Ini Wilayah Hijau: Jual ayam tak halal, Tesco disaman RM1.6 juta


01 June 2010

Jual ayam tak halal, Tesco disaman RM1.6 juta















Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.

Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.

- Bernama

MZ: macam mane ngn supermarket lain? ssh la mcmni nk cari ayam...

Komen
17 Komen

17 comments:

suamihanyisterizuki said...

b, jom bela sendirik la ayam...pastu b sembelih la bila nak makan...

mama zharfan said...

salam ziarah...me tak pernah beli ayam kat tesco :)

suamihanyisterizuki said...

mama zharfan,

kitorg pon tak beli kt tesco, slalu kat JJ and pasar borong...tapi ye lah kan...risonyer...

sue mrs.pink said...

tu la pasal kak...risau nyer...xkan kita nak bela ayam n sembelih sendiri...adussss...

can ili be akmal? said...

bapak slalu suka dok kat kedai ayam yg sembelih on the spot.bapak nak tgk dia sembelih betul2 tak.kalo dia baca bismillah tp kat mulut ada rokok pon bapak reject.bapak saya mmg strict bab nak beli ayam ni

Miss Mirror a.k.a Sam said...

alamak...... Hany.. tp sib baik mmg tak pernah beli kt Tescco pun.

Ena said...

Ya Allah.. bahaya nya.. kan dah tak pepasal melibatkan banyak pihak.. ishhh!! tahu nak untung saja..

nasib baik tak pernah beli ayam tesco..

suamihanyisterizuki said...

su, itu ler pasal...sosah ni, jadik darah daging lak tuh...

ili, bagus sesgt mcm ayah ili buat tuh. kang best kalau dpt carik tmpt cmtu kt kl slangor nih...

mm, itu ler, hany sbb tesco jauh.seb baek gak laaa....

suamihanyisterizuki said...

betol tuh ena, byk benda kena pikir...tak masuk dosa pahal lagik..and yang terlibat dah xleh detect kan... nauzubillah...mintak jauh...

iBu-Afif said...

hmmm.......macam2 boleh jadik...

Liza said...

seram pulak rasa, nasib baik ler tak pernah beli ayam kat tesco

suamihanyisterizuki said...

ibu afif,bab sembelih ni susah kan skrg ni...

Alhamdulillah liza.seb baek gak. Kena tgk2 la nnt kt psraya laen kan,ada x bungkusan cmni kan.

hanie@nisya said...

nasib tak penah beli di tesco

suamihanyisterizuki said...

yeaaaa gud nisya gud...kena hati hati kan

Rini Jy said...

mcm mana leh dpt logo halal tu. mcm2 hal skang.

IbuDhira said...

susahla camni...kat negara Islam sendiri pon susah nak carik yg halal..apa dah jadi ngn M'sia..

mmg kena bela ayam la agak nye kita nihh..sembelih sendiri..

suamihanyisterizuki said...

a'ah eh rini, cmne lak dpt logo halal. maybe logo tuh utk produk lain.then digunakan utk yg nih...

rin, jom bela ayam...