Monday, August 30, 2010

Menara Jam di Mekah, Kiamat makin hampir?

 

 

 

Rasanya dah ramai yang buat entri pasal Menara Jam di Mekah ni kan. tapi hany pon still nak buat jugak entri pasal menara nih. dan info info di ambil dari email dan jugak selatanonline.net

 

 

Umum mengetahui menara jam Mekah ini merupakan menara ke2 tertinggi mengatasi MENARA TAIPEI (509M). MENARA JAM MEKAH (590M) berada di belakang BURJ KHALIFA (828 meter). sebelom melihat gambar gambar dan fakta fakta menarik mengenai menara ini, mari kita sama sama membaca ini dahulu :

 

 

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya:

 

“Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?”

 

Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda:

 

“Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya.

 

 

1) Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya.

 

2) Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya.

 

3) Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.”

 

 

Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim”

 

 

image001

 

 

image005

Jarum Jam

 

 

image008

belakang jam

 

 

image011

menggunakan 2juta LED

 

image003

Ka’bah sayup kelihatan dari atas…

 

 

INFO:

Pembinaan menara jam Makkah membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Muka jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu.

4 comments:

ardinihumaira said...

Ya Allah...
benarla kak.. huhu.. tambah amal jom

suzzsuzie said...

Hanya Allah yang maha mengetahui///dah tak nampak kaabah tu

Rohani Hashim said...

dni, akak pon bkn tahu sgt, tp skrg duk searching, baca baca jugak la... mula2 akak tanya hubby akak then akak search la mane mane kan...


betol tuh kaksue, Semuanya ketentuan ALLAH...

edy said...

terpegun dan terpaku melihat nye

~TQ Dear~

Followers