Thursday, June 16, 2011

Sinopsis Annissa (episod tak tahu)



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Kental ok, online pagi pagi nih, semata mata nak buat sinopsis ANNISSA episod semalam. serius tak tahu episod berapa  dah semalam, tapi memang sempat tengok la. jadi, sebelum bergerak kemana mana hari ni, maka mari online sebentar.


Alhamdulillah,
mzhany selamat sampai ke Kota Bharu jam 6petang semalam. jemmemang tka jem, tapi hujan lebat bila masuk Kelantan ni dan sepanjang jalan sangat banyak LORI & BAS. dahla hujan, ada kenderaan berat, pastu merangkak rangkak, maka lambat la perjalanan, takpe biar lambat asal selamat…alhamdulillah…


ok, mari kita buat sinopsis pasal ANNISSA episod semalam.


semalam,
FIZA masih lagi belum tahu siapakah isteri kedua suaminya yang mana madu dia lah. FIZA lari dari rumah, tapi pergi rumah ROZITA. adeihhhh bila la nak kantoi kan. dah madu nya ROZITA. yang ZAMARUL ni, malam tu boleh pulak datang rumah isteri kedua dia nih. dia ingatkan FIZA tidur di hotel.


Yang si FIZA ni, nampak suami dia datang, dia tak sangka buruk, tapi dia ingatkan suaminya datang nak cari dia. dia suruh ROZITA rahsiakan. maka elok je ROZITA buka pintu rumah, ZAMARUL panggil…”B…” ahaha nasib la FIZA dalam bilik, so tak dengar la. cepat cepat ROZITA suruh ZAMARUL balik. sioootttt selamat la rahsia diorang ni….


esoknya,
ZAMARUL datang ofis dan lunch dengan ROZITA. kebetulan si FARADHIYA nampak…FARADHIYA dah menaruh syak, dia tegur la…alahaiiii orang kalau beristeri dua mesti pandai cakap kan. so ZAMARUL pun bagitahu dia jumpa ROZITA sebab nak tanya mana isteri dia.


owh yer, masa mereka lunch ni, ROZITA ada mintak cerai sebab tak sanggup. ha ngko, sekarang dah macam ni baru tak sanggup kan, masa nak nikah tak fikir tu sahabat ngko…issshhh emo ok emo! tapi ZAMARUL taknak ceraikan dia.



Si FARADHIYA, watak dia dalam ni macam keras sikit la, dia sound ZAMARUL supaya ceraikan FIZA. yer lah jangan seksa FIZA lah…kesian dia kan.ZAMARUL hangin la, lepas tu sebelum beredar ZAMARUL cakap:


“Aku takkan ceraikan orang yang aku sayang”


bermaksud, dia takkan ceraikan FIZA dan takkan ceraikan ROZITA jugak. cipan betol….yerlah dua dua isteri dia. dua dua dia sayang.


Esoknya lagi, berapa esok daaa…si ROZITA ni nak pergi kerja, dan FIZA masih di rumah dia. ROZITA cadangkan supaya FIZA cari spy la untuk intip suami dia. yang sengal nye, si FIZA suruh ROZITA tolong cari kan. adeihhh harusla kalau ROZITA cari, bolehla dia berpakat dengan spy tu supaya tak kantoi kan. aaahhhh emo emo emo!nasib tengok di rumah mertua, kalau tak dah lama menjerit jerit…eiiii.


And then, tiba tiba ROZITA pening, dan nak muntah muntah…jeng jeng jeng. PREGNANT latuh. habislaaaa pasti terbongkar la lepas nih. mesti lah, tak nikah lagi (yang mana semua orang thau ROZITA tak nikah lagi) tapi tiba tiba pregnant. fuhhhh memang cornflake la…ahaha konflik la….


jangan lupa saksikan, malam ni jam10.30 di TV3.


(rasanya malam je TV3 ni ada cerita melayu yang ok, kalau siang…perghhh penuh dengan sinetron…caittt)


**KBMALL KBMALL KBMALL…**

6 comments:

kella said...

adoiii... bagusnya hany buat sinopsis lagi... =) keep it up!

Ardini Humaira said...

akak minat cite ni ye hehe

PCL said...

baca sini je la....amik tau..pCL tak berapa minat pon..huhu.

Fiza Amran said...

terbaik la hany.... x yah tgk hany memudah kan semua.. tapi sejak bila pulak FIZA berlakon? ehhhh silap fiza amran x berlakon FIZA ELITE yg berlakon

Diyana said...

diyana emo tgk annisa ni..rs nak hampuk je muka RCW tu..eei.*over emo..hehe

Rohani Hashim said...

@kella
hihi suke...sebab besh dan sebab follow dari awal...


@dni
a'ah sbb dah tgk dari awal dah kan, so seronok je follow


@PCL
hihihi ok ciklie sila baca kt sini je,tapi xde audio dan video la;)


@fiza
a'ah kan sejak bile fiza berlakon ;)


@diyana
serius emo kan, eiii menjerit2 kalau hany tengok ber2 dgn MZ...serius!

~TQ Dear~

Followers