Thursday, October 21, 2010

Anak ramai@anak sikit?

Alhamdulillah, syukur kepada mereka yang sudah mempunyai anak, jagalah, hargai lah anak anda dgn sebaeknya, didiklah mereka dgn sebaeknya…ingatlah ANAK adalah ANUGERAH ALLAH s.w.t


Bagi mereka yang masih belum mempunyai anak, ketahuilah, semua yang terjadi adalah datang dari NYA…DIA maha mengetahui semuanya…mariii sama sama kita usaha serta berdoa padaNYA…mudah mudahan rezeki kita akan sampai…ameen…


ha,
setiap keluarga mesti ada yang ramai ahli keluarga, ada yang sikit jer kan…contoh macam hany, yang tinggal adalah hany, yg juga anak bongsu dan anak tunggal perempuan. hany boleh dikategorikan dr keluarga yg ramai jugak kot…sebab ada 6org adik beradik, tapi dah ketentuanNYA, 4dr mereka telah meninggal dunia.


kat sini hany tengok, bila anak sikit nih,masa semua kecik senang lah nak jaga kan…ye la anak sikit…maka tak banyak perbelanjaan yang perlu di keluarkan, baek dari semua segi lah kan…tapi bila semua dah dewasa, semua dah bekeluarga dan ditakdirkan mempunyai kerjaya di luar negeri…ha kat sini barulah terasa sunyi mak dan ayah. contoh mcm hany lah…kesian mak ayah hany…hany anak pompuan tapi hany lak jauh dari keluarga kan…


sebaleknya kan, kalau anak ramai, memang agak perit semasa semua masih kecil, banyak benda nak disediakan dari semua segi jugaklah…tapi once semua dah besar…Alhamdulillah…mesti akan ada yang bekerja dan menetap bersama mak ayah kan, so ada la jugak yang akan tinggal dan menjaga mak ayah kan…maka tak de la risau sangat…


tapi,
setiap yang berlaku ada hikmah nya kan…emua tu kehendak ALLAH jua…


**hargai ANUGERAH ALLAH s.w.t yang tak ternilai itu**

6 comments:

azzey said...

hany: kena ikhlas jlnkn t/jwb kita sbg ibubapa......

suzzsuzie said...

anak ramai la best hany...kt kg kalau raya penuh kereta mcm kenduri kawin pdahal anak2 sendiri je...tp org skg tak suka anak ramai...susah nak kena beli MPV

matahati-aishahazhar said...

mesti anak ramai lagi seronok... lagipun keluarga aishah dari keluarga yg ramai..

Liza said...

mak liza pesan suruh beranak byk2, sebab adik beradik liza 3 jer, mak ckp skit sgt ler pulak

ardinihumaira said...

yang penting kualiti bukan kuantiti. ops.. lariksss <--- tak de pengalaman ;p

RedBerry said...

RedBerry pun masih hidup berdua. So tak tahu la apa rasa ada anak ramai ke sikit ke. I am the eldest of 5. Masa kecik rasa ramai sgt kat umah. Berteriak sana teriak sini. Tapi biler dah besar nih, 2 of us dah kahwin, tinggal 3.. tu pun mak rasa dah sunyi skit. Cant imagine kalau sumer dah kahwin and stay jauh.. mesti my parents sunyi. Ermm..

Well, rezeki anak tu masing2 hany. Kalau kita dapat sikit pun, alhamdulillah. Like myself, kalau dikurniakan sorang pun dha more than enuff for me :)

~TQ Dear~

Followers