Thursday, June 30, 2011

Annissa (dah lama tak buat sinopsis)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Series, dah lama kan hany tak buat review ANNISSA versi hany ni kan. dah berapa episod dah kan. hehehe sejak hany balik kampung lagi, sampai lah ke sekarang nih.

okay, mariii kita review yer. buat masa sekarang, BALQIS dah syak yang SHILA macam menggelapkan duit syarikat, sebab BALQIS dah start periksa akaun. SHILA pula dah mengupah orang untuk membunuh ZAHIR, alaa rakan yang menggelapkan duit syarikat dia.

Dan, ANNA macam ada syak la antara FARID & BALQIS ada apa apa nih. sebabnya, si BALQIS ada call ANNA, pasal apa tah, then ANNA & FARID bergegas gegas pergi rumah BALQIS. Lepas tu FARID beriya tolong BALQIS nih. masa tu memang timbul la perasaan syak pada diri ANNA.

ha, ingat tak suami upahan BALQIS? SHILA ada terserempak dengan IMRAN (suami upahan) sedang berpimpin tangan dengan perempuan lain, apa lagi kan SHILA pun serang la IMRAN, pung pang pung pang marah marah.

Dan, semalam…SHILA yang sakit hati dengan IMRAN pergi ke rumah BALQIS, untuk bagitahu akan perangai IMRAN. sampai di rumah BALQIS, SHILA ternampak kereta ANNA, so dia assume ANNA & FARID ada di rumah BALQIS. sekali, SHILA pun terdengar perbualan mereka. demmmm…akhirnya SHILA tahu akan BALQIS & FARID.

dan yang paling kesian adalah ANNA. SHILA ugut nak bagitahu akan hubungan BALQIS & FARID, dan BALQIS pulak ugut nak bagitahu ANNA akan SHILA yang gelapkan duit syarikat. Kesian kan kat ANNA, kawan kawan khianati dia kiri kanan, depan belakang, suami pulak curang.

sepatutnya kita sebagai sahabat, sebagai kawan ni kenalah tolong menolong kan. tapi yer lah manusia kan, masa gembira je dengan kita, masa susah mana pergi? dah tu ada pulak kawan, mula mula baik…lepas tu macam macam la hai…nauzubillah, mintak jauh walaupun dah pernah kena.

ANNA tu, punyalah baik kan, sanggup pergi rumah BALQIS, jaga BALQIS sebab BALQIS tak sihat. ishh tak tahu lah macam mana lah hai keras hati kan. Elok la, SHILA duk perli BALQIS, BALQIS pulak perli perli SHILA. sudahnya bergaduh macam tu la, dan yang pening nya ANNA la. asyik duk tengok dorang berdua ni asyik bergaduh jer.

Bila lah nak kantoi ni kan, emo owhhh tengok cerita ni. ahahah asyik terlepas je si BALQIS dengan FARID nih. haiii emo emo emo weh.

Dan kini, SARA muncul di syarikat tu bersama KAMAL. ha ngko terkejut semua orang. haiii habislah lepas ni mesti ANNA kata SARA yang rampas KAMAL pulak kan…

ANNA : Fiza Elite
SARA : Aida Aris
BALQIS : Rozita Che Wan
SHILA : Faradhiya
FARID : Zamarul Hisyam
KAMAL : Eizlan Yusuf

Kotak Peralatan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Masa berpindah randah ni, kotak peralatan ni sanagt lah di perlukan. dan nasib baik, kitorang memang dah ada la. dari awal memang tak ada barang sangat, tapi di beli ikut keperluan, bila tiba nak guna, halamak tak ada pulak. so pergi lah beli, then lama kelamaan, penuh dah box tu.

Tapi, okaylah kan, next time nak guna dah ada tak payah tangguh tangguh sebab on hold for part. ahaha.

260620115924 Inilah kotak nya, eh eh haruslah HIJAU. walaupun masa tu ada kaler MERAH, MZ nak kaler MERAH, tapi macam biasa lah…Bini yang menang;)

260620115925 Tingkat atas,

260620115926 Tingkat bawah

260620115927 Pelbagai saiz paku

260620115928 Pelbagai saiz pemutar skru…

260620115929 ada paku kabel, ada dawai untuk langsir..ahaha sedih kan rumah hany langsir, guna yang dawai tuh jer…ahaha sabar sabar…tunggu rezeki lebih sikit…

260620115930 ha, spanar…pelbagai saiz jugak, yang hijau tu pemotong dawai, yang biru besar tu baru beli sebab nak gantikan kepala paip besi…

 

Maka, marilah sama sama adakan kotak peralatan ni. hehehe tapi depend pada orang la kan, sesetengah orang tu tak perlukan. ni kitorang tengah plan nak beli SIGAR pulak. yer lah kan, kalau la lampu rosak ke apa ker…kenalah ada SIGAR kan nak panjat…

Semalam

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Saya bermimpi, Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansur memeluk saya. perghhhhh, tak agak agak kan mimpi. tapi, ini serius, memang itu lah mimpi saya. saya tak pasti pulak kenapa Datin memeluk saya. waaaa sangat bangga rasa tau.kan besh kalau ianya jadi kenyataan.

 

**maaf tidak kesempatan BW, blog ijau ni pun masih huru hara lagi**

Wednesday, June 29, 2011

Shower gel yang bau nya tak matang…

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Ni cerita pasal shower gel, dan ini ada kaitan dengan MZ. kalau yang pelik pelik tu, MZ lah selalunya, pelik dari orang.

kitorang kat rumah ni,

suka tukar tukar shower gel, try yang tu, next beli yang lain lak. dek kerana terpengaruh dengan Fazura, hany pun beli la LUX yang merah tuh. sebelum tu pakai johson with honey.

Yang LUX tu tinggal sikit je lagi, tapi MZ dah hegeh hegeh nak tukar, nak masukkan shower gel lain, tapi Johson honey juga la. pastu dia bising bising kat dalam bilik air.

“ha yang ni la besh baunya, tak macam yang tu, bau TAK MATANG langsung”

hany pun hulur kepala dekat pintu bilik air,

“ape B, BAU TAK MATANG?bau ape?

“ni shower gel merah ni, BAU TAK MATANG langsung, yang ni baru besh”

(sambil tunjukkan shower gel johnson.

“ade ke BAU TAK MATANG? pelik pelik laaa, BAU lak yang TAK MATANG…blablabla, citcitcitcitcit….” hany membebel….

tapi sudahnya, MZ pergi campurkan shower gel yang tak matang bau nya tuh dengan yang bau matang dia tuh…boleh main campur jer, tak di basuh betul betul. sudahnya bau pun  bercampur aduk laa…

jadilah shower gel yang matang tak matang je bau dia…ahahaa

 

**korang guna shower gel ape eh, meh la share jugak, kot kot pas ni hany buleh cuba, pastu boleh tanya MZ matang tak bau dia…ahahhaa**

Wordless Wednesday part 3



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
200620115875



**Mari tolong tambahkan koleksi hany**

Tuesday, June 28, 2011

Sudu Kanak Kanak

 

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

 

 

MZ : ni sudu kanak kanak ni nak pakai lagi ker? kalu tok sey nok buang

 

 

Ha???

Sudu kanak kanak? sejak bila pulak ada sudu kanak kanak ni. kenapa hany tak tahu pun ada seudu kanak kanak. tiba tiba nak buang nih. memiliki pun tidak, tapi nak buang. hany pun jengah la ke dapur, teringin nak tengok SUDU KANAK KANAK yang di bilang itu…

 

 

280620115932 Sudu kanak kanak katanya…

 

 

Hany : “jangan buang nak guna kan nanti sudu tu. B, tahu dok tu bukan SUDU KANAK KANAK, tu SUDU PENYUKAT la, kan nak buat kek ke ape ker..”

 

 

MZ sengeh jer. seb baek berjaya betulkan, kang jap lagi ada anak, dia suap anak makan guna sudu nih…haissshhhh kesiannn si anak….

 

 

**dah bini nya jarang buat sesuatu yang menggunakan sudu sukatan ni kan, jadi suaminya tak tahu ler**

Salah Faham, maaf maaf maaf….



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Entri hany semalam, yang ni, ummm rasanya ramai yang salah faham…hoho, tapi tak per lah…salah faham yang  baik…dan semoga menjadi kenyataan tak lama lagi ameen…


6-27-2011 10-05-57 PM

6-27-2011 10-08-56 PM



nampak tak komen mereka, yang berupa pertanyaan? huhu dalam hati nak sangat jawab YER, HANY DAH PREGNANT….tapi apakan daya, kena berpijak apda bumi yang nyata ini kan.


sebelum pindah,
hany ada buat test pregnancy tu. yer lah kan tak test, main taram je hangkat barang semua…tak pasal pasal, haaa menyesal kan. tapi test tu, hanya ada 1line jer. huhu pasrah jer lah. tu yang berani hangkat berat.


sudahnya,
rasa macam semacam. kalau lah pregnant then pergi hangkat berata bagai mau nya gugur kan…isshh nauzubillah…takkan buatlah. so better check dulu la kan…


kawan kawan, doakan hany jugak yer…ameen…

Monday, June 27, 2011

Pindah Rumah : Sakit Belakang, Perut, peranakan jatuh kah???

 

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Yer,

masih entri Pindah Rumah. ahaha gatal kan, nak buat banyak banyak episod pula. tapi takper, biar biar, biar kan si hijau ni bercerita pasal pindah rumah dia, biarkan. dia tak ada idea la tu;)

 

 

Kalau bab nak pindah ni, rin a.k.a ibudhira, selalu nasihatkan hany, jangan angkat barang berat berat, jangan angkat berat, biar kan juki yang angkat, jangan angkat berat…itulah yang dia pesan. yer RIN, terima kasih banyak banyak...

 

 

Tapiiiii,

apakan daya, memang hany betul betul angkat berat lah. cuma bukan jenis tayang body macam SAZALI tuh. angkat barang barang rumah la kan. serius, memang hany ingat pesan rini tu, tapi MZ pun bukan boleh angkat berat jugak, dia ada back pain, sekali datang back pain dia, lama pulak nak sembuh, so mana mana yang betul betul berat, kitorang usung.

 

 

Aima, membe hanya da jugak tolong, angkat mana mana yang boleh, so dah kurangkan sikit la beban kan. dah sampai petang kot, tiba tiba terasa belakang sakitttt sangat, rasa nak tegakkan badan pun tak larat. pastu hany cakap kat MZ:

 

B, syg rasa macam something je kat perut ni, ntah ntah peranakan la b! rasa lain macam jer…tadi masa angkat barang tak rasa ape ape”

 

MZ diam,

lepas tu semua barang berat dia angkat sorang sorang la. tapi dalam hati ni, adoiii riso jer, kang back pain dia datang lagi…matikkkkk.

 

Memang kena berurut la ni…serius!

Pindah Rumah : Boleh bergaduh weh…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

 

 

Blog hijau ni, hari ni memang akan penuh dengan entri Pindah Rumah. almaklom ler, baru pindah rumah. lepas tu penat tak hilang lagi, nak jugak kongsikan kepenatan ini dengan orang yang baca blog hijau ni;)

 

 

Hari SABTU,

Pagi kitorang bermula, mula dengan cuci rumah, sampai la pukul2 tau. janji dengan driver lori pukul3 nak hangkut barang. owh yer, pagi kitorang makan nasi lemak, mz makan nasi kerabu. kental tak kental la, kitorang makan pulak pukul9malam ok. kental kan!

 

 

so korang boleh agak la kepenatan nya kan. ni bagi kes hany la, ni pengalaman hany.

 

 

Tingkat atas, kitorang hany mop dan lap sahaja, tapi tingkat bawah memang salurkan air cuci betul betul laaa.sental apa yang patut. then pukul2, bergegas ke rumah sewa, yer lah…ada barang tak kemas lagi, nak jugak sapu sapu almari supaya tak berhabuk bawak mausk rumah sekarang kan.

 

 

MZ solat, hany kemas, then hany solat MZ pulak kemas. dingdong dingdong, pukul4 baru lori sampai.sepanjang hari, memang hany teguk air banyak laa…haus! makanan memang tak hirau…tak rasa sangat laparnya tu.

 

 

Dalam keadaan masing masing penat ni, serius boleh bawak gaduh jugak. tapi sabarlah kan, bercakap tu jangan nada tinggi. serius! ini hany alami sendiri. maybe korang tak macam ni kan. maybe korang smooth jer.contoh macam MZ tanya aper tah, hany macam blur blur, then hany jawab dengan nada biasa jer, slow elok walaupun macam arghhh penatnya…tapi kena ingat kena sedar, kena kontrol. PENAT ok, kalau dah PENAT apa apa boleh jadi…

 

 

dapat pulak hany yang pelupa kan,

jap lagi MZ tanya mana ni, hany diam sambil fikir, sambil ingat…celah mana la sumbat tadi. then tiba tiba, MZ tanya mana kunci rumah nak masuk…hany boleh jawab, b yang simpan, padahal hany yang kunci dan keluar last. haaaa memang boleh gaduh la kan…

 

 

tapi…

itulah dia…pengalaman semua ni, sambil sambil eratkan hubungan;)

 

 

**hari ni, berusaha untuk siap kemas barang semua…semua tau**

Bakal Milik mzhany

 

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

 

Alhamdulillah,

semua barang dah clear dari rumah sewa, semua dah ada depan mata nih ha, cuma tak kemas la semuanya lagi.

 

 

Alhamdulillah,

rumah uang diduduki bakal jadi milik kami selepas selesaikan hutang dengan bank kan. ahaha lama lagi tuh.erkkkk tapi Alhamdulillah bersyukur sangat dengan rezeki ALLAH kurniakan ini.

 

 

250620115913

 

250620115914

 

 

250620115915

 

250620115916

 

260620115920

 

260620115921

 

260620115922

 

260620115923

 

 

 

Masih tak habis kemas….tak suka semak mata memandang. tingakt bawah jer yang tak setel algi, nasib baik tingkat atas dah selamat kemaskan. lagipun tingkat atas kan bilik tidur, kena utamakan…;)

 

 

Thank you so much buat AIMA, kerana tolong basuh rumah dan tolong angkut barang juga…

 

 

**nak upah orang je kemaskan barang…hehehe**

Sunday, June 26, 2011

Update Laju Laju : Pindah Rumah

 

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

 

 

Alhamdulillah,

hari ni adalah malam ke2 mzhany di rumah baru nih.. tapiiiiii memang tak macam rumah la. tak habis kemas lagi.

 

 

Yang penting semalam,

Siapkan tempat tidur. hehee tempat tidur penting ok. nak peluk peluk, nak projek tak sempat la malam pertama, penattttt weh.

 

 

Akan update lagi apsal pindah lepas nih. serius tak sempat nak BW lagi…

 

 

 

**rumah tak warna hijau laaaa;)**

Friday, June 24, 2011

Bekerja Keras hujung minggu ni

 

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

 

 

Hurmmmm,

serius, sekarang ni dah rasa penat…walaupun belum melalui hujung minggu yang akan memenatkan diri.

 

 

Esok,

hany akan berpindah randah lagi buat kali ke berapa ntah. bak kata naniklang, Raya tu setahun sekali, kitorang ni pindah pun setahun sekali. ahaha yerlah tahun 2009 nikah, pindah la kan duduk serumah. 2010, tahun lepas pindah lagi sebab anak tuan rumah nak duduk rumah tu, then 2011 ni ha, pindah lagi…Alhamdulillah…redho dan pasrah kan…ameen.

 

 

Rumah baru tak bersihkan lagi ni. esok pagi baru nak bersihkan, then InsyaALLAH petangnya lori datang. uuuu penat weihhh. serius dah terbayangkan kepenatan nih.

 

 

tapiiii,

barang tak habis lagi kemas. ahaha malam ni lah pulun nya ha.takperlah sikit sikit kan…InsyaALLAH…setel semua nye…ameen.

 

 

230620115905 ni bilik tetamu umah sekarang ni, ada secoet barang

 

 

230620115906 ni bilik yang dijadikan stor. ada lagi tak masukkan dalam beg…

 

 

230620115907 masih ada ruang lagi nak sumbat nih…

 

 

230620115908 bawah katil, nasib baik dah sedia ada dalam kotak

 

 

Penat kan bila pindah randah ni. tapi nak buat cam mana kan, lumrah la. terfikir jugak nak upah orang kemas, bayar rm50 kot. tapi umm tak per lah buat sendiri lagi puas hati kan…

 

 

**perasan tak barang barang hijau…hihihi beg hijau, kotak hijau;)**

Unik Jawatan kosong ni

 

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

 

 

Ada jawatan kosong, meh tengok meh, kot kot la berminat kan…

 

 

DSC01365

 

 

Apa yang berbeza nya iklan jawatan kosong ini dengan yang biasa kita lihat? jangan lah bandingkan dengan yang di dalam JOBSTREET, nak kena lambung niiii.

 

 

Perasan tak???

 

 

yer, Bahagian Syarat yang bertanda *, 3 dari atas. SOLAT 5 WAKTU (HAMBA YANG BAIK). jarang kan kita lihat di iklan jawatan kosong ada di nyatakan syarat macam ni… bagi hany, ni kali pertama hany lihat. tu terdetik hati nak snap tuh.

 

 

 

 

Kenapa mahukan yang SOLAT?

 

1) Bukan kah SOLAT itu TIANG AGAMA. pernah dengar tak, jikalau sempurna solat nya, maka sempurna lah amalan lain nya…InsyaALLAH.

 

 

 

2) Elakkan daripada berlaku nya penyelewengan. yer lah orang yang menjaga SOLAT nya, pasti nya tidak terlintas nak menyeleweng barangan majikan nya, yer lah pasti dia tahu akan hukum haram kan…

 

 

 

3) Majikan nak kan KEBERKATAN, yer lah kan, di dalam mencari rezeki, hendaklah ingatkan ALLAH s.w.t, jadi pastinya ada keberkatan di situ…insyaALLAH…

 

 

 

ingatan buat kita wahai umat ISLAM, MATI ITU PASTI, cuma bila masa nya yang kita tak tahu, jadi marilah kita persiapkan diri kita untuk mengadapNYA….

 

 

 

**jangan persoalkan, macam mana majikan tu nak tahu yang staff dia tu solat 5waktu ker tak…huhuhu, hany pun tak sempat fikir lagi nih**

Thursday, June 23, 2011

TAHNIAH MALAYSIA!

 

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

 

 

Kerana berjaya mengalahkan LEBANON dalam perlawanan kelayakan Olimpik.

 

 

Malaysia mendahului seawal minit ke9, apabila gol pertama di sumbat. Seterusnya, pada separuh masa kedua, Malaysia terpaksa bertahan dengan 9pemain, kerana seorang pemain MAlaysia mendapat kad kuning ke2. seriussss, masa ni risau wehhh….

 

 

Malaysia mendahului dengan 2gol, tapi Lebanon berjaya menyumbat 1gol. Permainan Malaysia pada separuh masa ke2 hanyalah bertahan. tiada serangan sangat. yer lah dengan 9pemain weh…

 

 

tapi, ALHAMDULILLAH,

MALAYSIA berjaya menang dengan 2-1. TAHNIAH!!!

 

 

Masih jauh lagi perjalanan ni baru part 1…huhu takper takper sokongan harus kita berikan buat skuad MALAYSIA.

 

 

 

**serius suka tengok KHairul Fahmi malam ni, dari kepala sampai kaki HIJAU ok. baju, seluar, glove, stoking kasut semua hijau…i like lah**

Tandas Eksklusif




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Apa yang Eksklusif nya?


180620115853


Tanda Eksklusif ni ada di Kuala Terengganu, umm maybe di tempat lain pun ada, tapi hany tak tahu. hany nak cerita ni pasal yang ada di Kuala Terengganu. ahahaa seriusly, hany pun baru tahu, ni pun gara gara pergi Taman SYahbandar baru ni dan terasa nak terbuang. kalau tak mahu sampai sekarang tak tahu kan…


Kena di beri nama Tanda Eksklusif dan bukan Tandas Awam sahaja? hurmmm dari pandangan hany, dari luar design nya memang lah bercirikan klasik gituh.


Bila masuk dalam,
hurmmm kawasan memang luas…setiap tandas tu berjauhan tau, dan tidaklah sebelah menyebelah macam tandas biasa. setiap tandas macam sebuah bilik kecil. depan setiap tandas ada sinki di bahagian pintu masuk. di bahagian dalam pulak ada ruang untuk salin lampin baby ker ape ker, dan ada tempat membuang lah….


180620115857

180620115855

180620115856


Bayaran masuk RM0.50 seorang.


**EKSKLUSIF kah???**

Honda Lampu Bulat



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Honda Lampu Bulat,
uishhh dulu motor ni, glemer tuh. tapi sekarang mungkin dah kurang kot honda lampu bulat ni di jalan raya, kalau masih ada lagi, memang betul betul di jaga la tuh.


kebetulan hany balik kampung baru ni, ada kempen RIDE IT RIGHT, so saja pergi kan, meramaikan lagi orang yang sememangnya dah ramai tu, mensesakkan lagi keadaan. ahaha…ada la pertandingan motor berhias kot, yer ke…ke pertandingan motor tercantik…ha macam tu lah kot. jom kelih jom…


180620115838

180620115843 tu dia honda lampu bulat….


180620115858 helmet tak hijau pulak…


180620115859 hon klasik gituh…;)


180620115860 masih segak bergaya…


ada beberapa kategori yang dipertandingkan, hany lupa la pulok, tapi yang menjadi tarikan hany haruslah mana mana yang berwarna hijau…ahaha, tak bleh tolong dah…hijau je yang nampak di mata;)


180620115839

180620115840 fido dido theme…7up!


180620115842 Ben10 ha….ahahaa


180620115841 kungfu panda pinkkkk…


180620115844

180620115846


Barang kalau di jaga dengan elok, elok lah dia, bak kata tu tak ditelan dek zaman kan…


**cantik kan, kagums dengan mereka yang kreatif dan rajin nih**

ANNISSA



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Mulai Malam ni,
nak buat review menggunakan nama watak di dalam drama ni, bukan nama pelakon. ahaha rasa macam tak besh pulak kan guna nama pelakon.



Balqis = Rozita che wan
Anna = Fiza
Shila = Faradhiya
Sara = Aida Aris
Farid = Zamarulhisyam



Kan episod semalam, Balqis ke Paris untuk beli fabrik apa tah kan…sekali dia ada berita yang mengejutkan, Balqis mengejutkan Anna dan Shila yang dia sudah berkahwin di Paris. BERKAHWIN ok! walhal sebenarnya dia nak cover lah tuh. dia mengupah seorang untuk berlako sebagai suaminya. bayaran nya adalah SEBUAH RUMAH, SEBUAH KERETA dan duitm RM500,000 ok. gilosss laaaa.


Demi untuk menyelamatkan diri daripada si ANNA tahu yang dia dah berkahwin dengan FARID dan dialah madu ANNA. yang suami nya FARID memang sanggup dan setuju dengan penyamaran itu kerana tidak mahu isteri pertama dia dapat tahu…


Fuhhh,
gila la weh. kesian sangat kat ANNA tuh, beriya laaa dia kan. tapi sebenarnya di perlakukan macam tuh. kesiannn ok!


yang besh dan kelakar nya,
si Farid boleh pulak jeles dengan “suami samaran” isteri dia, siap sound dan bagi warning lagi. habis dah ko yang suruh lelaki tu berlakon kan. ha padan muka. tahu jeles, tahu sakit hati kan…


Yang SHILA pulak, terus terusan nak songlap duit syarikat. memang cerita ni berkisarkan kawan makan kawan la. khianati kawan sendiri.


hurmm,
paling emo dah sedey…ANNA dah tahu yang BALQIS dah mengandung. ANNA ni happy sangat sangat, siap belikan baju bagai, barangan baby semua kan…boleh pulak si FARID ni buat buat sedey, sebak konon…padahal dalam hati…


Lepas tuh,
berlaku sedikit pergaduhan. kan ANNA ni beriya sangat excited nya, sampaikan nak tolong pilihkan nama anak la. tiba tiba FARID naik marah tiba tiba hangin. dia cakap macam ni:


“buat apa nak sibuk, itu anak bALQIS bukan anak sayang, BALQIS yang mengandung, bukan sayang”


perghhhh,
sebak siotttt…sedey wehhhh! padahal kan, sebenarnya FARID tu tengah tensen sebab BALQIS kan ada suami samaran tuh, dia jeles suami samaran tu duk pegang pegang BALQIS, yerlah kan akta berlakon, dah depan orang mereka berlakon la…ahaha kelakor.eh ko nih sedeh ke gembira.emosi tak stabil…


sebab hany dah follow cerita ni, jadi memang seronokla, kalau boleh taknak miss episod.


**sapa yang tahu semalam ANNISSA ni episod berapa? ahahah sampai sekarang tak tahu episod berapa**

Wednesday, June 22, 2011

Sinopsis ANNISSA, masih tak tahu episod berapa…



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Okay,
straight to the point la…episod ANNISSA semalam, hany masih tak tahu episod berapa. ahahaha dah berapa lama tengok kan.


Okay,
Fiza masih tak tahu lagi siapa madu dia. malahan dia masih tak dapat bukti yang suaminya berkahwin lain. dannnn yang paling menggembirakan suami dia, isteri keduanya iaitu rozita sekarang sudah mengandung.


Pastilah Zamarul sangat gembira kerana Fiza memang tak boleh mengandung, dan bila dapat tahu ROzita mengandung memang gembira tak terkata. cuma masalahnya, mereka akan hadapi masalah bila mana perut makin membesar. yerlah mereka semua tahu yang Rozita masih belum berkahwin, kang tiba tiab tengok perut besar, mau semua salah sangka kan.


Rozita sekarang makin tensen kerana masih tiada idea yang bernas untuk diberitahu, yerlah makin hari perutnya makin membesar. Rozita nak berterus terang dengan Fiza yang dia lah madu Fiza, tapi Zamarul tak bagi pecahkan rahsia mereka.


Menambahkan lagi runsing di ahti Rozita, bilamana Eizlan nak tinggalkan dia. selama ini semua maklum Rozita couple dengan Eizlan. jadi bila hal ni terjadi, maka mereka tiada lagi orang yang boleh digunakan sebagai cover untuk mereka.


Fiza ni sangat lah ambil berat akan sahabatnya Rozita, malam nya dia pergi melawat Rozita. Fiza ajaklah suami dia ikut sekali. haaaa suka lah Zamarul tuh.pergi rumah Rozita dengan hanya berkain pelikat ok. Lepas tu boleh pulak, masa berada di rumah Rozita, si ZAmarul ni ternampak la, beg laptop dia tertinggal…. dah risau dah masa tu, tapiiii demmmm Fiza tak perasan laaa….aaaa tak kantoi lagi. siot!!!


Rozita pergi menemui Eizlan, dengan tujuan nak Eizlan menyamar menjadi suami nya, demi nak cover daripada orang tahu yang dia dah berkahwin dengan Zamarul. apa lagi marah la Eizlan kan, selama ni tipu dia…dan Eizlan pun tengking la Rozita sampai bila nak tipu kawan baik dia sendiri, iaitu Fiza.


Seterusnya,
dek kerana terlalu marah dan frust. Eizlan accident la pulak….adeihhhh!


Yang si Rozita pulak, ke Paris, cari fabrik apa ntah. kelakar owh, masa nak pergi tu. si Zamarul ni punya la takut Fiza perasan dia dengan Rozita, dia bersembang dengan Rozita melalui telefon. ahahaha Zamarul gunakan telefon, tapi Rozita ada di belakang dia jer. konon nya, nanti kalau Fiza datang taklah perasan dia berbual mesra dengan Rozita. uuuhhh benciiii asyik selamat jer, tak kantoi kantoi lagi.




**fuhhh emo ok tengok drama ANNISSA nih…cishhhhh**

Kota Lama Duyong



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Kota Lama Duyong,
terletak di Pulau Duyong, lebih spesifik di Duyong Kecil. Sangat la dekat dengan rumah hani.


180620115824

180620115826
Dahulunya,
Kota Duyong ni adalah istana. IStana Raja mana, hany lupe lah.huhu nanti hany balik kampung lagi, hany tanya mak hany ok. Setelah berkurun lama, maka ada pihak mengambil inisiatif untuk kekalkan warisan ini dengan membina semula kota ini. sekarang ianya dijadikan macam muzium la, mini muzium. selalu nya mahasiswa yang datang untuk membuat kajian…


180620115825 Hany tak masuk dalam la, sebab dah lewat petang…


180620115822

owh yer,
masa nikah hari tu, mzhany ada la buat outdoor photoshoot kat kota duyong nih. tapi tak jugak masuk dalam sebab lokasi sebenar adalah di kawasan tempat berlabuhnya bot nelayan…meh la layan sikit gambar masa outdoor photoshoot mzhany….


DSC_0355

DSC_0367

DSC_0376

DSC_0388



Okay itu jer…

Wordless Wednesday part 2



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

190620115871



**terbaekkkk**

Tuesday, June 21, 2011

Ada 5ekor kura kura hijau untuk dijual



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


MZHANY kan baru balik kampung Kelantan&Terengganu, jadinya ada la beli sedikit barang. ha, ada lagi 5ekor kura kura hijau untuk dijual. umm berminat?

200620115874 ha, 5ekor dalam bulatan bahagian bawah tuh.itu yang nak dijual


200620115877

200620115879 Perbandingan saiz, yang petak tu normal size FM la.
 Hany letak di fridge ni bertujuan nak ambil gambar jer, memang tak guna lagi yer


Ada 5ekor sahaja kura kura yang tinggal. 1ekor berharga RM5.00 (termasuk pos). kalau berminat sila email to zukihany@gmail.com.




**kura kura dari ganu…;)**

~TQ Dear~

Followers