpg wida..semenyih, dulu masa kecik2..sg tekala lah tmpt berkelah kami

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

wah boleh tahan ramai tuuu....

Rohani Hashim said...

@wida
alaaa tak singgah, sebab time balik tu hujan.o dekat semenyih eh...


@kakd
ha tu ler memang ramai....

~TQ Dear~

Followers