Friday, July 15, 2011

Dek kerana kepanasan yang hampir buatkan aku menangis…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Ingat lagi entri hany yang hany cakap, sebab panas sangat rasa macam nak NANGIS tuh. itu hari rabu. masa tengah kepanasan tuh, terus mesej MZ, nak bawak kipas dari rumah sebab panas.

Lantas, hari khamis hany terus bawak kipas hijau itu.khamis hany puasa. ooo yeahhh!!! dah habis ganti puasa, Alhamdulillah. gembira tak terkata okay bila dah habis puasa nih. fuhhhhh. ingat hany ganti awal awal ok!jangan last minit. khamis jugak cuaca macam redup jer, mendung jer. jadi kepanasan tidak di rasai sangat. huhu…tapi dah bawak kipas kan. letak jer lah.


140720115986 hamek ko, letak atas meja, depan muka terus ha…mengadu panas lagi tak tahu la kan…


140720115991 sebenarnya ekon betul betul jer atas kepala hany. ahahaha dasar kulit tebal, lemak menimbun…;)


dan,
Alhamdulillah…hari khamis ummm tak panas.huhu maybe sebab hany puasa kot, jadi tiada haba dibebaskan, lampu pun hany tak bukak sebab tak nak jadi penyumbang haba, cuaca di luar pun redup. fuhhh selamat. cuma masa tengahari jer hany bukak kipas. sebab matahari dah mula keluar, jadi terasa la bahangnya kan.


orang lain pun terasa kepanasan, cuma nya dorang macam rasa lite lite jer panasnye. kita tunggu jumaat. huhuhu tengok camne lak kan. tapi yer lah cuaca sekarang tak menentu. aperpun banyakkan minum air masak yer…

11 comments:

Ena said...

kat sini.. sejuk cam duk kat kutub plak kekdahnya.. uhuhu..

ch@ said...

woh, caya betulla. kipas depan muka. baru syok. sentiasa sejukkk. opis kita sentiasa sejuk. kadang2 terasa rindu dgn panas.

Aty Fared said...

kat opis saye ni pon same...aircond rosak@kurang sejuk.. saye siap bawak stand kipas kecik tuk saye..kalau tak..tak tahan..!!! ;)

Anonymous said...

awat panas semcm je ni hanny ...
siap kene ngadap kipas lg tu .. kurg air kut ..

Diyana said...

jerebu tk ilang lg kan kat sane?

Encik Jay said...

Kat tempat aku panas sampai aku asyik tertido jer..oksigen tak sampai ke otak..hahaha...

Rohani Hashim said...

@ena
alaa beshnye ena, hany suke sejuk sejuk nih


@cha
ha cha, terus bawak kipas kan.ahaha eh cha preggy bagus la duk tempat sejuk kan.


@aty
ha aty, ni hany pun br bawak ni. haishhh ni bos tak tgk lagi nih, kalau dia tgk tak tahu la...huhu


@zura
ntah la zura. hurmmm hany tiap2 hari opis hour tu 3.2L air minum tau. ntah laaa lemak banyak kot;)


@diyana
pagi tadi dah hujan harap2 nya dah ok la cuaca ni...


@ashrufzz
aaaahhh alasan ko, tertido konon. weh kalu panas mana bleh tido weh...

P0cAhoNta$ said...

Ira pon rasa sampai nak nangis gak. Satu sbb susah nak tido mlm pastu nyamuk pon suke attack. Tensen!

Rohani Hashim said...

waaa, akhirnya ira dah online hihihi...

Hanis MY said...

kat sini pun sama hany, panas jugak...comelnyaaa seme hijau...

Rohani Hashim said...

hana, cuaca sekarang memang la kan hana. haishhh nak buat camne kan...semoga hujan rahmat turun kan hana, hilangkan semua jerebu....

~TQ Dear~

Followers