Thursday, July 1, 2010

rupa2nya ALLAH nk hadiahkan PELANGI ;)




**Episod akhir**


Alhamdulillah,
setelah operation berjaya…di tambah pula dengan semangat serta supplement, dia sekarang sudah semakin sihat…semakin bersemangat….


hidupnya kini, kembali seperti dahulu…berbahagia disamping suami serta anak kesayangan nya….ameen….


bak kata tuh,
jodoh pertemuan, rezeki, hidup dan mati adalah ketentuan ILLAHI, semuanya terjadi adalah dengan kehendakNYA. kita sebagai hamba perlulah tabah dan sabar dalam menerima ujian dari NYA.


harus percaya,
Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya….


dia kini semakin bergembira dan berbahagia apabila mengetahui dia sedang mengandung anak ke2. bayangkan setelah 16 tahun….Ya ALLAH, KAU maha mengetahui….


untuk pengetahun, dia mengandung kali ini, bukan kerana dia ada ambil apa apa ubat, mahupun jumpa doktor untuk dapatkan anak. dia tidak lakukan apa apa. tapi, ALLAH maha kaya, mahu mengurniakan anugerah setelah di uji hamba NYA ini….


kadangkala Allah sembunyikan matahari, dia datangkan petir dan kilat.

Kita menangis dan tertanya-tanya kemana hilang sinar.
rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi

1 comment:

SUHAIDA said...

Alhamdulillah...benar kata2 yg last tu

~TQ Dear~

Followers