Tuesday, March 29, 2011

Alert from LHDN

 

**Sharing is caring**

 

 

Korang semua sudah DECLARE TAX ke belum??? tarikh tutup 31march yer. Alhamdulillah, hany dah buat e-filing, so sangat senang ok. sambil ko baring baring tengok tv pun boleh buat…rebate tak banyak pun, janji tak kena bayar ahahaha….

 

 

nah ini web untuk e-filing= https://e.hasil.gov.my/

 

 

owhhh,

sebenarnya nak citer, tadi pagi MZ ada email, alert dari LHDN. jadi hany hanya nak menyebarkan sahaja. supaya korang semua maklumlah yer.

 

 

ini adalah kandungan alert tersebut:

 

 

E-mel PALSU Bayaran Balik Cukai Terlebih Bayar

 

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin membuat penafian mengeluarkan email

(HASIL<refund-payment@hasil.gov.my> ) kepada pembayar cukai yang mengatakan mereka layak diberikan bayaran balik sejumlah RM700.00 lalu mereka diminta klik kepada http://62.23.69.2/hasill.gov.my/index.php.htm yang mengarahkan pembayar cukai memberikan butiran diri dan nombor bank mereka.

 

 

Di sini LHDNM ingin mengesahkan bahawa e-mel tersebut adalah PALSU dan merupakan aktiviti phishing oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri maklumat dan wang pembayar cukai.

 

 

Orang ramai yang menerima e-mel tersebut dinasihatkan untuk tidak membukanya serta menghapuskannya dan dilarang memberikan sebarang maklumbalas terhadap arahan yang terkandung di dalamnya.

 

 

Unit Keselamatan ICT, Jabatan Teknologi Maklumat, LHDNM bertindak pantas dengan melaporkan hal ini kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia apabila mengesan aktiviti bermula semalam dan laman tersebut telah dipintas dan ditutup. Ini adalah merupakan cubaan kali ketiga untuk menipu pembayar cukai.

 

 

Harap maklum bahawa setiap data dan maklumat pembayar cukai adalah dijamin selamat dalam simpanan LHDNM. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan haL ini boleh diajukan kepada Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di talian 1-300-88-3010
atau melalui e-mel
callcentre@hasil.gov.my.

 

 

Dikeluarkan oleh : Mazlan Wan Chik
                        Pengarah Komunikasi Korporat
                        Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh : 14 March 2010
Nombor Telefon : 03-6203 1380
Nombor Faks : 03-6201 2434
Pusat Khidmat Pelanggan : 1-300-88-3010
www.hasil.gov.my

 

 

hany dan opismate hany try la masuk web yang di provide kan kat atas tuh, tapi web tu macam tak dapat di bukak je, tapi memang ada alert phishing tuh. opismate hany cek, web ni dia hosting kat FRANCE, takde domain just guna ip.

 

 

okaylah,

sharing is caring…aperpun, berhati hati lah yer. jangan sembarangan klik, jangan sembarangan bagi details peribadi juga details banking. keputusan di tangan anda!

 

 

**sharing is caring…daaa**

5 comments:

qasehraihan said...

mksih hany tlg ingatkan..hehe

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/03/memek-muka-jelir-jelir-comel-ke.html

Oasis said...

byk sangat kes nak menipu skrg ni...

wadi pun tak buat lagi utk LHDN tu..tunggulah bila gaji dah ckp untuk dikenakan cukai. hehehe

azzey said...

kene lbh hati2 klu pasal duit nih...:)

Rohani Hashim said...

@qaseh
sama sama kak...sharing is caring;)


@oasis
wadi, betol tuh, kena sgt hati2 skrg


@azzey
yezza kena hati hati

Ida Iar said...

tarikh tutup 31 mac ke?bkn 30 april?

~TQ Dear~

Followers