owhhh yer kengkawan ni bukanlah entry untuk cite cuti cuti hany tau...ini adalah contest hany join...dah lama hany tak join contest.
Contest ni adalah anjuran Yusra Tours & Travel (YTT), so jom jengah ke blog penganjur contest ini untuk mengetahu syarat syarat contest ini KELIK SINI
Percutian Impianku di Cherating...
Jujur hany akui, hany memang tidak pernah sampai ke Cherating walaupun hany nih orang Terengganu, kan sudah dekat kan. Selalunya hany pulang ke Terengganu atau kembali ke Selangor, hany akan nampak lah signboard Cherating itu.
Untuk pengetahuan, hany sudah mendirikan rumahtangga selama 9bulan, tapi hany dan suami masih belum berpeluang untuk menikmati bulan madu. Yer, bukanlah satu kewajipan bagi mereka yang berkahwin untuk melalui bulan madu, tapi teringin juga kan. Dan sekiranya di beri peluang untuk memilih tempat untuk merasai bulan bulan madu, teringin hati ini ke Cherating.
Walaupun hany berasal dari pantai timur, tapi hany masih tidak puas untuk menikmati keindahan serta kecantikkan pantai. Menikmati pemandangan di tepi pantai bersama suami tercinta, merasai bayu laut menyapai muka bersama suami tercinta, berjalan jalan di sekitar pantai yang tenang dan damai...oh sungguh hany idamkan.
Dan teringin sangat nak mandi manda di sana, seharusnya lah bersama suami tercinta kan. Yang pasti hany teringin sangat nak berbulan madu di cherating, lagi bagus kalau dapat tajaan kan...;)
Di samping usia perkahwinan kami berusia 9bulan, kami kini masing masing meraikan hari jadi kami di bulan mei ini, iaitu harijadi ke 27 bagi hany pada 16 mei dan hari jadi ke 28 bagi suami tercinta iaitu pada 13 mei. Sungguh kami merasa bertuah sekiranya terpilih untuk mendapat tajaan ini.
InsyaAllah...ameen ;)
3 comments:
Hany, good luck, semoga mendapat tajaan percutian ke Cherating ;)
hahha, ko doakan jugak yer...;)
Hi Hany,
Dah terjah..very nice essay.Tp hrp hany dpt tmbh:-
1) direct link YTT N3.
2) ur email add.
T/kasih.
Post a Comment