Perubahan,
kadangkala bagus untuk di alami…ada pelbagai perubahan, sama ada ke arah kebaikan, mahu pun perubahan ke arah keburukan. kita mahu ke arah KEBAIKAN yer, BUKAN KEBURUKAN. itu TIDAK BAGUS.
Dalam dunia ni, banyak perubahan yang perlu kita hadapi…antara nya:
1) BUJANG, pastu NIKAH KAHWIN
~ ha yang ni pastinya ramai akan alaminya, cuma nya sama ada cepat atau lambat je kan. yang pasti InsyaALLAH, jodoh setiap orang pasti sampai. ini pun berubah jugak kan
~Hidup BUJANG, bila dah kawin, kebanyakkan benda dah berubah, ada tanggungjawab lebih besar, lebih banyak kan. nak urus rumah tangga, kerja, nak bahagi masa tu penting. nak kena masak lagi, kemas rumah lagi…layan suami lagi ;)
2) NIKAH KAHWIN lepas tu ADA ANAK
~ ha ni pun pasti semua orang akan alami jugak kan. hehehe cuma lambat dan cepat jer…eh ayat berulang pulak kan. ini rezeki serta anugerah dari ALLAH. ANAK
~ bila dah ada anak, lagi la hidup kita berubah. sekarang semuanya adalah kerana ANAK…kan kan ;)
3) Perubahan Tempat Kerja
~ Ada juga yang berhijrah, dari tempat kerja lama kepada tempat kerja baru. yer mungkin setiap orang ada alasan tersendiri kan. Mungkin disebabkan GAJI, PERSEKITARAN KERJA, INGIN MENCARI PENGALAMAN BARU…yer banyak sebab la kan…itu jugak adalah perubahan kan…
~ Jadi kadangkala mungkin sudah jodoh kita untuk berubah tempat kerja, maka mungkin juga kita perlu ikut kata hati kita kan. InsyaALLAH, kita doakan yang terbaik yer…ameen.
4) PINDAH RUMAH
~ ha yang ni hany banyak kali alami…mak aiii memang sengsara. masa pindah masa bujang tuh tidak la sengsara mana kan, tapi bila dah NIKAH ni, ha sengsara sedikit sebab banyak sangat barang. dengan perabot nye, dengan barangan elektrik nya, dengan baju nya…itu tidak termasuk lagi barang barang kecik cenoet tuh…haduiiii
~ tapiiii kena hadapi nya jugak kan, walau macam mana pun, mungkin kehidupan kita di rumah baru bakal menjanjikan kesempurnaan, menjanjikan keamanan yang lebih. aperpun hadapai dan fikir positif.
5) PERUBAHAN BADAN
~ ahahaha, weh ini pun perubahan. kelakar je dengar kan, tapi itulah hakikatnya…kalau badan makin naik nih, baju semua kena la tukar. sengsara owhhhh…
~ hany ni pergi kerja pakai baju kurung, baju kurung dah la mahal nak upah…giler la kalau kena buat semua baju baru….uuu sedih tau.
6) MZHANY.COM
~pun perubahan jugak kan. ahahah tapi hanya tukar atau pendekkan jer, dari mzhany.blogspot.com kepada mzhany.com. tak de apa lah sangat. huhuhu cuma tiap tiap tahun je kena bayar…berubah la tu kan.
7) PERUBAHAN ORANG lain yang libatkan kita
~ ha banyak jugak macam ni kan, persekitaran berubah, maka kita nak tak nak terpaksa jugak adapt untuk hadapi perubahan itu.
Apapun PERUBAHAN yang berlaku, yang kita nak buat, ingatlah…BERUBAHLAH ke arah KEBAIKAN….
7 comments:
amboi boi dah ade dot com gitu.tahniah2!hehe
kalau perubahan yg positif..baguslah.
bila berat saya nak berubah ni, aduiii. hehe.
banyak perubahannya kan kak :) dni pon nak pk perubahan gak la./. hehe
@diyana
heheh umm mesti tak prasan kan, sbnrnye dah lama..hohoho
@wida
a'ah wida, betol kalau positif sgtlah bagus...
@cha
ahahaha, sama la hany cha, haduiii la
@dni
hehehe umm baru prasan pasal perubahan ni semua ;)
saya ingin berubah!
SAYA PON DH BERUBAH DH MAKIN TUA DAH...:p
Post a Comment