Monday, June 7, 2010

Petua dr Bahan Semulajadi 1






Dapat mail ni, so meh tengok same same yer...sharing is caring kannn...


1. Pening Kepala:

Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. Sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.
 

2. Lemah Otot:

Ambil tiga ulas bawang putih dan hancurkan. Kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.
 

3. Demam Selsema:

Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak tiga kali sehari dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.
 

4. Susah Hadam:

Rebus bawang merah bersama kulitnya. Kemudian kupas bawang itu. Bawang itu haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. Amalkan selalu.
 

5. Serangan Angin:

Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan bersama halba rebus setengah cawan. Kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. Kacau dan minum campuran itu setiap hari.
 

6. Serangan Cacing:

Amalkan meminum air rebusan bawang merah setiap hari.

7. Menghilangkan karat kepada pakaian:

Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus. Kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. Biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.
 

8. Hampas teh suburkan tanaman:

Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.
 

9. Mengatasi sengal tulang:

Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. Sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.
 

10. Merawat kulit berkedut:

Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.


1 comment:

Unknown said...

Hany...petua yg bagus..JS pon kenkadang selalu pening2 bole la cuba! TQ

~TQ Dear~

Followers