Wednesday, July 13, 2011

ANNISSA lagi ;)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Jangan jangan, jangan kau pergi
Jangan jangan, tinggalkan aku

Wohooo,
mari kita tengok apa sambungan drama ANNISSA. hehehe, rasanya sekarang ni dah ramai yang follow cerita ni kot. eh siap ada kot. ada 2,3 orang kat ofis hany dah start follow, walaupun dari episod awal dorang tak tengok.

Okay, IMRAN yang marah sebab tak dapat duit agaknya, cuba nak menjual rahsia konon nya kan pada SHILA. ahaha demi nak duit ok. tapi SHILA cakap tak berminat ok! ahaha. yer lah member dah tahu kan ape hal nak kena bayar lak.

siotttt la, sampai bila la nak pecah rahsia dorang nih. haishhhh. memang tau pandai buat penonton tertunggu tunggu. arghhhh tak suka!

okay, sambung lagi. semasa ANNA pergi ke rumah BALQIS, IMRAN tengah pukul BALQIS okay. demmmm, pukul seorang wanita tengah mengandung haishhh. marahla ANNA pada IMRAN, dannnn IMRAN ni tak pulak kan, ko pecahkan rahsia kat situ. ANNA bawa BALQIS balik dan tinggal di rumah dia. woooo seronok la si FARID tuh. dua dua bini ada dalam rumah dia.

tapiii, nak jumpa BALQIS kena hati hati la, kan kantoi matikkk kaluuu.

dan, 1malam…si FAIRD pun menyelinap pergi jumpa BALQIS dalam bilik. BALQIS tidur dalam bilik . ahaha kelakar lak, macam tikus jer. hany dengan MZ kat rumah ni ingatkan akan kantoi dah malam tuh, tapi rupanya tak KANTOI lagi…aaaaa….

Sangat SEBAK tau bila ANNA cakap dengan BALQIS, dalam hidup ANNA ada 5orang yang dia SAYANG, iaitu mak, abah, farid, kau dan baby. (KAU adalah BALQIS) seriussshittt…SEDIH ok. sebak weh. hishhh emo benau bila tengok drama melayu nih.

Yang SHILA pulak, pujuk BALQIS supaya songlap kan duit tu, kiranya SHILA nak ajak BALQIS supaya sama sama SONGLAP kan duit tu. giler la. lepas tu SHILA cuba pulak nak bunuh BALQIS dan anak dia. demmmm la, nasib baik la FARID cepat sampai kan. fuhhh sabar je lah.

Dan SHILA, secara indirect bagitahu kat ANNA. dia suruh ANNA balik siasat kenapa FARID balik rumah waktu ANNA tak ada kat rumah.ahaha sioottt jer, tapi kan ANNA tetap percaya kan laki dia tuh. siap boleh cakap:


“ tak apa lah, kalau BALQIS sakit boleh FARID tolong hantarkan ke hospital”


tapi, di raut wajahnya ada semacam sangsi la. dan SHILA pulak pandang ANNA dengan wajah sinis…sambil senyum. hohoho ada makna okay.

ANNA pun balik rumah, tapiii masih tak kantoi lagik, sebabnya si FARID dah perasan ANNA balik. so FARID pura pura sakit kepala, dan baring kat ruang tamu. yang BALQIS pulak buat buat tidur dalam bilik. hurmmm…

ha, ni satu lagi nih. saat saat SEDIH dan SEBAK. ANNA panggil FARID untuk rasa baby yang bergerak dalam perut BALQIS. beriya ANNA suruh FARID rasa. FARID lak, pura pura berlakon konon, siap mintak kebenaran bagai…haiishhh kelakor weh.

hurmmm,
ntah ntah drama ni takkan kantoi kot sampai akhir? ntah ntah dnegan kuasa ALLAH ANNA ni mengandung nanti….waaaa beshnya. tapi tu ntah ntah jer. ahaha

10 comments:

Izan Ishak said...

mmg tak sabar nak tgk annissa skrg ni. cam teraddict pulak nak tau apa yg jadi lepas2 ni kan~

wida said...

x sbr gak tunggu time diaorg kantoi ni..ish

ibudhira said...

part yg si anna terasa tu kesian..siap pegang perut lagi..bila agak nyer turn dia..nasib baik farid cover balik..

Siti Hajar Masri said...

memg drama ni buat org x sabar nk tgk..;p

nik said...

perang emosi tengok drama ni..hehe..

Fiza Amran said...

geram jer hany kan.. ishhhhh fiza paling benci tgk si farid nie wahhh bukan main berlakon .. adoyai lelaki mcm nie aishhhhh x tahu la nak ckp apa

Cik D momy the ZAs said...

haah, pandai tol farid berlakon tapi since tgk spa Q x suka si Shila tu, dlm annisa ni jd suka lak kat dia

ch@ said...

kita terlepas malam tadi, tidur awal. sesedar pukul 12am. hahahaha.

mlm ni harus tengok.

Rohani Hashim said...

@izan
ha betul tu izan. ahahaha boleh plak tak sabar tunggu drama kan kan.hihihi


@wida
yer wida, haishhh bila la nak kantoi kan. asyik terlepas je kan


@ibudhira
a'ah kan rin, sedih owh sebak sgt masa tu.membe ni beriya la hai feeling. padahal si farid haiii ntah ape ape


@hajar
ahaha betol. berjaya buat penonton menunggu nunggu...


@nik
ahaha tu lah, yg kat luar tv ni emo tak hingat kan.


@fiza
ahaha fiza, sabar sabar ;)


@lalalola
a'ah dlm spaQ mmg sakit ati owh dgn faradhiya tuh kan...


@cha
ha jangan lupa tengok malam ni;)

Ardini Humaira said...

dni lama tak tk tv. adoi. rindu lak nak tgk crite :D

~TQ Dear~

Followers