Ini Wilayah Hijau: Cerita Raya, emo…


25 August 2010

Cerita Raya, emo…

Sebelom start bercerita, sekarang mode:EMO,SEDEY sebab baru lepas tengok cerita SYURGAMU RAMADHAN, kat tv3, jam10.30 malam isnin-khamis. seyes sedih weihhhh….


ok mari bermula…
ini berkaitan cuti raya. ngko tak habis habis pasal cuti kan….hehe hurmmm, tahun ni raya PERTAMA, KEDUA, hany akan beraya di rumah mertua,KELATE. RAYA KETIGA tengahari baru hany bertolak balek ke GANU.


dah nama hidup suami isteri, kena lah tolak ansur kan. Tahun lepas memang dah raya kat rumah hany dulu, sebab majlis sambut menantu hany ngn MZ berlangsung pada hari raya tahun lepas.


seyes, hati mana tak sedih kan. for info hany seorang je anak perempuan dan merupakan anak bongsu. setiap tahun bila hari raya menjelma, hany akan beraya bertiga iaitu AYAH,MAK & HANY. last year dah jadi ber4 dengan kehadiran suami. korang bayangkan tahun ni, RAYA PERTAMA, AYAH & MAK hany beraya berdua sahaja. YA ALLAH…macam mana hany nak hadapi semua nih….memang la makcik hany ade, sekangkang kingkong je pon rumah dgn rumah hany kan…


Dengan ayah hany tak berapa sihat,
dengan hany je la anak yang selalu ada kat rumah time raya…adoiiii seyes, hany memang tak leh bayangkan macam mana keadaan nanti.


Sebab itu,
sebelom raya, 8&9 sept, MZ mengalah…kitorang akan balek ke ganu dulu, then petang khamis, baru bergerak balek ke kelate. at least mak ayah hany rasalah kehadiran anak menantu dia walaupon bukan pagi raya yang hening tuh….


hany bukan merungut…
hany tahu hany kena berkorban, adat hidup suami isteri kan, kena bertolak ansur. tapi sedikit sebanyak perasaan sayu tu akan hadir…apatah lagianak perempuan, anak bongsu….


hany bersyukur,
dapat suami yang memahami, nak balek ke ganu dulu, walaupun dia boleh je buat keputusan balek kelate terus kan. tapi dia memahami keadaan hany. dan hany jugak bersyukur…family mertua pun macam nak hany hepi dan rasa ceria di pagi syawal…sebagai contoh diorang sekeluarga tema baju warna HIJAU, which is my FAVE COLOUR. hany amek benda tuh sebagai salah satu benda yang amat bermakna, bagaimana keluar mertua cuba untuk bahagiakan, gembirakan menantu dia.


sebelom ni, hany selalu fikir,
kalau MZ tak balek pon family mertua masih ada anak anak yang lain kan, ramai lagik adik adik MZ yang beraya di rumah, tapi kalau hany tak balek, mak ayah hany dah takde anak anak lain yang akan beraya bersama….tapi sekarang hany sedar….itu pemikiran budak budak….


dah nama berkahwin, maka kena terima keseluruhan keluarga dia…walaubagaimana sekalipun, ko kena hadapi semua nih. memang mula mula akan terasa kesunyian, kesedihan tapi ko kena ingat hany, ko dah berkahwin, ko kena ikut suami, kata kata suami…ingat tuh hany.INGAT!!! berdosa, tak cium bau syurga ok, jika engkar….


InsyaALLAH,
semua akan okay…lagikpun TERENGGANU dgn KELANTAN jer kan, bukan jauh, perjalanan antara rumah masing masing hanya 3jam…so please hany fikir positif…


hany dah bagitahu mak hany awal awal lagik…
sebelum puasa supaya mak bersedia kan, tapi kat ayah hany, hany tak kuat tak bagitahu…semoga ayah hany faham. ameen…


dan, semoga kehadiran menantu mu ini, menceriaka aidilfitri yang akan tiba ni ma & ayah…ameen….


ingat, mak mertua ibarat mak sendiri hany…


** sedey seyes sedey ;( **
Komen
4 Komen

4 comments:

mizz sue said...

sabar kak ..semua tu dugaan..jd isteri yg solehah..nnti dapat msuk syurga...wahhhhhh...

ardinihumaira said...

tabahkan hati ye kak...
cheers!:)

Butang Pena said...

sabar byk2 ye hany...
org paham perasaan tu...
org pun adik beradik 3 org je...
kalo sorang takde mmg terasa...
insyaallah lame2 nnt hany akan ok...
syukur dpt suami memahami... ;)

misyamissyou said...

akak, sy lom kawen..tak tau cm ne perasaan akak..tp sy pn ank tggal perempuan..sy fhm sikit gak..jgn sedih ye kak..alhamdulillah suami akak faham akak..