Assalamualaikum wbt
Mungkin ramai yg tidak mengenali Munif Hijjaz Perfumes. Ia adalah suatu produk minyak wangi yg dikeluarkan oleh Munif Hijjaz Sdn. Bhd, sebuah syarikat perkongsian milik penuh Bumiputera yang diasaskan dan diterajui oleh Ustaz Munif Ahmad yang merupakan penyanyi utama kumpulan nasyid popular di Malaysia iaitu Kumpulan HIJJAZ.
Ia menggunakan pati minyak wangi yang halal yang diimport khas dari luar Negara, khususnya dari negara Perancis. Tiada unsur-unsur haiwan atau sebarang bahan-bahan terlarang digunakan dalam penyediaan pati minyak wangi tersebut. Sumber alam semulajadi seperti ribuan jenis bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan merupakan bahan utama yang diproses untuk menghasilkan pati minyak wangi “Munif Hijjaz Perfume”.
Dgn tergerak hati maka saya Mohamad Zuki melabur sedikit untuk menjadi stokis. Mungkin jenama Munif Hijjaz Perfumes tidak semasyhur produk-produk lain yg telah lama bertapak di bumi Allah ini. Namun, tergerak hati disebabkan produk ini halal. Ia diasaskan dan diterajui oleh muslim yg bergelar ustaz yg telah kita sedia maklum personalitinya.
Biasa bila kita sebut halal maka secara tidak langsung terbayang di dalam benak hati kita yg minyak wangi yg tidak ada alkohol itu adalah halal. Adakah kita pasti? Bagaimana dengan proses pembuatannya? Bagaimana pula dengan sumber-sumber pati minyak wangi tersebut? Adakah kita fikir semua ini? Tidak semestinya minyak wangi yg tidak mengandungi alkohol itu halal.
Kalau kita tengok salah satu jenis minyak wangi Munif Hijjaz ini ialah Hugo Boss. Dulu saya pernah menggunakan jenama ini yg dibeli secara online. Bila saya tengok botolnya mengandungi alkohol. Hugo Boss (Set kotak merah - botol A) yg diinspirasi oleh Munif Hijjaz Sdn Bhd ini adalah halal dan ini juga adalah salah satu objektif Munif Hijjaz Sdn. Bhd untuk memilih minyak wangi yg halal dan boleh dibawa solat. Jangan hanya setitik minyak wangi yg tidak HALALsembahyang kita tidak diterima oleh Allah swt.
Saya sedang mencari pengedar atau agen di bawah saya untuk mengedar produk ini kepada pengguna. Diskaun akan diberikan kepada pengedar / agen. Ini bukan MLM. Saya berdaftar sebagai stokis di kawasan Seri Kembangan tapi saya boleh juga boleh dihubungi oleh pengguna di kawaasan Putrajaya, Puchong, Bandar Baru Bangi, Puncak Jalil dan kawasan-kawasan yg berdekatan. Saya juga boleh menjual terus kepada pengguna.
Kami boleh dihubungi di alamat email:-
i2linuxz@gmail.com [Mohamad Zuki]
zukihany@gmail.com [pembantu saya yg dilantik secara tidak langsung tanpa sebarang cadangan]
InsyaAllah kami akan menjawab setiap persoalan yg diajukan. Sekian.
_mzhany_
4 comments:
oo patut la baca cam skema je upanya MZ tulis hehe..tahniah ye semoga berjaya dalam bidang ni pla..teringin gak nak beli, nak tolong MZ dan hany.. tp takut by post ni kang pecah lak sbb dah ada kes huhu..
menarik tu..
ohh suami hany yang taip ni semua ya.. patutla macam sope sope jah, biasanya sopang sopang je kalu versi hany..
hmmm menarik juga kalau nak tambah pendapatan sampingan kan.. hany.. nanti kita PM la kan.. nak tahu gak apa kelebihannya lagi.. :)
takde program affiliate/reseller ke? boleh Kak Yah tolong promosikan...
Kak Yah, saya rase xde program affiliate/reseller. kat website dorg macam xde jek. marketing dorg kt paper, magazine, radio, tv, website, karnival, expo, konsert je.
Post a Comment