Sunday, October 31, 2010

Rasa macam mengandung…

 

 

 

hehehe,

sebenarnya kan…PERUT PENUH, SENDAT, KEBUNTAT, SE’EH, SO’OH…ha…itulah kisah sebenarnya…hehehe. sebabnya, baru sahaja lepas makan stembot @MARDI

 

Leelou_Blogs_free_wallpaper_LA

 

Kan REDWARRIOR menang, MZ janji nak belanja, hany pilih nak makan steambot ni ha…tapi yang buatkan hany macam mengandung nih…hany makan banyak…ntah gila haper hany nih. hany banyak makan salmon jer. hany selalu nya kalau pergi buffet steambot nih, hany makan udang dengan salmon jer. sebab hany tak suka sangat yang lain.

 

 

tapi,

malam ni hany tak berani makan udang sebab hany takut udang tak fresh, takut jadi apa apa kat hidung nih ha. sebab dari tadi hidung hany macam rasa semacam jer.

 

 

hany makan salmon, salmon, salmon, sotong, salmon lagik, pastu amek abc, amek lagi abc…hohoho MZ dah stop makan pun, tapi hany masih makan. nafsu menggunung…

 

 

owhh, hany pernah buat review steambot @mardi nih…jom usha

 

 

**korang semua doakan la jugak untuk hany dan MZ yer, semoga kami murah rezeki, dikurniakan anak ameen….**

QALESYA

Korang pernah tengok cerita QALESYA tak? QALESYA MUSIM TERBARU?

 

 

ahahahaha,

hany kan setiap kali ulangan kan, mesti hany tengok…hohoho lawak weh, lawak yang sempoi dan ringan. dan yang pastinya JOEY bawak watak yang sangat superbbb….hohoho terhibur.

 

 

antara babak yang sengal:

 

cikgu perempuan yang selalu salah masuk kelas. mesti ade jer cikgu perempuan tuh dalam kelas cikgu Joey nih. siap bergaduh kata itu kelas dia…

 

“dah 2tahun setengah ,mengajar, masih salah kelas”

 

ahaha, tapi dialog tuh sangat kelakar bila di sebut cikgu joey.

 

 

Di tambah pulak dengan sound effect yang macam macam…lagi la seronok untuk di tonton. ;)

 

 

**sampaikan sekarang ulangan ada lagik kan**

Info:Sejarah Piala Malaysia 1921-2010

 

 

 

piala_malaysia

pix : mr.google

 

 

- Bermula dengan PIALA MALAYA, 1920-an, yang di sertai oleh negeri negeri di Tanah Melayu.

 

 

- Perlawanan akhir melibatkan juara utara dan juara selatan yang melalui kejohanan dibahagian masing-masing.

 

 

- Pada tahun 1933, Piala Malaya telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya yang diambil semperna nama kapal perang HMS Malaya. Kapten Ion Beauchamp Butler menyumbangkan sebuah piala dan dinamakan PIALA HMS MALAYA

 

 

- Pada 1942 hingga 1947, pertandingan terpaksa di hentikan akibat Perang Dunia Ke-2.

 

 

- Pada tahun 1967 piala tersebut telah digantikan dengan piala yang baru iaitu Piala Malaysia

 

 

- Bermula tahun 1982, satu liga kejohanan diperkenalkan bagi menentukan siapa layak keperlawanan akhir.

 

 

- Pada tahun 1995 Singapura tidak lagi beraksi pada Liga Malaysia dan sekaligus tidak beraksi pada Piala MalAysia.

 

 

-sebelum berundur, Singapura sempat menjuarai Piala Malaysia 1994 buat kali terakhir.

 

 

- Namun  Pada tahun 1999, bilangan pasukan yang memasuki Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan.

 

 

- Pada tahun 2000, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan dan buat pertama kalinya pasukan berstatus kelab berjaya menyertai Piala Malaysia iaitu Johor FC.

 

 

- Kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia dan setakat ini adalah MPPJ Selangor pada tahun 2003

 

 

- Selangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 32 gelaran dan 16 kali naib juara.

 

 

- Manakala Kelantan merupakan juara terbaru yang merupakan piala Malaysia yg pertama bagi mereka.

 

 

 

SENARAI PEMENANG PIALA 1921-2010

1921 Singapore

1922 Selangor 3-2 Singapore
1923 Singapore 2-1 Perak
1924 Singapore 1-0 Selangor
1925 Singapore 2-1 Selangor [first final played in Singapore]
1926 Perak 1-0 Singapore
1927 Selangor 8-1 Singapore [also reported 8-2]
1928 Singapore 2-2 Selangor [trophy shared]
1929 Singapore 2-2 Selangor [trophy shared]
1930 Singapore 3-0 Selangor
1931 Perak 3-1 Singapore
1932 Singapore 5-3 Selangor

1933 Singapore 8-2 Selangor
1934 Singapore 2-1 Penang
1935 Selangor 3-2 Singapore
1936 Selangor 1-0 Singapore
1937 Singapore 2-1 Selangor
1938 Selangor 1-0 Singapore
1939 Singapore 3-1 Selangor
1940 Singapore 2-0 Kedah
1941 Singapore 2-1 Penang
1942 not played
1943 not played
1944 not played
1945 not played
1946 not played
1947 not played
1948 Negeri Sembilan 2-2 Selangor [also reported 1-1]
repeat Negeri Sembilan 2-1 Selangor

1949 Selangor 3-2 Tentera [aka Army/Navy]
1950 Singapore 2-0 Penang
1951 Singapore 6-0 Perak [also reported 6-1]
1952 Singapore 3-2 Penang
1953 Penang 3-2 Singapore
1954 Penang 3-0 Singapore
1955 Singapore 3-1 Kelantan
1956 Selangor 2-1 Singapore
1957 Perak 3-2 Selangor
1958 Penang 3-3 Singapore-rep Penang 3-1 Singapore
1959 Selangor 4-0 Perak
1960 Singapore 2-0 Perak
1961 Selangor 4-2 Perak
1962 Selangor 1-0 Penang
1963 Selangor 6-2 Penang
1964 Singapore 3-2 Perak [also reported 6-0]
1965 Singapore 3-1 Selangor
1966 Selangor 1-0 Tentera

1967 Perak 2-1 Singapore
1968 Selangor 8-1 Penang
1969 Selangor 1-0 Penang
1970 Perak 2-0 Kelantan
1971 Selangor 3-1 Perak
1972 Selangor 3-0 Perak
1973 Selangor 2-1 Terengganu
1974 Penang 2-1 Perak
1975 Selangor 1-0 Singapore
1976 Selangor 3-0 Singapore
1977 Singapore 3-2 Penang [aet]
1978 Selangor 4-2 Singapore
1979 Selangor 2-0 Singapore
1980 Singapore 2-1 Selangor
1981 Selangor 4-0 Singapore
1982 Selangor 1-0 Terengganu
1983 Pahang 3-2 Selangor [aet]
1984 Selangor 3-1 Pahang
1985 Johor 2-0 Federal Territory
1986 Selangor 6-1 Johor
1987 Kuala Lumpur 1-0 Kedah
1988 Kuala Lumpur 3-0 Kedah
1989 Kuala Lumpur 2-1 Kedah
1990 Kedah 3-1 Singapore
1991 Johor 3-1 Selangor
1992 Pahang 1-0 Kedah
1993 Kedah 2-0 Singapore
1994 Singapore 4-0 Pahang
1995 Selangor 1-0 Pahang [asdet]
1996 Selangor 1-1 Sabah [asdet, 5-3 pen]
1997 Selangor 1-0 Pahang [asdet]
1998 Perak 1-1 Terengganu [asdet, 5-3 pen]
1999 Brunei 2-1 Sarawak
2000 Perak 2-0 Negeri Sembilan
2001 Terengganu 2-1 Perak
2002 Selangor 1-0 Sabah [asdet]
2003 Selangor MPPJ 3-0 Sabah
2004 Perlis 1-0 Kedah
2005 Selangor 3-0 Perlis
2006 Perlis 2-1 Negeri Sembilan

2007 Kedah 3-0 Perak

2008 Kedah 3-2 Selangor

2009 Negeri Sembilan 3-1 Kelantan

2010 Kelantan 2-1 Negeri Sembilan

 

 

Sumber : wikiwiki

 

 

**huhu sambil2 hany google untuk pengetahuan sendiri, sambil2 share dengan korang ;)**

Nasi Lemak versi Hany

 

Hany buat simple yang boleh, simple bermakna cepat siap, bermakna cepat boleh makan, sebab hany dah lapar sangat. hehe ini adalah di pagi sabtu.

 

 

Macam biasa, nasi lemak orang ganu adalah berlauk ikan tongkol. mula mula hany rebus dulu ikan tongkol tersebut, sebelum tumis.

 

301020103776

 

 

Untuk kuah pulak,

hany hanya masukkan bawang yang dah di blend dgn menggunakan sambal maker yang telah di blog kan before nih, aha nak jugak bagitahu kan, then hany masukkan asam keping atau orang ganu panggil asam gelugur, hany masukkan NISAN atau gula melaka menggantikan gula…

 

page

 

301020103781

 

ha,

bila tiba tang nasik kan, adoiii hany tidak ada confident la. hany tak pandai nak bajet santan, ishhh kalau tengok ni, macam lebih santan lak…mesti tak sedap…

 

301020103782

 

hany letak daun pandan, pas tu buah pala, bunga cengkih, pastu hiris halia nipis nipis, hany masukkan dalam 4hiris. hurmmm okaylah kot, so apa lagi tutup periuk, lepak tengok tv la ;)

 

 

dan, inilah hasilnya…

 

301020103783

hehehe,

ini lah nasi lemak versi hanybunny. owh kuah nya adalah manis yer. orang ganu ;)

hany je ke hadapi masalah ni?

 

 

 

Hany tak dapat masuk banyak blog…ummm beberapa la, ada malware la ape la lagi. Ni semua gara gara hany pakai VISTA ker? security kuat sangat ker?

 

 

10-28-2010 4-07-05 PM

 

10-28-2010 4-11-08 PM

 

misya ni plak belog misyamissu

 

 

pastuh, kalau kat UTM, hany tak boleh masuk ke belog yang set ADULT tuh. ye r kot kot belog luccccch kan..hehehe itu bukan salah lappy la kan ;)

Saturday, October 30, 2010

Selepas 40 tahun…

TAHNIAH REDWARRIOR

2-1

KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA 2010

Hany si pelupa

Yer, hany memang seorang yang pelupa,

before nih, hany lupe username m2u, ni satu hal lagik pasal bil elektrik hany.

 

 

kan hany baru jer berpindah rumah sewa,

setahun yang lalu umah sewa lain dan sekarang umah sewa lain…asyik umah sewa jer, bila la nak beli rumah sendiri hany oiiii….ok, di sebabkan sebelum ni hany dah setahun duduk di rumah lama, maka hany pon buat la favourite bil elektrik tuh….

 

 

Sekali,

bil elektrik sampai, RM91.60. WHAT??? kenapa banyak sangat, MZ cakap ada tunggakan… tapi seingat hany kalau tunggakan pun takkan la sampai 90++, paling koman pun 40 jer.pastuh hany takot la kena potong ke apa letrik…terus hany online dan bayar bill.

 

 

Sekali baru hany teringat,

itu pun selepas hany solat isya’ semalam, tetibe teringat hany pergi bayar bil rumah sewa lama. adoiiiii, mau nye kena bebel dengan MZ. so nak tak nak kena la bagitahu kan. MZ diam jer, ahahah itu tandanya dia tak suker…and maksud tersirat, kenapa la hany tak tukar kan….

 

 

patutla, ada tunggakan…maknanya

sejak bulan 8 hany duk sini, hany asyik bayar bil umah lama . arghhhhh vongok la ko nih hany….

 

 

hari ni,

MZ dah call owner rumah lama, dia nak cek bil…hurmmm tolonglah dia baek hati pulangkan duit hany tuh…banyak weih RM120 weihhh. uuuuu….

 

 

**sila amalkan kismis kembali yer hany. dan tambah kan baca Al-Quran, ni mesti kurang baca nih**

Sabtu,30-10-2010

Hari ni,

pagi hany memang betol betol pagi…ahahah 6.30 bangun solat, tapi tido balek dan bangun balek jam 8pagi. hehehe dah plan nak masak nasik lomak hari nih….

 

 

sekali daun pandan plak lupe nak beli…adoiii mane besh nasik lomak tanpa daun pandan kan??? hegeh hegeh suruh MZ pergi, MZ lak ajak pergi sekali, okaylah….

 

screwpine(pandan)

 

 

Semasa di kedai runcit tuh, selalunya bro yang jaga itu, tidaklah peramah, tapi kali nih, bro lain…ramahnya lain macam. hehehe hany beli la coctail, susu tin sekali…dia tanya ada tamu ke nak datang…

 

 

bro tuh : ada tamu ke kat rumah kak

 

 

hany : eh xde la, saja nak buat coctail

 

 

bro tuh : mana lah tahu, ada tamu dari kampung datang…

 

 

hany : ada datang, tapi mungkin tak singgah rumah kot

 

 

bro tuh : dari mane?

 

 

hany : mesti lah dari KELANTAN—>sambil sengeh

hany : tak pergi stadium ker?

 

 

bro tuh : tak de orang jaga kedai nih, kalau tak pergi jugak

 

 

hany : orang mana? –>sebenarnya nak tanya sokong mana, tapi macam  pelik lak kan…ahahaha

 

 

bro tuh : orang nogori…

 

 

hany : owh…rugi la tak pergi tengok

 

 

bro tuh : akak dengan abang tak pergi?

 

 

hany : tak lah, tengok di rumah jer, lagi selesa, lagi selamat

          —>sengeh lagik

 

 

bro tuh : tapi kak, saya yakin KELANTAN akan MENANG la malam ni kak.

 

 

hany : eh macam tu pulak?

 

 

bro tuh : betol kak…saya sokong KELANTAN malam ni kak

 

 

hany : pulak….

 

 

 

ahaha, sabo je la bro nih, tapi aperpon ikut suker ekau la jang…ekau sokong nogori ko kelantan ko…kawe tetap sokong kelate, mugo tok laki ambo ore kelate gak….

 

 

**harap harap KELANTAN menang, sebab MZ dah janji ada habuan ngeh ngeh ngehh**

Friday, October 29, 2010

memang pelupa…

 

Hany nak log masuk ke M2U,

macam taip username dan password, sekali error, buat lagi error lagi. adusss kali ke3 kalau salah jugak kan mesti kena block kan?

 

 

adusss…

sebenarnya hany ingat PASSWORD hany, tapi luper USERNAME ok!!! cisss tak pernah terjadi ni, selalunya hany lupe PASSWORD.

 

 

nak tak nak,

terus call customer support….hohoho

 

 

**asyik lupa jer**

Positive, Negative

Dalam sesetengah keadaan,

perkara positif dan negatif pasti ada. Dan ibarat pasangan, positif dan negatif ada bersama sama. tapi ini adalah perkara yang bagus sekiranya ianya bersama sama.sekurang kurang nya, kita dah cukup down dengan yang negatif, maka positif la yang akan menaikkan semula semangat kita kan….

 

berfikir-negatif

 

Sebelum bermulanya,

 

telinga ni dah mendengar pandangan negatif, komen itu ini. padahal orang tu tak dengar, tak tahu apa sebenarnya lagi, tapi dah komen yang menjatuhkan, memburukkan keadaan…bak kata tu, apa salahnya kamu memberi peluang untuk kami menunjukkan, memperkenalkan dahulu apa yang kami ingin kenalkan.

 

34145-Clipart-Illustration-Of-A-Negative-Subtraction-Symbol-On-A-Shiny-Blue-Thought-Balloon-Or-Instant-Messenger-Window

 

 

Tak rugi kan, kita mendengar dulu, sebelum mengkritik.

 

 

 

Dan,

setelah semuanya berjalan, Alhamdulillah…bukan semua yang hadir beranggapan seperti dia. Alhamdulillah…syukur sangat…pandangan mereka yang lain mengembalikan semangat kami, mengembalikan keyakinan kami…terima kasih pada kamu semua….

 

123420092354M02f

 

 

Terima kasih ;)

Wednesday, October 27, 2010

CINTA

 

 

love

 

CINTA?

susah la nak describe pasal CINTA nih...

subjektif....

terpulang pada individu....

 

CINTA,

perlu ada kepercayaan,

perlu ada keikhlasan,

 

CINTA,

kasih sayang,

mesra,

manja,

romantis...

 

CINTA,

cinta materialistik,

cinta pura-pura,

cinta sejati,

cinta pandang pertama,

 

CINTA,

yang pasti hargai lah CINTA yg hadir dalam hidupmu...

Tuesday, October 26, 2010

Paul si peramal dah mati

Masih ingatkah akan PAUL si sotong peramal itu? ha tadi kat berita kat TV3 cakap Paul si peramal sudah mati. ditemui mati dalam akuarium nya yang kat German tuh….hohoho….

 

 

akhirnya,

mati jugak si PAUL yer…dah lama semua orang nak masak la goreng la kan…

 

 

**hehe nnti minatang apa lah plak kan yang akan jadik peramal**

Tips naik bus versi hany

hehehe,

nak bagi tips sikit yer…ahahha nak naek bus pon ade tips yer hany…eh harusss laaa….

 

 

memang ramai yang pernah menaiki bus kan, dan mungkin ada yang tak pernah naik bus langsung kan…ye la setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza kan…

 

 

owh yer, hany nak bagi tips bagi menaiki bus yang jarak jauh…ye la kan, hany kan orang ganu, masa belajo, setakat naek bus 8jam tuh tak de hal laaa….sekarang lak ulang alik ke jb, 4-5jam so lagik tak de hal…eh mungkin ada hal sebab kena tinggalkan MZ…;)

 

 

1) Buang apa yang patot dari perot

 

Sebelom naek bus, betol betol sebelom nih, mesti buang dulu ape yang patot dari perot anda juga “kilang” anda…hehehe…selalu nya hany takkan makan berat sebab hany jenis, lepas makan dalam 15minit mesti kena g toilet…so hany takkan makan laaa…

 

pernah terjadi, hany sakit perot giler dah tak tahan nih, dgn takde perasaan malu, bgtahu driver, seb baek bukan tengah hutan kan, so dpt la cari stesen minyak, kalau tak…ha naseb ko la hany…

 

tiolet

 

 

2) hany takkan minom nescafee

 

ha, hany kalau minum nescafee, spesifik lagik 3in1, memang akan kerap sangat nak kencing. taktahu knape…cukup la segelas 3in1, mau 3,4 kali ulang alik ke tanda…ha sape nak jawab…kencing susah nak tahan weiiihhhhh…

 

 

3) jaga apa yang anda makan sehari sebelom & pd hari nak naek bus

pernah hany alami, pening kepala tahap kronik. kekdahnya balek kampong musim raja haji, hany sebat daging korban melampaui batas…malamnya naek bus balek kl, start dari naek bus, dah pening…pastuh duduk plak sebelah mamat yang nak ajak hany berbual…dan topik yang dia ajak hany bualkan adalah pasal UMNO.

 

saat tu xkesah la topik aper kan, hany nak tido pon takleh dia duk brcakap jer…last last, hany bangun suruh driver hentikan bus, elok cecah je kaki hany ke tanah, ha MUNTAH darah ko tepi highway mane tah…pakcik driver dah risau risau dah….

 

 

4) Pilih bus yang selesa

ini pon PENTING!!! keselesaan sangat lah PENTING, nak nak lagik korang jenis every week travel…ye r kan, naek bus ahad malam, isnin sampai isnin jugak nak masuk keje…so pastikan bus anda adalah superbbb selesa. hany pilih sani dan durian burung.;)

 

bas-sani-express-1

 

DBL1000

 

 

5) Pilih single seat

 

ini sangat penting untuk perempuan, untuk elakkan dari terjadi benda benda tak diingin…ha hany pernah alami…huhu hany tertido lentok baekkkkk punya atas bahu sorang mamat mana tah…nasebbb…dan alhamdulillah, stok stok baek kan…

 

dah tgh tido, mana ko sadar kan, yang besh nye hany lentok kepala hany atas bahu dia…waaaa dia dgn cun nya sengekkan kepala dia atas kepala hany lak…amboi ko….

 

BottomSingleSeat-Front

 

 

6) sila bawak sweater yer

 

kalau ko dah jalan malam kan, naek bus malam. harusss la sejuk dgn ekon lagik, pasuth plak kena hari hujannn fuhh memang terbaekk punyer…hany tak gune sweater, hany bawak selimut terus. yer itulah hany…pernah sekali dah xde selimut sgt, hany bantai selimut utk 2org tuh…ahahaha syokkk jer tido…mmbe sebelah berbulu jer tahan sejuk…lantak ngko…mane bleh tido 1selimut, kite tak kawin lagik hikhikhik…dasar kedekut nih;)

 

408066_selimuthalus2

 

 

7) jaga barang barang berharga

ahaha patotnye ini yang pertama kan…kalau hany kan, hany takkan bawak henbeg kalau nak naek bus…riso weihhhh…hany akn sediakan duit rm10 dlm poket, kalau nk brenti mkn ke ape ker, senang ko tak yah kuarkan purse pon so org taktahu mane ko simpan purse kan…kena berhati hati ok….

 

 

8) berpakaian selekeh yang boleh

palingggg selekeh laaa….hany lagik slesa, pakai selipar jepun, sluar track bodo tuh jer…takde maknanya nak berhigh heel bagai, nyusahkan hidup jer.

 

mesti org takkan pandang nye budak galas beg sandang belakang, pakai sluar track selipar jepun, uhhh not my taste ok….budak tak de duit nih, selekeh jer….eiiiiiyerkkk

 

9) ingat sape duduk sebelah korang

ha, ingat ingat la mmbe sebelah tu, even korang tak kenal dia kan, time stop kat mana mana tuh, kalau dia tak naek algik bgtahu ler driver…tak elok tau macam tu…sian kalau kena tinggal tau….

 

 

10) ingat number bus

sendiri mau ingat la kan…kang tak pasal pasal korang lak kena tinggal…

 

 

ok, rasanya itu jer dulu buat masa ni, nanti hany ada lagik hany share ngn korang….so korang ape cer? mesti ada pengalaman kan…

 

 

 

**ni semua masa hany belom kawin tau, da kawin balek ngn suami ler kite**

Ayah nak cakap…

 

owhh, last week,

mak hany ade kol…hehehe kalau mak hany yang kol, bermakna dah sehari hany tak kol mak…ahahaha :)

 

 

hany selalu nya kol mak tiap tiap hari. kalau hari ni sampai malam tak kol, maka tgh hari esok atau petang mesti mak hany kol. hehehe ha hamek ko, supaya ko hengat sket utk kol mak ayah ye hany….

 

 

tengah2 duk sembang ngan mak hany, tibe tibe mak cakap ayah hany nak bercakap ngan hany,uitssss ini luar biasa nih, sebabnya ayah hany memang tak dengar orangnya….tapi sekarang dah dune alat untuk bagi dengar tuh, sowii tak tahu anama aper…

 

 

tapi,

ayah hany memang jenis tak suke bercakap thru phone nih, selama hany duk berjauhan nih kan, baru 2kali ayah nak bercakap thru phone nih…

 

 

yang pertama,

masa hany nak kena g training kat Boston dulu, beriya ayah hany nak cakap jugak ngan hany nih…almaklom ler nak ke U.S katanya, mind set dorang macam g tempat yang penuh dgn keganasan…pesanan tak hengat la masa tuh…huhuhu…

 

tapi sebenarnya hany je dengar ayah hany pesan, tapi bile hany cakap balek ayah tak dengar sangat….masa nih xde lagik alat yg pakai kat telinga tuh…hehe…

 

 

yang kedua,

last week laaa…hany pon tanya la sihat ke tak…ayah hany duk hello hello…pastu ayah hany cakap kat mak hany, tak dengar laaa… huhu…

 

sekali ropenya dia tak pakai alat tuh, alat tuh g anto utk servis…hohoho sabor je laa kan….mak hany siap gelak lagik…dah tahu alat xde nak jugak cakap…xper layankan je kan…bukan susah pon…

 

 

Alhamdulillah,

maknanya ayah hany dalam keadaan OK lah tu, kalau tak susah nak macam tuh kan, asyik duk meracau, merepek sorang sorang jer…

 

 

Alhamdulillah….

Monday, October 25, 2010

Nasib baik hany dah lepas SPM…

 

 

 

fuhhh,

nasib baek la hany dah lepas SPM tau…dengar citer 2013, SEJARAH adalah syrat WAJIB LULUS SPM….wooooo hany adalah sangat LEMAH dalam SEJARAH ok…

 

 

selalu bila tiba waktu SEJARAH jer, pasti hany akan tergolong dalam mereka yang kena berdiri, yang kena rotan…huhuhu pernah hany tak lulus SEJARAH, kena rotan kat tapak tangan. dua dua belah tapak tangan tau…sebab kena 10rotan…tak larat sebelah je nak tampung….

 

 

pastu,

siap kena denda PUSING KELILING BANGUNAN okeh!!!dah la hany pengawas…pastu kena denda kan…habis nak buat camner kan…uuuu…

 

 

Sejarah akan dijadikan mata pelajaran wajib diambil dan wajib lulus untuk melayakkan seseorang itu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan syarat baru itu akan mula dilaksanakan pada 2013.

 

Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden Umno yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

 

buku sejarah

 

 

**maka, adik adik yang bakal menduduki SPM 2013, kena la study hard study smart ehh**

Axe: riso plak bile MZ guna Axe nih…

 

 

 

Di sebabkan GIANT Seri Kembangan baru di buka,

maka hany ngan MZ beriya pergi pada hari kedua ianya di buka…ummm bukan ler beriya benor nak g awal2 tapi kok ada 1benda nak beli dan promo nye hanya 4hari, maka kami pon pergi la awal tako dah out of stock….

 

 

ha, inilah barang yang kami carik…erkkk, seyes rasa macam murah sikit la compare ngan tempat lain kan….;)

 

 

221020103750

 

 

Pastuh,

hany ngn MZ carik la deodorent lak…sebab dah habis dah kitroang nye stock kan…hany macam biasa menggunakan ADIDAS ;), MZ lak…dia xkesah selalunye dia akan gunakan mana yang hany syorkan kat dia…maka experiment la kan…hehehe…

 

 

Hany bau la AXE nyer deodorant nih,

terus hany jatuh hati…pastuh beriya la promot kt MZ…katanya tak bau pon….ahahah memang la kan…sbb duk dalam botol tuh…beriya dua dua nih duk hidu, sbb nak sgt bau camne kan….

 

221020103754 

 

hany suker yang nih,

Dark Temptation…sumpahhh sedap sangat baunyer…erkkk bagi hany la…di sebabkan hany suker…maka MZ kena la gune yang nih… habis dia nak goda saper kan…goda hany kok, haruslaaa gune apa yang hany suker kan ;)

 

 

221020103755

yer, rasa bau mcm coklat…tapi tak la bau manis…ehhh camne nak gambarkan eh…ntah tak pandai nak explain bau dia….

 

 

tapi riso…

 

“B, ingat jangan pergi beli hotdog/burger yang penjual nya adalah pompuan k”

 

 

**hehe, pengaruh iklan der**

Sunday, October 24, 2010

ke JB kite…

 

Kawan kawan,

maaf lah yer…malam ni mzhany tak dapat nak BW. sebabnye si isteri dah bergerak ke JB, meninggalkan suami tershayang sorang sorang…hehehe…

 

 

alaaa, tak sampai 1week pon pergi yer…;)

 

 

owhhh,

ada sorang blogger yang hany nak jumpa…harap harap dapat jumpa lah yer…kamooo kat UTM tuh, jom jumpa kite lunch sama sama ker….

 

 

UTM

 

 

**hurmmm, 4hari je b syg pergi**

IFF yg sebenar

first of all, entry ni bkn psl politik tp psl islam yg dihina. psl islam yg dihina aku sensitif sket. video kt bwh aku amik kat edyesdotcom.blogspot.com. nk tau lanjut msk blog tuh.




kalo xsilap aku, (maaf kalo silap ye) dulu ade blogger buat bendera Malaysia terbalik kena tangkap. ni nama nabi kita Muhammad SAW broo...

TV3 dikenakan saman kerana memaparkan iklan raya yg menghina islam. apakah IFF akan dikenakan saman? hmmm mcm payah je nk kena saman. faham2 sendiri jela..


Ibnu Umar meriwayatkan: Allah melaknat khamar (minuman keras), peminumnya, penuangnya, penjualnya, pembelinya, pembuatnya, pemesan produknya, pembawanya, orang yang dibawakan khamar kepadanya dan pemakan keuntungannya (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah).

so sape2 je yg terlibat dgn IFF ni xkiralah penaung ke, penganjur ke.. xterlepas di akhirat nnt. tepuk dada tanya ALLAH.

Yang Bertuah…

Pagi pagi,

lepas breakfast, terus laju laju online…hehehe sebabnya teruja dgn berita yang di abca oleh shira kat Nasi Lemak Kopi O nih…and kalau dah online tuh, penipu ar tak on belog kan…

 

 

and then…

dapat email, dah ada yang berjaya capture 40000, uissshhhhh hany ingat kan dlm isnin atau selasa nih baru ada yang berjaya…tak sangka la plak kan…hohoho tapi yer ar, belog hany nih kalau refresh counter tuh akan up jugak so senang la kat korang….;)

 

 

hit numberha ini lah yang di hantar kt hany…hehehe hany dah oter sikit la kan..

 

 

dan yang bertuah itu rasanya:

 

http://aslindaa.blogspot.com/ 

 

 

sebabnya, dia send mail tanpa sertakan belog dia….tapi dari nama macam tuan punyer belog ini…hehehe tuan punyer belog…kalau salah sila inform yer….

 

 

**ummm, next 50K ahahha, lame lagik tuh**

Yang BERTUAH!!!

yezzaaaa….
DATANG LAGI….macam biasa, pengunjung bertuah pasti ada habuan buat anda….



10-22-2010 11-59-41 AM

nampak je kat caunter tuh 40000, laju laju buat nih:
1) printscreen
2) email to zukihany@gmail.com




**caunter tuh ade kat bahagian bawah shoutbox, sebelah kiri**


erkkk rileksss, ada lagik 1000, huhu maybe jumaat depan br smpai nih 40K…


suamihanyisterizuki kini dah ditukar…

 

 

 

hehehe,

bukan tukar rumah laaa….masih sayang akan hijau ini…sebenarnya hany dah tukar suamihanyisterizuki kepada mzhany…

 

 

10-24-2010 12-19-21 AM

 

10-24-2010 12-21-17 AM

 

 

ha, nampak tak..SUAMIHANYISTERIZUKI tuh, hany akan tukar ker MZHANY….kenapa? hehehe tak de ape…saja hany nak tukar…sebab supaya tak panjang…hehehe…

 

 

ok, itu jer nak bagitahu…

Saturday, October 23, 2010

Kelantan LAYAK ke Perlawanan AKHIR PIALA MALAYSIA….

 

 

 

 

 

 

AKhirnya,

THE RED WARRIOR…BERJAYA KE PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA….

 

 

DAN,

dalam 6 perlawanan dengan KEDAH…akhirnya KELANTAN menang…

dan untuk perlawanan AKHIR, KELANTAN akan bertemu dengan NEGERI SEMBILAN…..macam musim lepas la….

 

 

Seb baek FINAL sabtu malam…hoho

akan bermain di Bukit Jalil…pengurusan stadium…sila lah buat kawalan ketat yer…for sure laaa….penyokong KELANTAN akan memenuhi stadium ok….kata FINAL dan KELANTAN….sape bleh lawan penyokong KELANTAN kan…;)

 

 

waaa sumpah semangat sioootttt….dan gol KELANTAN malam ni sangat chanteq….huhu

 

 

**org paling gembira, MZ ler…**

Islamic Fashion???

 

 

2

amek dari http://zaifull.blogspot.com/

 

 

4

amek dari http://zaifull.blogspot.com/

 

 

download (3)

amek dari http://zaifull.blogspot.com/

 

 

download

amek dari malaysiakini.com

 

 

download (1) amek dari malaysiakini.com

 

 

 

**Peliharalah hamba MU ini Ya ALLAH…baek dari segi perlakuan, percakapan mahupun PEMAKAIAN…bimbinglah kami ke jalan MU ya ALLAH**

If Apple Made Other Products

 

 

 

1 iSmell

 

 

2iWatch

 

 

3  iDied??? erkkk….

 

 

4 iBrator???? what da …..ahahaha…

 

 

5

iPottie, huhu giler fun…

 

 

6

iFibrillator…waa sekecik itu…senang dibawak jugak…

 

 

7

Mac-chine…mcm besh je nama dia…

 

 

9

iRacquet….mesti bulu tangkis asyik terlepas je…

 

 

**from mail**

How bad could pollution be?

 

 

 

ATT00020

 ATT00023

 

 

ATT00032

 

ATT00035

kamera

 

 

ATT00038 bagushhh amalan membaca ;)

 

 

ATT00041 aper tuh…

 

 

ATT00044 ahaaaa….ini pon ada kok…huishhhh

 

 

**from mail**

~TQ Dear~

Followers