Monday, June 6, 2011

Selamat Jalan si Bongsu 1

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Jumaat,
sejak petang tiba tiba terasa sakit gigi. demmmm baru je lepas tampal kan. sakitnya masih terasa weh. ni tiba tiba sakit gigi pulak kan. terus terbayang suntikan untuk kebaskan gusi tuh..perghhhh.


Tahan punya tahan,
dalam jam 8 lebih, semakin sakit. pastu merengek la, sakit sakit sakit sakit kat MZ.ahahaha MZ layan tak layan jer. dan seterusnya jam9 malam, keputusan tekad, baru nak pergi klinik gigi. dah la jam10 nak tengok Maharaja Lawak. hehehe…


maka, terus pergi klinik gigi, nasib baik tak tutup lagi. nasib baik tak de orang, so mungkin sempat ni nak tengok ML ni.hihihi dalam sakit sakit tu, ingat lagi ML.ahahaha


D : Puan nak buat apa puan

H : Saya nak tampal gigi doktor

D : Gigi mana yang sakit ye puan, duduk puan

H : saya pun tak sure dokter, tapi saya rasa macam sengal dekat gigi bongsu saya yang hujung atas ni.

D : ok, bukak mulut puan, saya tengok sikit


Then, dokter tu pun ketuk ketuk gigi sambil tanya sakit ke tak. Doktor pun explain, sebenarnya gigi bongsu hany tumbuh senget dan himpit gigi sebelahnya, jadi doktor cakap…memang masa dokter ketuk gigi bongsu tu, memang sakit. jadi doktor cakap biasanya takkan selamatkan gigi bongsu sebab gigi bongsu tak berfungsi dalam mengunyah, lagipun gigi bongsu rapat dengan pipi. jadi baik cabut je gigi bongsu tu.


shotttt,
hany tak prepare mental pulak nak cabut gigi ni. hany tanya doktor sakit ker. ahaha doktor gelak jer. kan suntik, mestilah tak rasa sakit.akhirnya hany pun setuju nak cabut.


D : awak bersedia ni

H : ye dokter, saya bersedia…(padahal ragu ragu lagik)

D : ok, awak baring kita start.


Pembantu bagi goggle kat hany, then hany nampak dokter keluarkan JARUM untuk suntik, besau siotttt. haiiiiyaaa….dah start baca ayat Kursi nih. zas zas zas, 2suntikan kena. mata tetap mengeluarkan air mata ok. sakittttt weihhhh.


Lepas tu,
dokter tu, pergi ke komputer dia. dia pergi bukak lagu Anuar Zain, SEDETIK LEBIH tu. ahahaha agaknya nak suruh hany bertenang kot. sabau jer lah. lebih kurang 5minit, doktor datang…

D : ok puan, dah rasa kebas dah

H : dah, tapi saya macam rasa lagi gigi saya ni

D : rasa macam mana, sambil sengeh.

H : rasa la gigi saya ni, tapi kebas tu ada la

D : ok, macam ni puan kita teruskan, kalau puan rasa sakit, puan angkat tnagan kita stop, dan kita tambah ubat. puan rasa sakit tu rasa senak2, sengal. tapi kalau rasa goyang goyang tu, normal. kebas takkan hilangkan rasa goyang goyang tu.


masa dokter amek benda nak kepit gigi tu, berderau darah. dia masukkan dalam mulut hany, kepit gigi bongsu atas, terus dia goyang goyang kan, sambil tarik. sambil mulut dokter tu cakap:


D : jangan keraskan badan puan, nanti rasa sakit. kalau sakit puan angkat tangan.


tapi serius,
hany tak sedar, hany memang keraskan badan. terus pembantu dokter datang, pegang bahu hany sambil gosok dan cakap jangan keraskan badan jangan keraskan badan. sejurus tu, terus gigi ku tercabut. tak sampai pun 2minit.


dokter tunjukkan gigi hany. rupanya memang gigi bongsu tu yang berlubang patutlah sakit. dan akar gigi agak panjang. nasib baik akar tercabut dengan elok, kalau tertinggal dalam gusi, mahu nya kena operate pulak kan nak buang.


dah selamat, hihi dan sempat balik tengok ML.huhuhu. banyak darah keluar. dan hany siap mintak ponstan sebab takot sakit owh…


**sampaikan pagi sabtu, gigi masih berdarah. rasa macam bengkak jer. ishhh nak makan takot takot pulak**

11 comments:

qasehraihan said...

adoiii...sakittt..hehe
serba xkena kan??huhu

Anonymous said...

kene rest patut nye , tido ke.. cz urat2 kt gigi dok bengkak ..

tuam dgn ais kt pipi tu key ..

* smlm lepak downtown sebelah the mines , tp lupe nak sms awak uhhuhu

Hanis MY said...

hanyyyy! hana sangt takut jumpa dentist tau! beraninya hany ni tabik2... semoga cepat sembuh k...

wida said...

wida pon lama x cabut2 gigi ni..last masa sek ren dulu.

seram rasa bila baca pengalaman hany. kalau wida..mesti dah nangis macam budak kecik..hehe, malu kat waiz

syalinda johari said...

hahahaa..seram sejuk aku baca pengalaman ko nih..huwaaa...

ch@ said...

eiii ngeri, nak pergi tampal gigi pun tak sempat2 lagi ni, hahaaa. rasa mcm mulut kena mesin. dah tua2 ni nak cabut gigi, haiyaaa. seriau.

kella said...

hadoii!!!! hany!!

No Lan said...

hya betul hany No pun dh buang si bongsu nih..ada ;pun takde fingsi gak hehe..mmg akan rasa sakit hany sbb gg geraham,,rasanya klo tak silap hampir seminggu juga duk berdeyut..takpe, leh makan ubat klo tak tahan..lepas ilang sakit bengkak tu takde dah kita tanggung sakit lagi selagi gg lain tak berlubang hehe..

Unknown said...

aku baca entry kau, aku plak yg terasa sakit. bila lah aku nk cabut aku pya plak. yg berlubang pn bila nk tampal. kes takut nk jumpa dktr gigi. eh kang kata byk gigi rosak, ada pulak yg igt aku tak gosok gigi. hahahhaha

misyamissyou said...

teringt jap mse kena cabut gigi nak wat braces dulu..bkn 1 kak, 4..bab keraskan badan tu..kdg2 kite xkeraskan pn tp doktor kate kite xrelax etc..xtau la kan..

akak, nape sy xde gigi bongsu ni? umo dh 22 dh ni..pelik jap..

Rohani Hashim said...

@qaseh
kak, memang sakit woooo


@zura
ooo mcm tu eh, patotlaa hany bengkak jer ha...


@hana
ahah hana, ni kes tak tahan sangat dah ni, kalau tak mmg takut jugak nak pergi.


@wida
a'ah wida, hany pun last sekolah rendah. ni dah taktahan sgt ni wida, lagi dibiarkan lagi sakit


@syalinda
ahaha, apa kata ko try jugak ahaha


@cha
ahaha cha, dah tua tua takot eh. sama la kita.


@kella
ahaha sakit wooo


@no
uuu, lamanya no berdenyut uuuu. tak sanggup nih. tapi mmg pun no, mcm kuat sgt cengkam gigi tuh. then guna jarum besar nak cucuk pastu benda kepik tu pun besar...


@as
ahahaha aku jaga o gigi aku habis nak buat camno weh. ahahaha baik ko g tampal mana yg berlubang, kalu tak lagi sakit weh...


@misya
ahaha misya, ikut orang jugak, kekedg tumboh awal, kekdg tumboh lambat, akak dulu tumbuh ke empat empat nya masa matrik tahun 2001. fuhhh demam ooo masa gigi bongsu nak tumbuh ni.

~TQ Dear~

Followers