Ini Wilayah Hijau: Petua dr Bahan Semulajadi 2


07 June 2010

Petua dr Bahan Semulajadi 2











11. Daun puding atasi gatal:

Bersihkan segengggam daun puding lalu dikisar lumat. Lumurkan keseluruh kulit kepala. Bungkus kepala dengan tual bersih selama satu jam. Akhir sekali bilas rambut dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.



12. Legakan sakit gigi:


Celupkan seputik kapas ke dalam esen pisang dan tekankan atau sapukan kepada gigi yang sakit.

 

13. Segarkan mata:


sapukan minyak zaitun di sekeliling mata sebelum tidur.

 

14. Kunyit atasi hidung bayi tersumbat:


Asahkan ibu kunyit kepada batu atau belakang pasu yang bersih, dan sapukan airnya secara nipis di sekeliling hidung bayi. Awas! Jangan biarkan air itu meleleh ke dalam hidung.

 

15. Kulit limau hilangkan bau badan:


Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

 

16. Mengurangkan dengkur:


Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

 

17. Cara menghilangkan ketuat:


Sapukan getah dari pelepah betik yang depetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

 

18. Menaikkan seri muka:


Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. Amalkan selalu.

 

19. Mengelakkan nafas berbau:


Sangar hampas kelapa hingga kuning. Amalkan mengunyah hampas kelapa itu. Jika anda tidak sukakan rasanya, anda boleh saja meluahkannnya. Minumlah air suam selalu.

 

20. Limau nipis mewangikan rambut:


Potong dua biji limau nipis melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. Gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. Biarkan beberapa minit sebelum dibilas.






Komen
5 Komen

5 comments:

fazilzura said...

zura mmg suke gune bahan2 semulajadi tuk bdn ..

fazilzura said...
This comment has been removed by the author.
hanie@nisya said...

menarik :)

cik paro said...

info yg baik untuk kesihatan..
ada masa nk try la..

suamihanyisterizuki said...

zura, hany br nak cuba..

meanrik eh nisya..jom try

cik paro, moh kite try...moh moh...