BANGUN SUBUH
Rasullullah SAW selalu mengajak ummatnya untuk bangun SEBELUM SUBUH,melaksanakan solat sunt dan solat fardhu, solat Subuh BERJEMAAH.
Perkara ini memberi banyak hikmah, antaranya ialah:
1) Berlimpah pahala dari ALLAH
2) Kesegaran udara SUBUH yang bagus untuk kesihatan
3) Memperkuatkan fikiran dan menyihatkan jiwa
Dengan bangun pagi, fikiran dan perasaan juga biasanya lebih segar dan rileks. Bangun Subuh juga dapat mencegah stroke dan tekanan darah tinggi yang umumnya kerap terjadi pada waktu itu kerana sempit pembuluh darah. Di luar itu sebenarnya terkait asupan awal yang di terima tubuh, iaitu udara segar.
Waktu Subuh adalah sangat baik kerana kaya oksigen dan relatifnya masih bersih tak dikotori unsur lain seperti asap kenderaan dan perindustrian. Udara yang baik tentu saja berguna untuk metabolisme tubuh dalam beraktiviti untuk sepanjang hari.
TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah SAWullah: “Jangan Marah” diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandaskan oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah:
1) Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
2) Membaca Ta ‘awwudz (A’udzubillahimina asy-syaithonirrojim), kerana marah itu dari Syaitan.
3) Segeralah berwudhuk
4) Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan Hati
Cukup kongsi 2perkara ni hari ini. marilah sama sama renungkan. Ini antara yang agak susah untuk dilaksanakan. diri hany sendiri pun kekadang tak boleh kawal perasaan marah itu, juga bangun sebelum subuh…
**sharing is caring**
4 comments:
hihihi br je wat entri pasal darah tinggi hehe..
thanx hani:)
thanks kak
@no
hehehe...
@ros @sue
sama sama, sharing is caring..
Post a Comment