**Kisah seorang sahabat**
Orang kata setiap manusia di uji dengan pelbagai cabaran dan dugaan. dan orang jugak kata, setiap manusia yang di uji itu sebenarnya adalah orang yang sabar dan istimewa. ye lah kan, mesti orang tuh tabah sangat kan….
orang kata,
banyakkan bersabar dalam menghadapi ujian dan dugaan serta cabaran yang di turunkan olehNYA. setiap apa yang datang pasti ade hikmah nya….
seorang sahabat,
sudah agak lama tidak mempunyai zuriat. bukan tidak mempunyai zuriat langsung, tapi hanya mempunyai seorang sahaja buat masa ni. anugerah ALLAH itu pon sekarang sudah besar…bayangkan sudah berumur 16 tahun…
pelbagai usaha dilakukan, diusahakan…ye lah kan bak kata orang, takkan la tak nak tambah zuriat kan.
apakan daya,
semua usaha yang dilakukan masih belom membuahkan hasil. hati bukan main cemburu dengan rakan rakan yang semakin hari semakin bertambah zuriatnya…
hari berganti hari, bulan berganti bulan, malah tahun berganti tahun…tiada membuahkan hasil…hati sudah lali dengan pelbagai pertanyaan, soalan yang bertalu talu keluar dari rakan rakan sahabat handai malah saudara mara.
akhirnya,
diri meredhoi serta bertawakkal dan menerima kenyataan bahawa mereka hanya dikuniakan SEORANG anak sahaja….ameeennn… dia mencurahkan sepenuh kasih sayang pada seorang zuriat itu…menatang ibarat minyak yang penuh, menddidik, mencorak ke arah kebaikan….Alhamdulillah anak ini tidak pernah merungut serta meminta ADIK. mungkin amat memahami akan keadaan insan yang bergelar IBU.
Walaupon kini sudah 16 tahun berlalu, mereka bertiga hidup bahagia, penuh dengan kasih sayang…walaupon hanya mempunyai seorang zuriat setakat ini….bagi mereka itu sudah cukup memadai sekiranya inilah percaturan dari YANG MAHA ESA.
No comments:
Post a Comment