Monday, February 28, 2011

Sedap & Selesa, Tak semestinya MAHAL




Ha,
Inilah tagline sebuah kedai makan yang hany pergi, SEDAP & SELESA, TAK SEMESTINYA MAHAL. Kedai ini berdekatan dengan opis hany. ahaha pasni tiap tiap hari la kan makan kat sini.


Apa yang menariknya pasal kedai nih, deco deco dalam kedai ni, bertemakan English Style. haaa kakjemah mesti suka ni kan…ha opismate hany pun suke…jom usha gambar jom.


240220114879 ni tempat buat air


240220114880 sebelah kanan tu tempat basuh tangan


240220114882


240220114885 ni background kat kaunter


240220114896

ha,
ada set lunch yang agak murah.

1) Set nasi+asam pedas ikan pari/tenggiri/kembong+sirap=RM5.00
2) Set nasi+sup tulang(ada daging dalam tuh)+sirap=RM5.00

dan,
bagi hany rasanya OK, berbaloi dengan harga RM5 tuh. menu lain lain, harga pun boleh tahan. rasanya memang boleh tahan.


240220114893 asam pedas ikan tenggiri…


240220114890 ini pulak sup yang pakej tuh…


240220114895 kaunter…ni rasanya owner dia…sangat bergaya, kemas, cun jugak….


Lokasi kedai ni adalah berhadapan dengan Jaya Jusco Taman Equine, eh sebenarnya tidaklah berhadapan sangat, sipi sipi jer.

Tenuk Theme

Last week,
ada sambutan hari lahir lagik kat opis hany.hehe boleh dikatakan sebulan sekali kitorang akan makan kek. yerlah kata sambutan untuk staff perempuan, so yang lahir berbeza bulan…jadi hadaplah kan….


Tema kali nih adalah HITAM PUTIH a.k.a TENUK THEME! mari tengok gambar…biarlah gambar bercerita…chewahhhh


DSC00725 kek, tiramisu…


250220114908 Inilah orang yang dirai…sgt comel…


250220114917 bersama hadiah hadiah dan hadiah ;)


DSC00733 lampu kasi totop


owhhh,
kali ni sambutan hanyalah di pantry ofis, sebab ada sedikit masalah teknikal ;)


250220114915 kan dah cakap, sila duduk sebelah besday gurl sure ada gambar korang;)


edit2 hadiah…


edit3 hadiah lagik…


edit4 dan lagik…


250220114932 antara aksi comel…suker


SDC12797 group foto…tenuk theme;)


edit1
hitam putih


eh eh,
last last sebelom habish entri nih…

edit gambar kesukaan tuan rumah ;)


ha,
minggu nih ada lagik sambutan hari lahir…tema REDmummy lagik tau!


**alaa takde baju merah laaa…hahaha hany ni banyak baju hijau jer**

Saturday, February 26, 2011

Menggelapkan kulit di PD

 

 

Ha,

hari ni adalah hari sabtu yang luar biasa, sebab selalunya kitorang pada hari sabtu, akan berada dirumah, bangun lambat…kemas kemas rumah….then beli stock keperluan harian.

 

 

tapi,

hari ni hany join MZ dan geng geng opisnya ke PD. hehehe kalau hany tak pergi, harusla MZ tak pergi kan…;)

 

 

inilah aktiviti kitorang hari nih…

 

 

260220114939

 

 

 

Pagi pagi lagik,

masa nak solat subuh, hany dah buat test…ini kira aktiviti LASAK, jadinya hany buat la pregnancy test dulu kan, yerlah kalau ada 2line, hany tak main laaa…tengok jer, tapi tengok ada 1line jer….so hany pun join laaa…tapi baru je lewat 1hari peot….

 

 

takde gambar lagik. sebab semuanya ada dengan membe MZ.seronok sebab dorang semua ada DSLR, so takyah nak sebok sebok guna HP ku;)

 

 

Sudahnya,

lengan ku berbelang…huhuhu sebab pakaai baju lengan half jer…erkkkk…

Friday, February 25, 2011

Okay tak macam ni…

Hari ni,

ada sambutan majlis hari lahir di opis hany, dan temanya adalah Hitam putih….hehehe tenuk theme!

 

 

dan…

inilah gambar yang hany paling suka…ooo yeahhh!

 

 

250220114918 tak di edit langsung….

 

 

editbagi glow glow glow sikitttt…

 

 

ha,

hany sangat suka gambar nih, selamber je muka…walaupon gambar tak di edit tuh, tetap hany suka. gaya macam nak tunjuk cincin jer kan…ahahaha, pastuh sepupu hany cakap, ayu semacam jer…tak macam ko la hany…see hany bukanlah seorang yang ayu, dah nama pun hany kan….

 

 

tak caktik kan tudung hany pakai….ahahaa kakmas siap cakap, selebet la ko hari ni hany…sebbanya kes yang awning dalam tuh kelepek jer…

 

 

Alkisahnya macam nih,

hany kan beli shawl panjang tuh set dengan anak tudung nih. kan kalau pakai anak tudung nih, dia akan melekat, jadi muka pasti bolat jer kan. hany yang nerd dan tak pernah pakai anak tudung mcm ni, pergila bukak jahitan kat belakang sampai separuh, dengan harapan nak bagi muncung…sekali ko…kain cotton yang berat itu tak mampu nak jadi muncung, terus terusan kelepek macam ni. sudahnya, ha naseb ko la…pakai jer….

 

 

sampai opis,

mereka yang berpengalaman bagitahula, kena beli ape tah, masa nak iron, spray dulu then baru la iron, nanti jadi keras, maka tegaklaaaa anak tudung itu.ntah la hany pun taktahu dan tak pernah cuba….

 

 

takperlah, nanti kita try. tadi tunjuk kat MZ gambar ni, cantik dia cakap hehehe, pagi tadi tak pulak dipujinya masa keluar….hurmmm

 

 

**semangat dah datang…;)**

Perempuan…

Hidup seorang PEREMPUAN, TIDAK LENGKAP sekiranya TIDAK MEMPUNYAI ANAK…


Habis,
dah tak der rezeki lagi, macam mana…jangan lah cakap macam tuh, terasa hati orang tuh…dah dia memang tak diizinkan ALLAH untuk mempunyai zuriat lagik…kecik ati member tu tau, seolah olah maksudkan hidup dia tak lengkap…


takperlah,
baek doakan macam ni kat dia….

“murahkan la rezeki dia ya ALLAH, KO kurniakan la zuriat yang sholeh dan sholehah buat dia…”


kan bagus macam tuh.ini tidak disakitkan hati orang tuh. berdosa tau buat orang sakit ati, kecik ati…dahla badan tak berapa nak kecik, korang pergi kecikkan hati dia pulak….


Alhamdulillah,
syukur ke hadrat ALLAH, kerana murahkan rezeki semua orang…ameen ameen….

Tujuan Sebuah Perkahwinan…

 

 

 

 

 

Ada yang katakan nak:

 

Mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W

MengHALALkan hubungan antara lelaki dan perempuan

Mendapatkan zuriat ramai ramai

Ada orang jaga kita

ada orang support kita….

 

 

 

bagi korang???

Thursday, February 24, 2011

Nyut nyut& penyakit M

M = MALAS

 

 

perasan tak,

sekarang mzhany tak banyak entri, dah 2hari dah, 1 entri je setiap hari…sebabnya hany dah dilanda penyakit M. banyak sangat hany nak share….tapi macam tak der idea. bukak WLW nih, nak taip entri…tetibe blank….

 

 

owh yer, TAHNIAH buat MALAYSIA menang 2-0 melawan PAKISTAN. permainan yang mantoppp. banyak peluang buat MALAYSIA, kalau semuanya masuk gol, rasanya dah 5gol lebih dah MALAYSIA boleh menang.

 

 

Pastuh,

hany ergi potong rambut kat JJ. dia potong layer….lantak la macam mana, janji rambut ku itu, pendek senang nak urus…nak nak time nak mandi wajib tengah tengah malam, cepat sikit nak kering kan. pastu si cherry (yang tukang gunting rambut hany), tolong luruskan rambut hany, kan hany pernah rebonding kan…

 

 

Pastuh lagi,

kepala hany dah pening pening sebab terkena kepanasan blow tuh eiiii sakit sangat, sakit sakit sakit….macam melecur kulit kepala…. pastuh, dah pening pening…kalau pening meloyakan tak per hany suker…sebab mesti ada isi kan…ni pening yang nyut nyut nyut….berdenyut….kalu diam diam, tak gerak tak cakap, mcm bunyik jam nyut nyut nyut tuh…..

 

 

Pastuh,

Pesan kat MZ belikan apam balik…eiii tak sedap la plak…padahal selalu makan apam balik tu la kan…makan 2…muak dah…eiiii….

 

 

Pastuh lak,

MZ lak spray untuk bunuh seekor lipas…aaaa dah la pening kepala, pastuh ruang tamu yang kecik ni penuh plak dengan bau spray tuh…eiiii….

 

 

ok dah, xleh taip dah…bye

Wednesday, February 23, 2011

Kak Limah

Semalam, hany saja la main main kuiz kat FB tuh. saja je kan, baru je sebelum ni amik kuiz pasal Loghat GANU nih.kali nih hany amek kuiz pasal watak dalam cite ce cite ce cite…Hantu Kak Limah Balik Rumah…

 

 

2-22-2011 9-57-59 PM

 

 

tengok apa watak hany dapat? HANTU KAK LIMAH ok!!!!

 

 

 

ahahaha,

giler memang giler….

 

 

 

**ok daaaa….sekadar selingan di pagi hari…**

Tuesday, February 22, 2011

KEKASIH atau SAHABAT?




Ahaaaa…
kali nih entri CINTA yer…dek tak dapat tengok TERIMA KASIH CINTA,mariii kita buat entri CINTA jer lah…janji ada CINTA.


cinta Allah

TIPU kalau cakap tak pernah bercinta. umm mungkin adalah yang tak bercinta, tup tup terus nikah kan…tapi mungkin tak ramai kan. apa yang hany nak highlight kan di sini adalah…antara CINTA HATI/KEKASIH dengan SAHABAT/KAWAN.


Pastinya semua orang mempunyai kawan kan, yer lah kita hidup di dunia nih, selain ahli keluarga kita, pastilah kawan kawan menjadi peneman hidup kita kan.ke hulu ke hilir, dengan kawan kawan kita tuh kan. saat suka duka…


but then,
ada la seseorang JATUH HATI pada mu. serius la melamar kamu untuk menjadi KEKASIH HATINYA. yesssss of coz la kamu teruja, terasa diri begitu glemer. dan bonuslink nya pulak…kamu memang meminati dia selama ini.ding dong ding dong….couple la kamu berdua….


saat saat indah bergelar couple…
waaa kalau boleh 24jam sehari nak bersama, kemana pun kau kan kubawab, ke hujung dunia kebintang kejoraaaa….


Ha,
tang ni lah yang tak ELOK nye. dek kerana terlalu dilamun cinta, semua nya dengan kekasih hati, semuanya! orang disekeliling kamu dah tak peduli. kawan kawan jauh sekali dah kamu nak hang out…semua nya dengan kekasih hati.


Pleaseee laahhhh,
JANGAN BEGITU wahai adik adik ku. katakan la kamu dah tak boleh ELAK sangat kan, terjebak jugak dengan CINTA nih. pleaseee jangan sia sia kan HARI MUDA MU dengan melayan perasaan CINTA dengan si DIA shj. hidup ini perlu REALISTIK. bukan sekadar di alam fantasi kamu.


ingat, walaupun dah ADA KEKASIH HATI. jangan sesekali kamu BELAKANGKAN KAWAN KAWAN. tidak semua benda, tidak semua perkara kamu boleh buat dengan KEKASIH HATI. seriusly, kamu pastinya perlukan KAWAN KAWAN. SERIUSSSS!!! jangan sampai kawan kawan larikan diri dengan sikap kamu nih…


friendship

Cuba bayangkan,
tetiba KAMU CLASH, ha ape korang nak baut dengan masa korang yang selama ni setiap masa dengan kekasih hati??? bukan ke alih alih korang perlukan kawan jugak kan. kalau ada kawan yang baik hati…mungkin la akan bergaul balik dengan korang, tapi kalau ada yang betul betul terasa hati…menjauhkan diri dari kamu…ha cuba jawab.


ok fine,
pleaseee jangan hidup dalam dunia fantasi. cubalah bahagikan masa tuh dengan semua orang…nanti dah jadi SUAMI, barulah kamu perlu SETIA, SENTIASA bersama lelaki yang bergelar SUAMI.


dan,
lelaki pulak, janganlah duk kongkong kekasih hati kamu, supaya bersama kamu jer….bagilah masa untuk masing masing dengan dunia masing masing….


hurmmm…
last but not least…dalam bercinta, ingat batas batas yer!


dah nikah kahwin ni pun,
hidup bermasyarakat masih perlu diterapkan…yang pasti jangan melepasi batas la kan. kita dalam dunia ni bukan hidup berseorangan…


** fuhhh, buat renungan bersama yer**

Monday, February 21, 2011

Si PINK dalam blog HIJAU




Haaa….
inilah si pink yang hany nak cerita






SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA. TERIMA KASIH.


so apa lagik, jom ler join

Mariii, umm misi mlm ni, nak jengah ke semua blog dlm bloglist…

 

 

 

 

 

INSYAALLAH…

ni impian dan target malam ni. kalau sebelum ni tak semua blog hany mampu jengah…maksudnya dalam bloglist hany tuh.hany jengah pada blog yang selalu komen kat blog hany….

 

 

tapiiiii…

malam ni hany try untuk pergi ke semua blog yang ada dalam bloglist hany…ahahaa gile kan tamak tuh….alaaa bukan selalu pun kan….semoga hany larat ;)

 

 

mari mari….jenjalan di alam maya mariiiii ;)

 

 

IMG_2414

 

 

**eh ape motip gambo tuh…**

Tip Balek Kampong versi hany ;)




Hehehe,
gatal nak jugak buat tip tip bagai kan. padahal benda basic jer pun. semua orang tahu kan. eh eh takpe, mungkin cara hany berbeza dengan korang kan, dan mungkin ada yang tak pernah jalan jauh, boleh jadikan panduan dan rujukan…chewahhhh


hany buat ni berdasarkan pengalaman hany balek GANU & KELATE yer.


1) Rancang Perjalanan

hehehe, ini semua orang tahu, kat iklan pun selalu keluar kan. contoh katakan nak BALEK RAYA AIDILFITRI la kan, sila plan untuk balek 3hari or 2hari sebelum raya lah. kalau 1hari sebelum raya, SILA BERSEDIA UNTUK DRIVE SELAMA 12JAM sehingga ke 14JAM baru sampai ke destinasi anda yer….



2) Bawak air yang mencukupi

Macam hany, sekarang hany dah tak beli air kt petronas ke ape, sebab hany dah rajin buat air sendirik,even air masak hany bawak bekal sendirik. kalau beli pun macam redbull tu je lah, utk hilangkan mengantuk. memang boleh stop, tapi kalau dah jemmm kekdahnya kan…camno



3) Sediakan CASH & TOUCH n GO jugak

dekat tol, better ada cash dan touch n go kad yer. contoh macam baru nih, cuti raya cina nih, bahagian touch n go yang jemmmm, sebab ramai guna touch n go kan. so boleh la pergi bahagian cash, kalau cash yg sesak pergi je touch n go kan. kalau rasa ada duit lebih, sediakan jugak smart tag tuh. senang pilih je mana satu nak gune kan;)



4) Bekal makanan mesti bawak

hehehe, ini wajib nih kitorang. sebab selalunya kalau balik time cuti yg memang cuti, for sure rnr penuh, kalau dari kelate, kitorang akan stop di masjid gua musang, makan bekal kat situh dan solat terus. kalau dari ganu, berhenti kat rnr gambang makan bekal kat situ.hehee jimat kok. siap bawak balek mangkuk tingkat tuh isi bekal…;)

080220114734



5) korang kena pandai teknik menahan kencing

ahaha, yang ni susah sikit ar. gile ko nak tahan tahan kencing nih, batu karang kan jap agi. kalau stop kat mana mana tuh, rasa nak kencing, kencing je terus…jangan tahan tahan, jap lagik, time jemmmm, time tu la semua orang berpusu pusu stop kat stesen minyak, time tuh jugak semua orang nak kencing…ha masak la korang beratur mcm nak beli tiket wayang cerita ngangkung tuh, panjang weh…setengah jam pun belum tentu korang dapat kencing.



6) Pakaian yang selesa

Kalau pakaian yang selesa hany, sama la jugak dengan pakaian yang selekeh. ahahah ala dalam kereta je kok, pakai tshirt@blouse yang kain cotton tuh, sluar pun selalu kain cotton, then sarung tudung awning.pastuh, bantal peluk. fuhhh slesa…tidoo terus ;)



7) Bertimbangrasa

Rasanya, tang bertimbangrasa nih, bukan saja nak balik kampung, kat mana mana pun perlu BERTIMBANGRASA. memang semua orang nak cepat sampai…tapi jangan la sampai menyusahkan orang lain kan.



8) Berhati hati

ini pun sama, BERHATI HATI di jalan raya, eh bukan di jalan raya jer…di semua tempat laaa…sentiasa jaga keselamatan walau dimana anda berada.



**ok itu jer…bye…sikit punya lama taip yang ni, sekarang baru bleh publish…baru siap;)**

100% Melamine

Jalan jalan kat JJ,
sekali tuh terpandang la pinggan mangkuk, sudu garfu…yang sangat memikat hati…serius memikat hati…


1

2

Serius, hany suka sangat set sudu garfu nih. ianya plastik yang penting adalah KALER HIJAU HIJAU. gerammm. tapi fikir fikir balik ishhh duduk berdua je, orang datang pun sekali sekala, nak buat apa kan….pastu lagi satu side, napsu berkata beli jer…bila lagi nak dapat nih…ahahaa


meh ushar yang lain pulak…

180220114853 peminat fink mesti suka nih


180220114854 itu jer lah yang hijau…hurmmm


180220114855 merah!


Tapi harga nya…agak mahal laaa…mangkuk hayun kecik pun dah RM4.90 dah…yang lain tak tahu lagik tuh…cek cek cek, ternampakla tanda nih…

180220114856


100% MELAMINE!


**MELAMINE tuh mahal eh???**

Senyum sokmo

Assalamualaikum…

selamat hari isnin. hehehe kejap jer kan dah hari isnin, dah kena masuk office.hehehe….sebelom apa apa, meh tengok gambar nih…

 

 

180220114870

huhu,

jarang tuh hany senyum tak nampak gigi. selalunya senyuman ku mesti menampakkan gigi arnab ku itu. tak senyum sebab ingatkan tak nampak la senyuman, dah topeng itu sangat besar kan.ropernya nampak…

 

 

okaylah kawan kawan, selamat hari isnin. selamat bekerja;)

 

 

**besarnye tudung!labuh semacam jer;)**

Sunday, February 20, 2011

Kena tegur sebab sanggul tinggi sangat…!

 

 

 

Ahad yang damai nih,

teringin nak bercerita pasal SANGGUL rambut nih. hurmmm korang semua perasan kan, fesyen sekarang, pakai tudung….SANGGUL tuh kalau boleh…tinggi ibarat menara KL.

 

 

Kalau takde rambut panjang, berjela takleh buat tinggi tinggi nih. dahtu si sheera(halimah jongang) baru potong rambut, camne dia nak buat sanggul setinggi menara KL tuh??? jangan risau…sekarang dah ada jual dah sanggul tipu tuh… alaa kalau ada rambut palsu…sanggul palsu pun ada tau!

 

 

alkisahnya bermula…

masa hany sekolah dulu…rambut hany panjang…sampai bontot. memang tak dibenarkan potong rambut, sebab ayah hany tak suka anak perempuan dia rambut pendek. biar panjang berjelaaa lagi dia suke.

 

 

pastuh, hany ni sekolah pakai tudung (cehhh haruslah kan…), then hany ni main sanggul je la rambut tuh, sebab nak muatkan dalam anak tudung tuh. anak tudung bukan la beso…maka kena la pack kan untuk sumbat masuk. masa tu nerd mana ada fikir fesyen fesyen sanggul ni weh, janji rambut masuk kemas, selesa.

 

 

sekali,

ada la ustazah hany tegur. ni personally tegur la. dia cakap dengan hany jer…face to face. dia cakap

 

 

“rohani, sanggul awak tinggi sangat, awak tahu tak dalam ISLAM TAK BOLEH?”

 

 

“tapi ustazah saya pakai tudung, bukan nampak rambut”

 

 

“memang tak nampak, tapi sanggul awak dah menampakkan yang rambut awk panjang, awak tahu tak…sanggul tinggi mcm ni ibarat bonggol unta”

 

 

“rambut saya panjang ustazah, ayah saya tak bagi potong, saya kena ikut arahan ayah saya, saya dibawah tanggungjawab dia”

(jawab mcm ni konon supaya dapat excuse la kan, pastu jawapan mcm berilmu jer…cehh)

 

 

“yer, saya tahu…tapi awak boleh kan sanggul supaya tak tinggi, tak menampakkan “bonggol unta” awak tuh”

 

 

“ok ustazah, saya try”

 

 

“awak kena buat ni bukan untuk saya, tapi untuk aurat awak. bukan try tapi buat”

 

 

 

balik rumah,

jenuhla berfikir macam mana taknak bagi nampak sangat sanggul nih…kalau lepas je, kompom nampak rambut kat hujung tudung…sebab panjang sangat…

 

 

then,

caranya adalah…hany jalin dulu rambut, jalin=tocang=dendan. alaa ikat selang selang jadi mcm lipan tuh. lepas dah jalin tuh, baru lipat then ikat…dan ianya berkesan memang tak nampak sanggul tinggi bak bonggol unta.

 

 

sekadar ingin berkongsi apa yang pernah hany alami…terpulang pada masing masing la…kita dah jalankan tanggungjawab untuk menyebarkan…nak paksa…memang tak mampu kan…

 

 

 

**sharing is caring…b nak potong rambut, susah rambut panjang…mandi wajib jenuh laaa…;)**

Saturday, February 19, 2011

Sini Ada Hantu

Tengah bukak web GSC nih…ummm ape la fcite yang boleh di layan esok nih…adoiiii laaaa…MZ nak tengok KHURAFAT, tapi hany TAK BOLEH tengok! nanti hany akan ketakutan sepanjang zaman ;)

 

 

tiba tiba macam terpandang lak tajuk ni SINI ADA HANTU. pastu pernah gak tengok kat blog bangnara, ada yang email cakap besh citer nih!

 

 

new-picture-2

 

tapiiiii,

BESH ker citernih? kang tak berbaloi plak kan pergi tengok. tapiii esok kena gak pilih untuk tengok wayang sebab kalau tak mesti kebosanan di rumah.

 

 

saper pernah tengok citer nih? BESHHH TAKKK???

Dasar GERSANG!

Dapat mesej ni hari ni,

dahla hantar kat number broadband. ape nak jadi laaa….

 

 

2-19-2011 12-51-17 PM

 

 

Aper nak jadi la zaman sekarang ni?

Sushi

Selalu jer tengok hana makan sushi dan adik beradik nya lah…hehe almaklom ler hana berada di japang sana. bolehla makan sushi kan kan kan…seronok!!!

 

 

jumaat,

masa lunch hany makan sushi jer..sebab pagi dah makan bekal. eh eh bawak bekal ok! kelass ko.ahaha tetibe rajin kan masak untuk bawak bekal ke opis.

 

 

makan sushi di JJ jer, bukan sushi king laaa…

 

 

180220114846 hanya mek yg set RM4.90

 

 

hany sangat suka salmon. kalau dulu kan selalu hany buat salad masukkan salmon sekali. tapi hany masak dulu la salmon tu.ahaha hany bukan nya pure jepun kan, mana masuk makan yang tak masak nih…

 

 

beshnya kalau dapat pergi jepun…uuuu b….

Friday, February 18, 2011

Mood nak join GA/Contest

 

 

 

malam ni tetibe teringin nak join GA/contest. dah lama owh tak join ga or contest nih. dah terbengkalai dah blog hijau lagik satu tuh…tu lah, gatal nak ada blog banyak2, sudahnya si hijau ni jugak yang selalu hapdet…

 

 

tapi,

hany tak nak join GA yang suruh TAG orang boleh??? hahaha dan GA yang menawarkan hadiah pada referrel tertinggi. huhu sebab sah sah hany takkan dapat laa…

 

 

demand pulak kan nak join GA orang macam macam ko nak ko taknak. yer lah hany punya GA dulu pun senang je syaratnya, tak wajibkan orang follow pun…cuma mintak letak dalam bloglist jer, itu TAG pun xder…ummm

 

 

tapi,

terpulang pada masing masing la kan, itu GA dia suka hati dia la kan…ko tak suka hany, tak payah join…senang….

 

 

 

jommm carik GA/CONTEST jom!!!!

RM129, cantikkk!!!

Serius chanteq…
pelbagai pilihan warna…berkenan jugak la, tapi ntah tak smpai lagi la seru nak beli.


180220114864


180220114865



180220114867


reason tak terbukak hati nak beli:

ala ala kaftan kan, so nampak macam menggelebeh jer…eh ke tak? pastu sure nampak lagi “besar”, dah la memang dah besar pun…adeiihhh, tapi design and colour dia memang cantik kan!


**suka tengok dato’ siti pakai** 

Pertanyaan dari Amir

Semalam,
ada yang tinggalkan komen pada entri 100 untuk Jerang air. dia bertanyakan akan dapur elektrik nih.



Mula mula hany nak bagi pendapat hany la:

Amir nak guna untuk masak dalam bilik kan, since dia pun seorang dalam bilik. Bagi hany boleh digunakan, sebab guna elektrik kan. tak de asap pun. jadi sesuai jer untuk masak ringan ringan kan, ala kadar tuh. boleh sangat sangat laaa….


pasal harga pulak:

hurmm, honestly hany tak pernah survey yang single tuh. tapi hany pernah terjumpa laa, rasa nya kalau tak silap tak sampai RM200. hany pernah jumpa di kedai elektrik biasa jer.


ha member hany pernah beli yang single punyer, brand TAKADA dengan harga RM150.cuba lah cari. hany lupa la nak tanya dia beli kat mana.


hany tak sempat survey la amir, ni entri ringkas buat amir yer. nanti ada masa hany buat lagi k…owh yer…hany ada terjumpa link kat mudah pasal dapur yang sangat murah compare dgn yang hany pernah survey before nih. meh kelik link ini. KELIK SINI.




**harap dapat bagi info sikit sebanyak**

Mesti ramai yang tak setuju bila baca entri nih




Korang kenal FASHA SANDHA???


ahahaha, memang soalan giler? sikit punye glemer minah ni, dengan kontroversi tak habis habis, dengan gossip tak habis habis kan…sape tak kenal???


fasha104

HANY & MZ,
bersetuju mengatakan yang FASHA SANDHA ni CANTIK. huhu sama la pulak kan pendapat kami kali nih. yer CANTIK itu adalah SUBJEKTIF. mungkin bagi orang lain akan kata FASHA ni tak cantik kan…ini bergantung pada masing masing punya penilaian la….


dan,
MZ siap boleh kata, FASHA SANDHA lagi CANTIK dari AYU RAUDAH. aaaaa sudah..habisla kipas susah mati ayu raudah marah nanti. ni sebab MZ tengok cerita yang maya maya tuh. jom layan foto FS jom;)

fashasandha9 manis…ni dari cerita chinta tu kot


FASHA SANDHA/HIP
sexy lady…


fasha-sandha macam ella la pulak…


fasha-sandha-kelantan-vs-negeri-sembilan-2 masa tengok piala malaysia 2009, sokong kelate ker?



Hany ingat lagik,
dulu masa awal kemunculan Fasha nih, tak leh blah owh dengar suara dia…nak nak time dia menjerit eiii nak lempang laju laju je rasanya.


tapi, sekarang…hany akui dia memang besh berlakon. memang seronok ar tengok dia berlakon semua watak, bagi je kat dia…sure boleh jalan. tengok la kan, even kontroversi banyak, tapi still ada orang amek dia berlakon kan kan kan…sebab apa??? BAKAT mehhh!


hany rasa drama dia berlakon hany follow laa, dulu CHINTA, sekarang Samson&Delaila. besh!!


SAMSON dan DELAILA
“B, fasha ni cantik kan”

“a’ah, tapi kontroversi sangat”

“tu ler, tapi bakat pun power..tengok r ganer pun ada je yg amek dia berlakon”


ahaha,
MZ pun siap tahu kontroversi fasha nih. ye r…semua benda hany baca mesti hany update kat MZ malam malam. bukan gossip artis je laa…politik, sosial, hal semasa…hany kan radio kat rumah ni.;)


**setiap orang berbeza pandangan kan…so ini adalah pandangan hany, mungkin anda semua tidak setuju, aperpun setiap orang ada pandangan sendiri…eh eh agak agak nak luahkan pandangan anda kat sini, silakan**

Thursday, February 17, 2011

Hany cakap loghat GANU


Selalu hany buat MARI BELAJAR sama ada loghat GANU ataupun loghat KELATE. ha sekang jom tengok hany cakap loghat ganu…hehe tengok tau, bukan dengar;)


2-16-2011 10-07-09 PM


Bermula dengan kuiz nih.
dah nama anak jati GANU kan, takkan la loghat GANU pun hany tak lepas;)


Seterusnya…

2-16-2011 10-07-46 PM

ha,
ada faham ka?


2-16-2011 10-08-10 PM

ha,
mana perkataan yang tak faham? meh hany bagitahu jawapan ;)


**takperlu lah nak malu dengan loghat negeri sendiri, sepatutnya BANGGA ok**

~TQ Dear~

Followers