Friday, September 30, 2011

TUDUNG

Assalamualaikum,

hehe, takper lah taknak buat entri pasal wedding of the year, tapiiiii….

 

MZ : “dia ni b tak pernah tengok dia berlakon tak pakai tudung”

Hany : “ye ker?”

MZ : “Yer lah, dulu masa dia jadi buta tu, pakai tudung gak, nih ha pakai tudung gak”

Hany : “ummm, memang cantik kan dia pakai tudung”

MZ : “ ke dia ambil watak bertudung je, free hair dia tak ambil?”

 

triangle love stanza cinta kitorang tengah menonton cerita ni masa perbualan di atas berlaku…

 

Betulkan, dia memang selalu dapat watak bertudung, manis je kan…yang cerita dia buta tu lupa la tajuk apa. tapi cerita lain tak pernah lak tengok, baru dua cerita ni kot hany tengok… tapiiiiii…

 

memeynormancomel10 haishhhh…simpang (gaya usop wilcha)

Wednesday, September 28, 2011

Terengganu yg popular dgn atap runtuh, tp yang ni BALA ker atap tak berkualiti?

Assalalmualaikum,

for sure korang semua dah tengok kat FB banyak org share video selepas ribut yang hanya mengambil masa 5minit di Terengganu, semalam, tapi telah memusnahkan banyak benda, sampaikan pokok pun boleh terbalik, itu ciptaan ALLAH, apatah lagi tiang besi ciptaan manusia.

299402_281125511905503_195600903791298_1110259_1703122491_n atap jeti bot penambang, disini lah hany naik bot nak balik kampung hany, ranap derrrr. ni baru siap ni, rasanya tak sampai 4tahun lagi kalau tak silap.

292021_281123871905667_195600903791298_1110244_1960902117_n setakat khemah macam ni, fuhhhh terbalik.

297299_281125145238873_195600903791298_1110257_1221836386_n tiang besi dengan tuliasan dataran syahbandar, terkulai menyembah bumi

298321_281124951905559_195600903791298_1110255_766832551_n ni kotak pendawaian elektrik kan, ha ngko terkeluar semua kabel kabel

300814_281123671905687_195600903791298_1110243_2058159423_n ni seat untuk tengok monsun cup…betol betol mengadap sungai

315517_281124275238960_195600903791298_1110247_311553033_n inilah tandas eksklusif yang hany cerita tuh.

301681_281124708572250_195600903791298_1110253_1701977623_n Kuasa ALLAH s.w.t

 

okay, hany bukan nak memburukkan Terengganu, bak kata orang kita tak boleh elak pembangunan. tapi jangan kita mendatangkan maksiat dan kemurkaan ALLAH dalam meniti arus pembangunan. seriely, terkejut sangat tengok semua ni, nauzubillah mintak jauh la. Lindungilah ya ALLAH akan orang orang yang tak bersalah.

sama sama muhasabah diri…bukan mengeji bukan menghina, mahupun menuding jari.

 

**semua gambar ambil dari facebook Ustaz Azhar Idrus**

Tuesday, September 27, 2011

Gambar HD, ok, tak perlu susah susah edit gambar dah lepas ni ;)

Assalamualaikum,

Nak share beza gambar HD dengan biasa, yang di ambil guna iphone 4. Ok kalau iphone 4, ada selection untuk turn on kan HD or tak. so kalau on kan HD, akan ada 2gambar yang di save. untuk setiap yang kita capture akan ada 2gambar. 1biasa dan 1lagi HD.

IMG_0649 ni biasa punya…nampak segala lobang permukaan bulan kannn

IMG_0650 Yang ni HD. hany tak edit yer. nampak lichinnn je muka kannn

IMG_0717 ni yang biasa…

IMG_0718 ni yang HD. perasan tak bezanya? yang ni nampak jambatan dan pemandangan di luar. nampak tak (sila tengok gambar atas dan compare)

Okay, itu je lah 2contoh setakat nih. semua gambar nih, hany tak edit langsung, hany snap hany 2kali, sekali untuk gambar muka hany dan sekali untuk gambar dalam masjid ni. dia hasilkan 4gambar.

**suker**

eh ni pinggan ker?

Assalamualaikum,

Macam biasa, jenjalan di JJ (my kedai runcit…), tiba tiba Marlia cakap, “waa cantik nye pinggan tuh”, kitorang berdua terus meluru ke arah pinggan yang di lihat. sebenarnya masa ni hany sakit perot. tapi hold kejap demi nak tengok pinggan cantik dan unik.

 

IMG_0904 pinggan…

IMG_0906 maaf pencahayaan tak sama dengan yang atas.

 

Gila kagums tengok, ahaha maklom le tak pernah tengok kan. mula mula tengok jer, sebab tak berani pegang, takot la ter lepas dari tangan ker, matik kaluuu. lepas tu, perempuan kannnn mana boleh sekadar pandang, mesti pegang weh. terus capai, fuhhhhhh.

Mesti tak sampai hati nak guna pinggan ni untuk makan. habis beli buat ape? maybe letak kat display lemari kot. ahaha idokler daku beli, mau MZ membebel kannnn.

 

**sori harga lupa pulak, kalau berminat, sila ke JJ Taman Equine**

Monday, September 26, 2011

Panggilan dari +0000000000

Assalamualaikum,

 

IMG_0872

 

Korang tahu tak tu nombor dari mana???

PERSADA.net

Assalamualaikum,

Ahad lepas pergi open house PERSADA.net, Persatuan Anak Kelantan Darul Naim Di Selangor dan Kuala Lumpur. hehe, kata suami ore kelate kan…alaaa pergi makan makan je kok;), then bolehla kenal mengenal kan…

IMG_0925 hambek gambar dulu

IMG_0927 Ushar tempat jap…mana yang kosong…

IMG_0928 Ushar makanan pulok…ado nasi dage weh..;)

IMG_0930 ha tu dia, ada tapai…ore kelate meme suko ;)

Sebenarnya, perut dah sedikit kenyang, sebelum sampai open house persada.net nih, tapi sebab dah datang, makan je lah kan, hany rembat lemang jer, mz makan sate je. lepak lepak lepak kejap…pastu blah. hohoho

IMG_0938 MZ register dengan persada.net

IMG_0945 antara orang orang persada.net

persada.net ni merangkumi hal berkaitan kelantan, kalau kelate.net hanya fokus pada bola sepak kelantan sahaja. alaaa tak rugi pun register, InsyaALLAH, kalaua da apa apa mana tahu kan persada.net ni boleh bantu setakat yang mampu. dan apa salahnya menambah kenalan kan kan…

**for info: yuran tahunan persada.net rm10**

Penghilang Stress ;)

Assalamualaikum,

Well, sekarang STRESS dah kurang tau. Camne caranya? ahaaaa ** sambil gerakkan kening**, ahaha…

 

1) Penghilang tapi Penambah

303106_291569727524190_100000134960228_1421282_742084502_n

“banana boat” kata mumyQistina

IMG_0903  ni ntah apa nama, mini mouse telinga kuning ;)

Yes, aiskrim kekadang penghilang stress, bagi hany la, tapiiiii penambah segalanya kot, ahaha penambah berat ;)

 

2) Penghilang tapi pengeluar air mata

2625f Bean!

Pergi tonton hari sabtu, sampai lambat setengah jam, demmm terlepas awal cerita, tapi tetap enjoy ok. gelak gelak. eh dah ada bean, harus bergelak ketawa ok. tipu la cerita dia serius memanjang kannn. sesuai untuk kanak kanak jugak, lawak boleh difahami. yang pasti gelakkkkk je tengok Johnny English ni;)

 

3) Penghilang tapi eh takde tapi kot, suker!!!

IMG_0880 Ok dah jumpa pilihan hati, eh dah beli;)

Akhirnya, setelah berapa lama mencari mencari, maka jumpa jugak yang berkenan di hati. yang pasti bukan brand yang dalam entri hany sebelum ni. huhu ok puas hati…zura, u perasan tak brooch bunga kat henbeg i tuh…

 

**dahhh, jangan nak STRESSSSS lagik**

Saturday, September 24, 2011

Update pasal bola sikit,dah lama tak bicara bola sepak ;)

Assalamualaikum,

sekarang tengah panas Piala Malaysia 2011, baru peringkat kumpulan jer, dan akan merebut tempat ke suku akhir, lepas tu separuh akhir dan akhir, yang mana bergelar Juara Piala Malaysia 2011.

Dan malam ni yang ada siaran langsung di Areana @Astro, adalah perlawanan antara KELANTAN dan JOHOR FC.dan malam ni Apek ada main, selama ni kan orang lain yang main sebab apek duk berlatih untuk Olimpik tuh.

Minggu lepas, hany ada menonton perlawanan antara Kelantan dan Felda UNited, serius bola memang sangat tak memihak Kelantan, kalau diikutkan dan berapa belas dah Kelantan gol, tapi sokmo la tak masuk. last last 10minit terakhir…di ulangi 10minit terakhir, barulah Kelantan berjaya sumbat gol, dan dapat sumbat 4gol terus. memang mencabar la tengok dorang main. Kelantan banyak menyerang compare dengan Felda, tapi nasib tak menyebelahi.

Dan malam ni, huhu pasti sengit jugak perlawanan, sebab masing masing nak merebut tempat ke suku akhir. hanya 2 pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan layak ke suku akhir. Ok, mari lah fokus tengok bola. ;)

 

**suka tengok Norshahrul Idlan Talaha, Badri Radzi dan Khairul Fahmi main ;)**

Friday, September 23, 2011

Terbaek! penambah segalanya ;)

Assalamualaikum,

Salam pagi Jumaat semua. di pagi hari nih, marilah kita tengok feberet hany. ahaha biasa lah nama hany, sinonim dengan makanan ;). tak salah kan post makanan pagi pagi hari nih. hehe sebab terngiang ngiang lagi kesedapan nya di mulut ini. perghhhh….

303106_291569727524190_100000134960228_1421282_742084502_n banana split secret recipi

 

Menarikkkk kan! ha amacam? jom tengahari nih cari jommm ;)

Thursday, September 22, 2011

Sos cili ke sos tomato?

Assalamualaikum,

Hany : “B, sos tomato syg dah habis laaa”

MZ : “bukan baru je beli, habis doh ker?”

Hany : “beli botol kecik memang laa”

MZ : “sos cili b pun botol kecik, banyok lagi eh”

Hany : “makan, memang la habis…nak marah lak”

MZ : “bukan maroh, masalahnye cepat sgt habis”

 

Bebel bebel MZ, sebabnya selalu sangat sos tomato habis. Yer, hany memang suka dan makan SOS TOMATO. sos cili memang reject ;). pergi la KFC ker, MCD ker, A&W ker mesti hany cari sos tomato. rumah syalinda pun hany amek sos tomato ;)

 

MZ : “ b amek yg botol besar neh, yg mcm rootbeer A&W tuh, boleh?”

Hany : “ Perli nampok”

MZ : “ bukanla, lambat sikit habis kang, besor tuhhhh”

 

Seriesly, hany memang suke sos tomato. sekarang ni dalam handbag hany pun ada stock sos tomato nih. sebabnya hany kekadang akan makan sos tomato tuh macam tuh. ntah sebab sedap kot. dulu kalau lapo hany makan sos tomato.so kena lah sediakan stock dalam handbag.

 

**korang suke sos cili ke tomato? for sure ramai lagi suke sos cili kan**

Wednesday, September 21, 2011

Dr. Aslan Bacho cakap saya STRESS!

Assalamualaikum,

Hari ni MC, sakit kepala. sebenarnya dari semalam lagi sakit kepala, telan CAFFOX, tak jalan jugak, tak reda pun sakit. haishhhh, lepas tu pagi tadi, bangun weng lagik. sakit sebelah kanan kepala.

IMG_0869 migrain eh doc?

 

Alhamdulillah, tekanan darah ok, normal lagi. demam pun takde kata Dr.Aslan Bacho (besh kan nama Dr. nih), lepas tu Dr.Aslan Bacho cakap, “awak ni STRESS ni…” sambil senyum.

 

**yer Dr.Aslan Bacho, saya STRESS nak henbeg baru ;) ahahhaaaaa**

Dah ada berkenan di hati…tapiiiiiii erkkk!

Assalamualaikum,

Direct bagitahu, dah ada handbag berkenan di hati. ngehngehngeh…sekejapan jer dah ada yang berjaya memikat hati, tapiii, tetap ada tapi ok. mari kite tengok mana satu pilihan hati ku. yang pasti bukan HIJAU yer.;)

9-20-2011 10-23-25 PM ha ini lah dia, ini gambar ambil dari Your Brand Outlet Store

 

Tapiiiiiiiiiiii, ha ni nak bagitahu tang tapiiii nih. ahaha pasti lah harga dia, RM2992. matik gue beli handbag harga nih. tak dapat bayangkan apa reaksi MZ!

 

Lepas tu, hany pun menyusuri laman web dari satu ke satu ke satu yang lain…dan terjompa lah satu blog ni…dan nampak la henbeg ini pulak thihihihihi…

s159black-1 amacam? sama kan kan kan…ini dari The Long Sleeve Closet

Yang ini harganya adalah RM59. ngehngehngeh… sah sah la yang ni replica jangan lah tanya yer. huhu…

 

**again…masih tiada hasil…**

Tuesday, September 20, 2011

Makan @ d’Dapur

Assalamualaikum,

Makan makan lagi ;), kali di d’Dapur, kedai ni betul betul sebelah, D’Tonga Futsal. sila lah search pasti jumpa.

IMG_0818 Inilah tempat futsal tuh

IMG_0820 Beberapa gerai menjual berlainan masakan

IMG_0822 see d’Dapur

IMG_0824 Ruangan makan

IMG_0825 Laksa Utara katanya…

IMG_0828 Cucur Udang

IMG_0830 Nasi Lemak Ayam, yang kelihatan hanyalah ayam ;)

Laksa Utara+Nasi Lemak Ayam+Cucur UDang+Limau suam+Kopi O+air suam=RM12.70. okay tak harga dia? so far makanan ni semua OK. Owner nya pun ramah. Owner dia duduk satu taman dengan hany, lorong sebelah. tettttt tak kenal plak, ahahaha.

Sekarang dia dah boleh tolong pilihkan handbag ;)

Assalamualaikum,

Sekarang hany dah kembali macam tahun lepas, yang mana handbag dah menggulupas, macam ular bersalin kulit. dan dilema nya, hany susah nak berkenan akan handbag. owhhh silalah jangan bercakap pasal designer handbag, kalau designer punya haruslah ada yang berkenan, tapi nak beli tengok poket sendiri yer hany.

Weekend baru ni, 2kali pergi JJ, ahaha JJ tu kan kedai runcit kitorang ahah berlagak dowh. Sabtu malam pergi JJ, tapi kekdahnya kul10.15 malam baru masuk parking, ahaha mana sempat nak memilih kan, then ahad pergi lagi, mencari punya cari…hurmmm tak ada yang berkenan di hati.

tapi, paling besh MZ tolong sama pilih handbag. chewahhhh dah ada perkembangan ok, kalau sebelum ni, ada jer dia cari tempat duduk sambil tunggu hany pilih, kali ni dia pusing pusing cari handbag, siap angkat and then galas kat bahu nak try slesa ke tak kot. cayalah, terhenti skejap hany tengok aksi MZ.

IMG_0831 yang hijau ke tengok nya b?

 

Tapiiii, pulang tanpa hasilnya. last weekend dah pergi Alamanda, tak betul betul pilih, so next week boleh pergi Alamanda lagi.

Monday, September 19, 2011

Selamat Tinggal Huawei

Assalamualaikum,

Dah berapa tahun dah HP ni bersama kitorang, asalnya HP mak hany, tapi gak button dia sangat keras untuk di tekan tekan, maka tukar lah HP mak hany ni, tapi kitorang amek sebab MZ nak letak simkad dia, kiranya 2nd number la. Kalau nak sms guna hp ni, memang akan sakit hati tahap dewa lah, memang takkan mampu la sms, lainlah korang seorang yang penyabarrrrr.

IMG_0810 inilah dia, tak tahu model ape, tapi brand Huawei

Tengoklah charger nya, tu mak hany yang tampalkan, model ni mana lah hany tahu nak cari celah mana charger nya. lepas tu cube korang tengok antena hp tuh, ahahah sikit punye besar ok. kalau buat korek lubang hidung kompom makin luas lobang hidung. silap silap jadi serombong kapal, ahahaha.

IMG_0812 keadaan keypad ngehngehngeh

Keypadnya jenis flat, tapi sebab dah rosak, kalau nak sms, kena tekan kuat kuat, atau tekan beberapa kali baru lah 1huruf akan keluar, ahaha sape tak sakit hati kan. tapi hp ni boleh buat video call. tengok kamera di bahagian tengah. ha kamera ni siap boleh gerakkan untuk jadi front camera or back camera. so time nak video call, boleh halakan ke muka sendiri, kalau nak amek gambar gerakkan je kamera tuh. not bad ape. so hany selalu lah video call dengan mak hany.

IMG_0816 ha tu dia antena yang besar gabak kahkahkah

IMG_0814 see besar kan hp ni, so sangat sesuai untuk orang tua macam mak hany, senang nak pegang ;)

 

Gudbai huawei, tengkiu kerana telah berkhidmat untuk lebih 2tahun.

Masjid Besi Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Assalamualaikum,

First time masuk masjid besi nih, selalunya lalu jer lah, ini pun dek majlis akad nikah member hany. owhhh semuanya besi lah, hehehe kebanyakkan adalah dari besi, sebab tu namanya masjid besi. nampak macam lagi kecik dari masjid yang satu lagi tuh, tapi bila masuk kat dalam, wooo besar la weh…

IMG_0660 ni entrance, tapi ada banyak entrance kan

IMG_0662 ha, ini adalah bahagian solat utama

IMG_0688 mimbar…

IMG_0712 Ini pun bahagian solat utama…

IMG_0715 ini adalah bahagian bumbung bahagian solat utama

IMG_0717 masih bahagian solat utama

IMG_0753 bahagian wudu’

hehehe, itu je lah yang sempat hany snap. kalau datang Putrajaya, singgah la solat di Masjid Besi Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya…

Chop & Steak

Assalamualaikum,

Minggu lepas, teringan nak makan chicken chop, tetiba la pulak kan. ahahaha ke sebab malas nak masak? ahaha…tidak lah, tapi memang tekak rasa nak makan western je kan. dah la rabu tu MZ puasa. Dia bebruka kat ofis, minum air jer dulu, then sampai rumah, baru nak hegeh hegeh pergi kedai…ahaha sian owh, berbuka kul10malam. makan western lak tuh…seb baek la ok kan.

IMG_0627 Ni area roundabout ke UPM tuh…

IMG_0614 Chicken chop aper tah, tak ingat nama penuh…dalam ayam tua da cheese…sodap!

IMG_0615 MIX Lamb chop. sodappp jugak.

IMG_0617 Salad Dressing…ni hany tambah, ahaha dasar tong besar, tak cukup ngan chicken chop tuh ;)

Hurmmm, ramai owh orang kat sini, ni hany pergi bukan malam minggu pun ramai orang.mung kin tempat nya senang parking, besar, dan makanan nya okaylah, sedap jugak. Servis pun cepat. tapiii 1jer, dorang nye staff/pelayan macam kureng mesra sikit.

IMG_0619 ha kat sini, koran gboleh makan bersila…ada meja jepun tuh

IMG_0621 Ruangan makan, kat sebelah kanan ada lagi ruang nya…

IMG_0623 cashier…

IMG_0629 sampai ke hujung sana ha penuh parking.

 

Alhamdulillah, kenyang perut ;)

~TQ Dear~

Followers