Sunday, May 2, 2010

TANDA-TANDA AWAL KANSER




again, ni pon dari mail...
heheh maklom ler tengah bercoti...autopublish ler....ummm kalau ada yang salah minta sama sama betolkan yer...hany pon bukan tahu sgt, tapi tak salah nak share ngn korang benda baek kan....


(1) Kanser pangkal rahim - sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.


(2) Kanser payudara - bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedu tan pada kulit di buah dada.


(3) Kanser usus besar - perubahan tabiat membuang air,hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.


(4) Kanser paru-paru - batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.


(5) Kanser perut - hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.


(6) Kanser limpa - sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.


(7) Kanser ovari - haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.


(8) Kanser otak - sakit kepala, muntah-muntah, gangguan pengliha tan , lemah atau lumpuh, pening/pitam,  pelupa, perubahan personaliti.


(9) Kanser prostat - sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.


(10) Kanser darah (leukimia) -letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).


(11) Kanser tekak - suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.



1 comment:

Liza said...

thanks for the info...mmg takut sebab this is the 2nd killer after heart attack

~TQ Dear~

Followers