Sunday, May 1, 2011

Bolehkah kita jadi org mcm ni?

 

Dlm entri http://www.mzhany.com/2011/04/khutbah-jumaat-hari-ini.html lps aku ade ckp…

 

 

“Org kebykn mcm kita xberani tegur org yg berkuasa. Org2 yg berpegang teguh kepada ajaran islamlah yg berani. Kalau xde dorg ape akan jadi? tsunami??”

 

 

Inilah salah satu org yg berani tegur…

 

 

sumber: click here

 

 

KUALA LUMPUR: Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz mengingatkan trio Datuk T supaya mengingati azab Allah, sebelum salah seorang daripadanya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat.

 

 

Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi ‘khutbah’ kepada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul petang tadi.Kehadirannya pada mulanya disangka Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 

 

Beliau kemudiannya mengambil tempat dan duduk di hadapan ketiga individu berkenaan sebelum Eskay bersedia mengangkat sumpah.

Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, beliau berbuat demikian supaya Eskay memikirkan semula tindakannya yang boleh memakan diri berikutan sumpah laknat tersebut.

 

 

Uts-Shamsul-300x225

 

 

 

Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada indivitu terbabit.

 

 

“Saya ada menghulurkan buku itu kepada Eskay dan memberikan nasihat berbunyi ‘jangan ambil kira habuan dunia kerana azab Allah lebih pedih’.

 

 

“Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat,” katanya.

 

 

Tambahnya, beliau juga menyedari bahawa Eskay membaca sumpah berkenaan mengikut skrip yang ditulis pada sehelai kertas selepas enggan menerima nasihatnya.

 

 

“‘Skrip’ yang disiapkan kepada Eskay itu tidak dapat mengelakkan beliau di dalam jenayah qazaf,” katanya yang percaya skrip itu disediakan pihak tertentu.

 

 

Sebelum ini Shamsul memberitahu bahawa sumpah membuktikan pertuduhan zina cuma dilakukan oleh pasangan suami isteri, seperti digariskan dalam perundangan Islam.

 

 

Sumpah tersebut dipanggil sebagai sumpah Li’an yang dinyatakan dalam Al Quran dalam Surah An Nur.

 

 

“Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri,” ujarnya.

 

 

**semoga kita semua dijauhkan dari azab ALLAH…nauzubillah…hanya mereka dan ALLAH s.w.t yang mengetahui kebenaran…**

 

~MZ~

9 comments:

Ardini Humaira said...

entahla kak... duk sebok je media ni pasal video seks tu... siap tunjuk dalam berita. diorang ingat berita tu budak2 tak tengok ke ape... bagus sangat je tayang kat berita

fiqkbe said...

x sabar nak tau saper betul saper salah. hehe...

p/s: selamat hari pekerja =)

Diyana said...

mmg betul ape pendakwah bebas tu nasihatkan. tp diyana rasa,apa yg jadi skrg bukan bende main2.bende sangat serius. sumpah laknat memang tak pernah berlaku even semasa zaman baginda Rasullah SAW. Rasullah pernah meminta 1 kaum tu lafazkan sumpah laknat untuk buktikan tuduhan mereka tapi kaum itu menarik balik tuduhan mereka kerana mereka tahu mereka di pihak yang salah ,dan baginda di pihak yang benar.DAN MEREKA TAKUTKAN AZAB DARI ALLAH.

kalau kita tengok sekrang, kenapa sampai ada yang MUNGKIN RAMAI YANG BERPENDAPAT mereka2 3 trio ini bermain2 dengan sumpah kepada Allah. tapi,macamana pula...kalau sememangnya,mereka ini di pihak yang benar?[yang ni, ramai tidak cuba nak faham..semua buat tak nampak,sebab masih percaya yang didakwa itu dianiaya]

sumpah akan hanya memakan diri orang yang berdusta. kita wait n see apa yang MUNGKIN AKAN TERJADI kepada saiful bohari,dato najib dan 3 trio ini yang telah pun lafazkan sumpah laknat..

mungkin kepada mereka,atau pihak di sebaliknya. Waalahualam.

kita sama2 berdoa semoga kebenaran akan muncul sedikit demi sedikit..mudah2an.

qasehraihan said...

sangat xsuka dengan isu itu..ayoyo..huhu

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/05/gores-dan-menang.html

MZ said...

terima kasih saudari Diyana kerana sudi komen. skg ni kita berckp psl ISLAM. sifir mudah je. Dlm islam nk tuduh kena bwk 4 org saksi. Kalau xde 4org saksi si menuduh kena qazaf iaitu 80 sebatan. Kes liwat ni kena selesai bwh mahkamah syariah bkn sivil. Bila si tertiduh bw ke mahkamah syariah, menteri di jbtn menteri yg beragama ISLAM cantas mnyebbkn kes gugur. Kalau kita xikut ISLAM maka kita melwn ALLAH. kalau xnk ikut ape yg ALLAH suruh jgn duduk di atas bumi DIA ni. Cari planet lain yg ALLAH xcipta.

Kataknlah trio tu benar. Mana satu yg benar bila si anak yg dirogol bapak, lps tu dia buat laporan polis n then si bapak buat sumpah laknat.

Diyana said...

skali mz la yg reply..hee.

cop!ayat yg terakhir tu..tergantung.katakan trio itu benar,then?..;)

mudah2an,berkat doa kita semua..kebenaran akan muncul.insya allah yang teraniaya akan terbela.

peace eh hany n mz..kite tk nak panjang citer.skadar memberi pendapat.:)

Chybee said...

tak tahu la apa nk jadi dgn malaysia. negara lain sibuk fikir pasal rakyat and apa nk buat utk bangunkan negara. kite sensasi benda2 mcm ni jugak. sedih betul and malu dgn negara lain. lagi2 kita negara Islam

Rohani Hashim said...

@diyana
huhu hany memang takde buat entri 2,3hari ni, hany tak sihat sangat. takleh mengadap laptop lama. paling lama 10minit. sori tak dapat jengah yer...

MZ said...

Cik Diyana,
Entri ni pasal ISLAM bkn POLITIK. ISLAM dijunjung rukun negara dikelek. Kalau trio tu betul then tunggu mahkamah tentukan. Tu pun mahkamah sivil. Dlm ISLAM sumpah antara suami dah isteri jek. Inilah jdnye kalau ISLAM bkn penentu hidup. Buat bende ikut suka tekak.

~TQ Dear~

Followers