Ini Wilayah Hijau: CIUM di khalayak ramai


19 March 2011

CIUM di khalayak ramai




Hany dengan MZ dah nikah, dah HALAL dah hubungan nih, so boleh je kan nak CIUM CIUMAN di khalayak ramai ni. alaa HALAL kan...tapiiiiii....


agak agak la kan, nak bercium di khalayak ramai kan. yer memang la hubungan tu dah HALAL di sisi agama, ko buat pun tak berdosa, tapi ingatlah takkan la nak BERCIUM, BEROMEN di khalayak ramai. giler ke haper kan. ingat sikit...budak budak yang duk tengok tu, jap lagi meniru la diaorang tuh...


Sebenarnya,
hari ni hany dan MZ pergi tengok Merong Mahawangsa di Alamanda. dalam perjalanan balik, ni masih kat Alamanda, hany keluar dari aprking yang dekat dengan carefour tuh, tak reti la nak gambarkan, tapi jalan keluar tuh, memang tak ramai orang, tapi kereta lalu lalang banyak la...


sekali,
ternampak la sepasang anak adam ni, dari raut muka melayu...sedang berdiri tepi jalan nak melintas, mereka dijalan sebelah kiri, which is sebelah hany la...yang perempuan berdiri rapat dekat tiang, tiba tiba hany terpandang yang lelaki merapai perempuan ni, then cium pipi...hany nampak jelas sebab masa tu kereta slow, sebab baru lepas selekoh...


hany pandang jer, tangan dah keluarkan HP nak snap gambar...sekali si perempuan nampak hany pandang mereka, dia terus menolak sikit lelaki tuh...hany pandanggg jer, dia pun pandang....dan sambil tuh kereta kami melepasi mereka...


mungkin mereka adalah suami isteri...mungkin...tapi janganlah macam tu...tak elok kan...jaga lah adab sikit. kita kena ingat, kalau lah budak budak tengok, apa kata mereka kan....itu contoh tuh...mau nye jadi ikutan mereka kan...


hany ni rasa tak layak nak buat entri tazkirah bagai nih, tapi satu je lah...jaga adab sopan kita walau dimana jua...


**taktahu nak cakap, ini baru cium cium pipi hany tengok, orang lain mungkin pernah tengok lebih teruk lagi apa yang berlaku di khalayak ramai..ishhh nauzubillah...**


Komen
6 Komen

6 comments:

munna said...

orang melayu sekarang ni dah beranilah hany..diaorg ingat kat negeri mat salleh agaknya...

mzhany said...

berani tu penting kan kakmunna, tp berani dalam benda yg patut la kan...ntah la kakmunna, harap2 semoga semua ni tak terjadi la pada anak cucu kita...dan generasi seterusnya...

Norhafiza said...

No rasa klo takat laga2 pp tu klo lakibini ok hany kat tempat awam..sebab No sll anto abang keje Abang cium pp No dlu..tp klo lakibini ciom mulut tu dah buang tabiat tu..ni kan pula anak2 muda yang dah lalai huhuhu..No pernah terserempak org wat projek lam kete masa form3/4 lupa dah kat perumahan...otw No nak balik umah jalan kaki..berderau darah time tu waaaaaaa

mzhany said...

uishhh no, skodeng ehhhh hehehe, umm betul tuh, kalau kite anto/suami anto kite, salam cium tgn n kdg2 suami cium pipi or dahi tu, ok kan...

Myra Jay said...

Diorang cium pp di khalayak..
KD ngan Raul cium mulut depan khalayak jugak... :)

apak cikidong said...

chium nak tunjuk kasih sayang la tuuuuu...