Wednesday, March 2, 2011

Masuk opis kul10a.m

Hurmmm,

maaf lah kawan kawan…seharian semalam tiada entri…sangat tidak sempat untuk taip autopublish entri di malam hari (malam selasa).

 

 

dan semalam, selasa…

hany masuk opis kul10pagi. serius gile lambat kan…suka suka hati? tak la ada reason tau…

 

 

Isnin malam,

MZ sakit belakang…serius inilah kali pertama hany tengok MZ sakit macam tuh. sampai pucat muka…xde darah. semua makanan di muntah kan. MZ melingkar je depan tv, hany tertido atas sofa… baru lah hany terasa, apa yang mak hany rasa…selalu berjaga malam bila ayah sakit…macam ni lah rasa, nak tido tak sampai hati kan….

 

 

hany terjaga, 12++, tengok MZ lena lagi…tiba tiba MZ terjaga jugak. sakit datang lagik…tak tahan sangat, MZ mintak hany keluar pergi cari doktor yang boleh datang rumah untuk rawatan. MZ tak leh bangun, baring je boleh….itu pun melingkar…

 

 

Hany pun keluar la,

MZ dah pesan, kalau doctor lelaki tak payah la…ye lah kan, haruslah coktor tu akan naik kete dengan hany, tengah tengah malam, siapa tak risau isteri dia dengan lelaki lain…

 

 

Pusing pusing equine,

hanya 1 klinik je bukak 24jam, dan for sure lah doctor lelaki, tapi hany degil sebab tak tahan tengok MZ sakit kan…dan malangnya doctor tersebut taknak datang rumah…dia cakap tak de doctor lain standby kat klinik….

 

 

pulanglah hany dengan hampa….

 

 

Alhamdulillah,

sampai rumah, tengok MZ macam dah ok sikit…MZ ajak tido jer…tengok jam dah kul2. yerlah nak tido tuh pun makan masa, dengan risau nye kan…

 

 

sudahnya pagi tuh, tak terjaga…huhuhu di awal bulan 3, rekod dah merah cissss….

6 comments:

Hanis MY said...

Siannya Hany...semoga MZ cepat sembuh, takpe sekali sekala merah, selama ni rekod baik je kan... Hany pun take care tau...

wida said...

kesiannya..
semoga suami hany cepat sembuh

Rohani Hashim said...

@hana
tq hana...

@wida
tq wida...

No Lan said...

tabahkan hati ye hany..No penah rasa cam tu time abang kene gastrik teruk dlu,..tp time tu No takde lesen kete lagi..kalo boleh time tu kita nak buat yg terbaik untuk dia kan..No doakan semoga MZ takde pe2 dan kembali ceria seperti biasa..

Rohani Hashim said...

no,
tengkiu so much...

ch@ said...

memangla hany, kalau hubby sakit kita rasa sedih sangat2, kalau boleh nak ikut sakit juga. risau. kekadang kita siap EL nak tunggu dia sihat, teman kot2 dia nak apa2.

~TQ Dear~

Followers