Rabu,
singgah di pasar malam sebelum pulang, kerana Rabu adalah hari tak payah masak;)
Di penghujung pasar malam,
terdapat ramai orang berdiri melihat sesuatu…nak dikatakan jual ubat, tak ada pulak bunyi bising bising suara dari mikrofon. teruskan perjalanan, dan sekarang dapat lihat dengan jelas.
~ Penguatkuasa MPSJ ada 4,5 orang sedang berdiri memerhatikan sesuatu
~ begitu juga orang ramai di sekitarnya
~ Buah cempedak di luar pagar bergelimpangan dia atas jalan, dan ada yang pecah mengeluarkan isinya. perghhh nampak sedap je, goreng pasti lagi sedap ni…
~ dan seorang lelaki sedang mengemas barang2 sambil membebel, marah marah dan air mata ada dikelopak matanya
~ ada seorang wanita dan anak kecil. tidaklah bayi, tapi masih anak kecil lagi
Memang tak tahu cerita sebenar,
tapi ada sorang makcik cerita, penguatkuasa mencampak barang barang lelaki tersebut ke jalan. dan mungkin lelaki itu diarahkan tidak berniaga di situ. Makcik yang becerita tuh, menagis ok melihat kejadian ini.
ada yang soksek soksek:
“mungkin dia berniaga untuk dapatkan sedikit duit untuk makan minum anaknya”
lagi lah sedih dengar kan.
Dek tidak tahu cerita sebenar:
mungkin lelaki itu tiada lesen atau tidak berdaftar untuk berniaga di situ
lalu penguatkuasa menyuruh nya beredar, dan tidak puas hati lelaki itu marah marah dan enggan beredar. tapiiiiiii yang menjadikan sakit hati…
Takkan la sampai campak campak semua barang barang dia tuh. heiiii itu rezeki tuh. 2biji cempedak rosak, saiz besar tau. rezeki ok rezeki…kesian kan la lelaki tu. perempuan yang bersama dia (maybe isteri) berdiri di belakang kereta sambil menangis. kesian sangat sambil mendukung anak. mesti dia pun ketakutan…
hany tak tahu la,
memang ini cara kerja mereka. serius tak tahu. tapi takkan tak boleh cakap elok elok. memang mereka ni hati kering la agaknya.
apa yang hany perasan, penguatkuasa ni, kalau melayu punya perniagaan cepat je dia kacau. heyyy hany bukan bercakap semborono ok. before nih dah pernah tengok, kedai makan yang gunakan parking kereta dan letakkan meja kerusi, kena rampas ok. melayu tuh. dah waktu malam kan, mana ada orang bekerja nak letak kereta. tapiiiiii, area sini jugak, kedai cina bukan setakat letak kat parking kereta malah menganggu lalu lintas, tak ada tindakan pun.
tak tahu la kan…
serius,
tak boleh bayangkan muka lelaki tadi. sedih sebab ternampak isteri yang mendukung anak nya bersama….
7 comments:
astaghfirullah
sy tak suka sangat2 dengar cerita pasal parents yang bersusah payah nak cari rezeki utk anak2 tp diperlekehkan,dihalang usaha nak cari rezeki.apatah lagi dgn cara tade perikemanusiaan mcmni!sangat2 tak sanggup dengar,apatah lg lihat air mata seorang ayah atau ibu menitis sebab dihina sampai macamtu sekali!
benci2!
Ya Allah... sampai camtuh ker.. name pon penguatkuasa kak.. mesti gila kuasa lah tuh.. mingkin ni hari dia kak.. tunggu la balasan tuhan nanti.
...kesian pula kak munna membaca nya...klu depan mata mesti rasa tak puas hati juga... walaupun berdegil bagilah amaran yg lebih bertoleransi sikit.... jatuhkan semangat org melayu nak berniaga aje
mencik penguatkuasa gtu.. dia cuma boleh halau. bukan rosakkan barangan orang tu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! eeei dni geram!
doa org teraniaya dimakbulkan Tuhan. takut org tu ckp yg bukan2 je kat penguatkuasa tu. kalau family penguatkuasa tu kucar kacir mungkin salah satu doa tu dah naik ke langit
sekurang-kurangnya jgnlh cmpk rezeki tu.nak saman atau kuar kompaun, bagi jelah.
mmg x perikemanusiaan langsung!
kesiannya :-(
Post a Comment