Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru



yeahhh, 16 Mei kembali...dan rasanya semua orang tahu kan, 16 Mei adalah Hari Guru...di kesempatan ini hany nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru guru di Malaysia...GURU, profession yang mulia, mendidik anak bangsa...terima kasih wahai guru guru sekalian...


Ingat lagik, masa kat sekolah rendah dulu dulu, tiba masa hari guru, semua nya berlumba lumba membeli hadiah untuk guru masing masing. Di sebabkan masa tuh masih lagik budak budak dan kami semua bukannya dari golongan berada, kami selalunya menghadiahkan cikgu cikgu hadiah seperti tisu, sabun hehehes abun tu sabun buku la...sekarang ni macam nak tergelak pon ada kan..hehee.


Banyak kenangan masa zaman sekolah, banyak perkara kita pelajari...banyak ilmu kita dapat kan...Ya ALLAH, semoga segala ilmu yang daku perolehi ini, daku manfaati dengan sebaeknya, dan semoga semua guru yang telah memberikan segala tunjuk ajar ini meredhoi serta menghalalkan segala galanya...ameen


GURU OH GURU, oleh:USman Awang

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang
guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


No comments:

~TQ Dear~

Followers