السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
CUACA PANAS MEMBERI TEKANAN FIZIKAL KEPADA TUBUH MANUSIA
Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar. RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun, kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, Penghidap penyakit sistem pernafasan, Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
1. Sakit kepala
2. Keletihan
3. Lemah tumpuan
4. Pening
5. Lemah otot–otot atau kekejangan
6. Mual dan muntah
7. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
CARA-CARA MENCEGAH & MENGURANGKAN KESAN TERHADAP KESIHATAN
1. Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
2. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
3. Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
4. Hadkan aktiviti luar
5. Kerap berehat
6. Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
7. Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar
8. Pakai topi atau payung yang besar
ELAKKAN!
1. Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
2. Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
3. Bersenam dalam cuaca panas
**Kawan kawan, sama sama kita jaga kesihatan kita juga orang tersayang yer**
9 comments:
Salam kunjungan.. blog menarik ;)
bersenam dlm cuaca yg pns. gila namaya tu. kipas on 24 hour. tingkap ternganga seluas2nya nak suruh angin masuk.
huhuhu betui , smlm akil makan doyan .. mlm td tido smp basah abis katil . ku ingtkan dia kencing atas katil , ghupe nye berpeluh .. sian plak
good info:)
thanks!
dni suka minum kopi. uhuuu risaunye
Panas panas.. memang panas panas.. hehe.. nyanyi pulok..
hai hany.. lame kan kite dok nyinggoh sini! hany sihat ke..?
memang keadaan sekarang ni tak menentu kan... hmm lapisan ozon..semakin menipis...
take care hany.. =)
No sll kena sakit2 mcm tuh klo cuaca panas..betul juga sbb mmg No kurang minum air huhuhu..
ops ops..tertulis 'kakNo' la plak lam n3 atas tuh huhuhu...sori ek..ala rasa ok kot kan kan kan..
@zuwairi
tq kerana singgah...
@cha
a'ah kan cha, ahahaa for sure tak der yg bersenam kan dlm cuaca mcm ni kan.cha yg preggy ni lagila kepanansan kan
@zura
ahahaha zura, mkn durian bertambah panas la hai...
@wida
sama sama wida
@dni
huhu dni xpe suka minum kopi, tapi air masak jangan la tak minum langsung kan. take care yer, awk tu nak jadi pengantin nanti, jaga kesihatan yer
@kella
ahaha mcm lagu band indon jer nih ihihhi
a'ah kan ozon lo ni koho nipih...heheh nak jugak lagu kan
@no
eh eh xper xkesah ;)
ha'a sentiasa panas, kadang2 sblm tido mandi lg, siram bdn. abi marah btl. lps tu mlm mulala kejang urat kaki. hihiii.
Post a Comment