السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Kalaulah anda ke Pasar Payang, Kuala Terengganu kan, dah penat shopping kain batik, sutera bagai ni, tiba tiba lapar pulak kan. ha sudilah singgah ke kedai makan ni, ala kedai makan ni di Pasar Payang jugaklah, di tingkat 1. Ni pada siapa yang nak try NASI MINYAK dan BIHUN SUP.
Ni hany recommend sebabnya pada anak tekak hany ni, memang sedap. Nak nak kedai BIHUN SUP tuh, setiap kali balik GANU pasti lah tak ketinggalan untuk pekena BIHUN SUP di kedai ni. Owner dia SIAM, kalau tak silap,yang pasti ISLAM, tapi dia ada pekerja MELAYU ISLAM, orang kampung hany. memang banyak kedai BIHUN SUP, tapi tekak hany nih memang suka yang ni lah.
Dan, lagi cadangan. korang kalau nak minum air yang besh kaw punya, adalah di kedai MN17. di antara kedai nasi minyak dan bihun sup tadi. kedai ni dia hany jual minuman sahaja. kedai ni lah hany kerja dulu. serius air dia memang kaw, sedap lah. so taktiknya macam ni, korang pergi, duduk di kedai yang jual minuman tu. so korang kena order air dari kedai MN17, tapi makanan korang boleh order dari mana mana kedai korang nak. tapi sekiranya korang duduk di kedai lain, korang WAJIB order air dari kedai yang korang duduk tuh, makanan boleh order dari kedai mana mana. begitu peraturan dia.
Okay, itu jer. huhu sedikit panduan untuk korang. ;)
**MN stand for makanan, minuman kot**
7 comments:
hari tu kak munna pergi pasar payang...makan nasi ayam tak sedaplah hany....
kakmunna,
ummm kalau bab nasi ayam tu ntahla kakmunna, sy tak pernah mkn kat pasar apyang. hehe sebab peminat bihun sup ;)
kalu mihun sup tu mmg sedap...
a'ah kan nisa, memang besh kan ;)
port yg ida selalu singgah klu kat pasar payang tu..order bihun sup perut..hmm..sedap!!suami ida pun suka supnye.kdg2 siap order extra 1 mangkuk kongsi 2org.
thanks to hani sbb perkenalkan kedai ni..1st time makan dgn hani ler dulu ms kita penah kuar sesama dgn kak chik, liza..igt tak?? hehe..
tp dh lm tak balik kg skrg sggh pasar payang...entri ni buat ku terbayang2 sedapnye sup dia.
port wida jugak ni..dulu selalu mkn sini.
tp skrg dah jumpa port baru..hehe.
kat tepi sabasun, ada kedai kecik jual bihun sup, sedap hany..try lah.murah jugak
OWNER kedai mi sup tu melayu(mak n ayah dorg je kemboja)...nasi ayam yg paling sedap atas psar pyg kedai adik owner ni NO.10...tapi sup dye je kurg coz dorg rebus skali ngn ayam n dagin
Post a Comment