Thursday, June 30, 2011

Annissa (dah lama tak buat sinopsis)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Series, dah lama kan hany tak buat review ANNISSA versi hany ni kan. dah berapa episod dah kan. hehehe sejak hany balik kampung lagi, sampai lah ke sekarang nih.

okay, mariii kita review yer. buat masa sekarang, BALQIS dah syak yang SHILA macam menggelapkan duit syarikat, sebab BALQIS dah start periksa akaun. SHILA pula dah mengupah orang untuk membunuh ZAHIR, alaa rakan yang menggelapkan duit syarikat dia.

Dan, ANNA macam ada syak la antara FARID & BALQIS ada apa apa nih. sebabnya, si BALQIS ada call ANNA, pasal apa tah, then ANNA & FARID bergegas gegas pergi rumah BALQIS. Lepas tu FARID beriya tolong BALQIS nih. masa tu memang timbul la perasaan syak pada diri ANNA.

ha, ingat tak suami upahan BALQIS? SHILA ada terserempak dengan IMRAN (suami upahan) sedang berpimpin tangan dengan perempuan lain, apa lagi kan SHILA pun serang la IMRAN, pung pang pung pang marah marah.

Dan, semalam…SHILA yang sakit hati dengan IMRAN pergi ke rumah BALQIS, untuk bagitahu akan perangai IMRAN. sampai di rumah BALQIS, SHILA ternampak kereta ANNA, so dia assume ANNA & FARID ada di rumah BALQIS. sekali, SHILA pun terdengar perbualan mereka. demmmm…akhirnya SHILA tahu akan BALQIS & FARID.

dan yang paling kesian adalah ANNA. SHILA ugut nak bagitahu akan hubungan BALQIS & FARID, dan BALQIS pulak ugut nak bagitahu ANNA akan SHILA yang gelapkan duit syarikat. Kesian kan kat ANNA, kawan kawan khianati dia kiri kanan, depan belakang, suami pulak curang.

sepatutnya kita sebagai sahabat, sebagai kawan ni kenalah tolong menolong kan. tapi yer lah manusia kan, masa gembira je dengan kita, masa susah mana pergi? dah tu ada pulak kawan, mula mula baik…lepas tu macam macam la hai…nauzubillah, mintak jauh walaupun dah pernah kena.

ANNA tu, punyalah baik kan, sanggup pergi rumah BALQIS, jaga BALQIS sebab BALQIS tak sihat. ishh tak tahu lah macam mana lah hai keras hati kan. Elok la, SHILA duk perli BALQIS, BALQIS pulak perli perli SHILA. sudahnya bergaduh macam tu la, dan yang pening nya ANNA la. asyik duk tengok dorang berdua ni asyik bergaduh jer.

Bila lah nak kantoi ni kan, emo owhhh tengok cerita ni. ahahah asyik terlepas je si BALQIS dengan FARID nih. haiii emo emo emo weh.

Dan kini, SARA muncul di syarikat tu bersama KAMAL. ha ngko terkejut semua orang. haiii habislah lepas ni mesti ANNA kata SARA yang rampas KAMAL pulak kan…

ANNA : Fiza Elite
SARA : Aida Aris
BALQIS : Rozita Che Wan
SHILA : Faradhiya
FARID : Zamarul Hisyam
KAMAL : Eizlan Yusuf

10 comments:

misyamissyou said...

kesian anna..xtau ape2..hurm..xtengok slalu cte ni..malas plak tgk cte org jahat2 dengki2 ni..huhuu

apdm said...

salam

agak ketinggalan, cerita terbaru eh..

hijau ku disimpan dalam hati..kini bertukar oren sudah..hehe

qasehraihan said...

waaa...dh tukar blog ni..hehe

saya br skali tgk citer ni..

baby..bi..kikiki..itu aje yg ingat

Ardini Humaira said...

lama dni tak tengok cite ni kak. heheh duk tengok u saka pergi jauh2 ja.. :D

ch@ said...

suka tengok blog hany ni, cantik.
kita pun layan annissa ni. tapi kita suka tengok balQis dgn farid. sweet je. dorang mmg nak beritau, tapi tu la takde kesempatan. kalau jadi anna mau meroyan kita.

ibudhira said...

hany..aku pun dh mula fokus kat annissa ni..b4 tis tgk kalo sempat je..skrg ni..siap tunggu 10.30..

nway..cantekkk blogg..background chantekk sgt..i likeee..besh beshh..

apak cikidong said...

Farid tak salah... saya suka Farid! ekekkeke... Anna yang salah! ekekekek eh betul ke aku ni..

PCL said...

tertengok je sambil2 BW..tapi best nama tajuknya tu ...hemm :P

Aty Fared said...

kakak depan meja saye ni..suker review cerite tu lepas setiap kali nengok...kire hari2 ar... saye yang tak tengok pon rase2 macam tengok jer cerite tu sekali... huhu

Encik Jay said...

Bagus jugak ada org duk update jalan cerita, bila dah tertinggal satu dua episod nak bukak tonton.com.my malas..hahaha..

~TQ Dear~

Followers