Ini Wilayah Hijau: Taktahu dunia luar…


11 March 2011

Taktahu dunia luar…

 

Hah,

malam ni terasa nak hapdet belog. dah agak lama, tiada entri di waktu malam.

 

 

hari ni,

hany seharian di JKR, KL. ada meeting kat sana…hany ada baca la pasal Gempa Bumi di Jepun, tapi tak tahu banyak, sebab hany ada kerja nak disiapkan…

 

 

then,

tadi sampai rumah petang…bukak tv tengok ada tsunami. shottttt sumpah hany taktahu. hany memang tahu ada gempa bumi. tapi taktahua da tsunami melanda.

 

 

kebetulan hany tengok yang air melimpah naik dan khabarnya 10meter eh…ye ker…shottt dengar pulak dia ada sebut SENDAI, terus hany teringat kat HANA, dia dan suaminya ada di JEPUN. ya ALLAH….selamatkan mereka….

 

 

then, dengar la berita tuh lagik. berita kul8 malam hany dah tercongok depan tv ni. laptop tak on lagi. dengar dengar dengar, Alhamdulillah, ada yang dah ada khabar berita kan tentang rakyat Malaysia disana…ameen…semoga mereka semua selamat…ameen.

 

 

itu luar negara,

dalam negara ha…kes di pulapol tuh, kes sekolah yang ada H1N1 lagik. sekarang Malaysia sendiri pun dah macam macam kan…Ya ALLAH, lindungi kami semua ya ALLAH…

 

 

**dunia dah makin tua…**

Komen
9 Komen

9 comments:

Oasis said...

Wadi pun br tau pasal tsunami ni jam 5 petang. Katanye paling terburuk sejak 1900 dah ke 4 terburuk di dunia...ngeri jugak kan..

Amy said...

dah macam2 ngan dunia skang...semoga kite semua dilindungi...Amin...

mzhany said...

@oasis
tu la wadi....sedey, meremang bulu roma ms tgk video...nauzubillah mintak jauh...


@amy
ameen...

ardinihumaira said...

risau sangat kat kawan yang ado kat sana..

munna said...

kak munna pun baru tahu pasal tsunami kat jepun ... harap2 kawan2 bloggers kita di sana semuanya selamat

wida said...

semoga mereka semua selamat..

Diyana said...

diyana lg katak bwh tempurung.malam td baru tgk berita jam 8.hmm.takut eh..lgpun dkt jg tu labuan/sabah..tingat mak pak mertua d sana...kwn di jepun pun ramai.harap derang suma tabah dan selamat.

hany makan lalu eh 2-3 mnggu ni? mmg tanda2 org berbdn dua tu..hihi. boleh join diyana. diyana pn ingat kenapala nafsu makan mcm gorila je kblkgn ni..tgk2 mia and ali nak dapat adik lg..gulp.

Norhafiza said...

ye la hany..No pun tau sbb kawan dr trg ato sms tny kabo..alhamdulillah labuan ok setakat ni..mmm mmg dunia dh uzur..

mzhany said...

@dni
betol dni ramai gak rakyat malaysia kt sana kan...


@kakmunna
ameen, harap semua nya selamat...


@wida
ameen...semoga semua selamat


@diyana
semoga semua selamat, baeik di jepun maupun di malaysia kan...

eh sangat lalu la tang makan ni. hany x cek pun...hihi sbb takot nk cek, jap lg kan keciwa...huhuh


@no
alhamdulillah no ok...