Ini Wilayah Hijau: ALKISAH AWEK KEREK


28 September 2010

ALKISAH AWEK KEREK

** From mail**

 

 

Alkisah seorang gadis berjaya mendapat kerje pertama beliau menjadi seorang receptionist hotel terkemuka kat Kuala lumpur.Dia punyerler terlampau bangga dan kerek sampai muka makcik klener pon dia tak mau pandang.Maklumlah,gaji dia lagi tinggi dari makcik tu.

 


Nak dijadikan cerite,adaler seorang mamat nie bawak van buruk,parking depan hotel dan masuk ke hotel tue. Dalam hati gadis itu 'dahler muka buruk,bawak van capuk.Ada hati nak check-in dalam hotel mewah ni?,tak payah layan lah,buat-buat sibuk cakap dalam telipon sudah.'

 


Bila si mamat nie menghampiri kauternyer,si gadis ni buat derk sambil berpura-pura bercakap dalam telipon.bila si gadis nie jerling,mamat nie tersengih-sengih pulak.'Eww,ada hati pulak tue nak ngorat i,muka macam papan skateboard nak senyum kat i.'monolog dalaman si gadis dalam mindanya.

 


Si mamat ni pon akhirnya bersuara

 

'Assalamualaikum cik,boleh saya.....'.

 

 

belum sempat mamat nie habiskan ayat dia gadis nie pon menjerit:

 

'ko tak nampak ker aku tengah sibuk dengan telipon nie Setan.Ko nak aper ha!!!!'.

 

 

Tergaman orang sampai pakcik jaga tengah tidor tengah hari pon terjaga.Dengan nada perlahan mamat tu menjawap 

 

'err.. sebenarnya bos awak yang panggil saya,nak sambungkan wayar telipon awak tu..'

** hahaha, sengal, nak berlagak pon agak agak r**

Komen
4 Komen

4 comments:

Robot | Sakti said...

hahaha..

sengal minah nie.

Merapu tapi bukan Mengampu

SURIA AMANDA said...

tu la dulu suh belajar tinggi2 x mo..dah besar jadi sengal..

misyamissyou said...

hahha..nak tipu calling2 pun agak la..adoii..kahkahkah!!

ardinihumaira said...

uiskkk... garangnya dia ;p