Kalau sebut Keropok Lekor, mana lagi yang sedapp kan, kalau tak kat TERENGGANU. ok bukan perasan yer, tapi inilah hakikatnya ok, kalau korang tak setuju, ummm cuba korang cakap kat mana lagik sedap…ahahha…tak boleh, korang kena setuju jugak, GANU nye sedappp….
ada satu tempat,
nama kedai nya adalah Keropok Lekor B.T.B 2209. ok, B.T.B itu stand for BUKIT TOK BENG, ini nama tempat yer, tempat di mana kedai itu berada, 2209 itu…ntah hany pon tak tahu…mungkin merujuk pada lot kedai, alamat or mungkin tarikh lahir tuan punya kedai 22hb september kan kan….
selalu nya, memang akan full la orang kat sini. memang kena Q sokmo kalau datang beli kopok kat sini. hany jarang la beli sebab malas nak Q. nak nak time cuti skolah, lagik la ramai orang…lagik la hany malas ok.
nak nampak jelas, sila r kelik gambar yer….
ha inilah keadaan kedai tuh, tepi sebelah kiri, memang ada kawasan lapang, khas untuk korang park kete…sebab depan sikit je dari motor biru tuh, dah jalan beso…2lane sahaja, mana ade tompat nak park kan….gud dia ada sediakan parking….
korang nampak tak ada bulatan hijau kat dlm gambar nih. tengok betol betol. ha itu menunjukkan sama ada keropok ada lagik tak. kalau ada papan tanda ADA dipamerkan, kalau tak de dah, dia akan pamerkan HABIS. so pepandai la nak faham sendirik yer…
nampak ada anak panah merah dengan huruf A? A bahagian kopok yang dah siap goreng. manakala bahagian B pulak, kopok yang rebus.
sekarang kopok BTB nih ada sediakan perkhidmatan baru iaitu kopok kopok itu di vakumkan. bukan vakum kat romah korang tuh, bujal sila baca nih yer….macam ni, selepas kopok di rebus, kopok akan di sidai depan kipas untuk proses keringkan air dari bekas rebusan tadi. selepas dah kering, kopok akan dimasukkan dalam plastik dan dimasukkan dalam 1mesin yang mana akan menyedut angin dair plastik tersebut. hany rasa dgn cara nih, kopok akan tahan lebih lama.
tapiiiii,
untuk dapatkan kopok yang dah di vakumkan ni, korang tak leh walk in, kena kol and order dulu baru bleh dapat. order berapa hari sebelom itu, hany ngak tahu…dan number phone, hany luper nak hamek…nanti dah dapat hany hapdet ok.
cuba korang tengok api nya…cuba…cuba…dan periuk nya boleh tahan beso. ni kalau masak hany pon telus nih…dan kalau tak silap hany ada 6periuk yang beroperasi apda satu satu masa….korang bayangkan berapa banyak dorang produce kopok nih ha….bayangkan sekarang….
dan,
pekerja yang jaga bahagian rebus nih, memang tak yah g sauna la weihhhhh…tetiap hari mengadap weihhh….fuhhhh gilosss laaa. then dorang kat sini, bungkus pencecah tuh manual yer, guna man power untuk isi ke setiap bungkus kecik kecik….banyak tuh weihhhh….
Alhamdulillah,
membuka mata pencarian pada penduduk sekitar kan…ameen….semoga terus maju jaya….
**erk lokasi kopok ni adalah menuju ke airport GANU, korang tanya jer sape sape yang korang jumpa tgh jalan, kepok BTB kat aner gok? kompom semua orang tahu**
7 comments:
ni kat seberang takir kan?
yer apak kat seberang takir nih...
kat tepi jalan eh kak? macam penah sampai je...huhuu..lama gila xmelawat ganu..
a'ah betol2 tepi jalan misya...
mmg sker keropok lekor.....lg2 yg terasa isi ikannya....:)
naaaaaaaaaaaaaak! pebeghet dni tu. kalo deen datang rumah dni konfem kirim kepok lekor... hehe
azzey, hany pon hantu kopok lekor...;)
Post a Comment