halamak, seb baek sempat lagik nak join nih. hany baru je tahu pasai contest nih. harap harap tuan umah sudi terima yer.
nak join? KELIK SINI
camner nak start nih…adoiii…hany sangat susah nak mulakan karangan nih, and bila nak habiskan pon satu masalah ok. mcm xreti nantikan mesti ending tiba tiba jer..;)
Untuk pengetahuan, hany mula kenal akan suami hany nih bulan Julai 2008. Perkenalan kami adalah melalui orang ketiga…ha jangan salah paham yer. Orang ketiga itu adalah rakan sekerja hany dan juga kawan se universiti suami hany, namanya Dayah.
Masih hany ingat, Dayah bagitahu menerusi YM, ada kawan dia nak mengenali Hany. Masa tuh Hany pon hairan la, macam mana pulak dia boleh nak kenal. Hany pun tanya Dayah, dia pernah nampak Hany ker? Rupanya, dia tidak pernah melihat Hany, tapi dia ingin mengenali Hany setelah mengetahui Hany adalah orang pantai timur dan jugak Hany masih tidak mempunyai kekasih hati.
Sejak itu,kami berhubung melalui YM, boleh dikatakan setiap hari kami berchatting. Lebih kurang seminggu, baru kami bertukar nombor telefon, ini pun disebabkan Hany akan pulang ke kampung untuk bercuti. Oleh sebab kami takkan dapat online dan berchatting, maka kami bertukar nombor telefon. Maka bermula lah pulak bersembang menerusi SMS.
Setelah beberapa lama, tapi masih dalam bulan Julai, kami bercadang untuk berjumpa. Kami berjumpa dan pergi menonton wayang, iaitu cerita HANCOCK, lakonan Will Smith. Alhamdulillah kami berdua memang menyukai cerita aksi. Kami pulang kebih kurang jam 6 lebih. Sepanjang perkenalan kami, jarang sangat kami pulang lambat kerana dia tidak suka.
Dia pada masa itu, menyewa di Shah Alam dan Hany di Seri Kembangan. Masih Hany ingat, kami telah menetapkan untuk berjumpa 2kali dalam sebulan iaitu setiap 2minggu. Dan kami akan bergilir gilir ke tempat masing masing. Sekiranya kali ni dia datang ke Seri Kembangan, maka pertemuan seterusnya Hany yang akan ke Shah Alam. Di sebabkan Hany tidak mempunyai kenderaan, selalunya Hany akan menaiki komuter ke Shah Alam. Alhamdulillah, Hany boleh ikut akan cara ini, dan bagi Hany ianya bagus jugak, mendidik Hany untuk tidak mengada ngada dan tidak di manja manja kan.
Alhamdulillah, semakin hari hubungan semakin mesra. Tapi kami tak pernah DECLARE sepanjang kami berkawan. yer mungkin bagi sesetengah orang, mereka lebih suka Declare dan dengan ini meyakinkan lagi akan hubungan sesama mereka. Alhamdulillah, Hany boleh terima keadaan macam nih. Pada masa tuh Hany hanya berpegang pada Follow da Flow. Mungkin dia lah jodoh Hany.
Alhamdulillah,
Setelah hampir setahun, kami mengambil keputusan untuk bertunang. Pada awalnya, ianya bukanlah majlis bertunang, hanya sekadar pertemuan dua buah keluarga, tapi kedua dua belah pihak bersetuju untuk kami bertunang. Tanggal 1.Mei.2009, kami di tunangkan dan pada majlis itulah jugak baru kedua belah keluarga bertemu. Setelah perbincangan dilakukan, kedua belah pihak bersetuju untuk menyatukan dua hati pada Julai 2009.
Kami bertunang hanya dua bulan sahaja dan terus melangsungkan perkahwinan. Dan baru genap setahun perkenalan kami sewaktu perkahwinan kami di langsungkan. Yer, mungkin bagi sesetengah orang, amatlah singkat waktu ni, dan kami masih belum kenal hati budi masing masing dengan mendalam. tapi, bagi kami semuanya adalah ketentuan Illahi, dan kami terima dengan penuh redha.
Dan Alhamdulillah,
31 Julai 2010 nih, genaplah setahun usia perkahwinan kami. Kami masih belum mempunyai anak lagi, mungkin belum rezeki kami lagi. Harapan kami agar perhubungan yang di bina ini akan berkekalan hingga ke alam syurga, diredhai serta di rahmati ALLAH…ameen….
**kalau la di terima dan menang, ini mungkin hadiah ulangtahun perkahwinan kami..ameen**