Friday, April 9, 2010

Amalan Sebelum "PERGI"



Email dari seorang sahabat yang selalu kirimkan tazkirah pagi jumaat:

Antara amalan yang boleh dilakukan oleh kita. amalan amalan ini bakal memberikan kita "akaun simpanan" akhirat.

~~ Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah

~~ Sumbangkan kursi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah... 
~~ Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang

~~ Bantu Pendidikan seorang anak

~~ Ajarkan seseorang sebuah do'a.Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah

~~ Berbahagi CD Quran atau Do'a

~~ Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta 

~~ Letakkan pendingin air di tempat umum

~~ Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung  dibawahnya, anda dapat hasanah



    ini adalah antara nya sahaja, banyak lagi yang boleh kita lakukan dalam menyiapkan diri kita sebelum di jemputNYA. Hany pernah dengar kuliah maghrib kat masjid kampong hany, ustaz tersebut cakap, bukan susah pon nak bukak "akaun simpanan akhirat"...sangat senang, kita hanya perlu "masukkan duit" sekali jer tapi, "interest' nya akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa, tanpa kita ketahui...


    kita tak perlukan modal besar pon:

    1) 1Tukul & beberapa batang Paku:
    dalam tandas atau tempat ambil wudhu', pakukan paku sebagai tempat menggantung tudung. nah, sekarang dah tahu kan, setiap kali org masuk tandas nak amek wudhu' ker, mesti dia akan menggunakan paku kamu itu untuk menggantung tudung, bukan kah itu beerti kamu memudahkan urusan org? cuba bayangkan berapa ramai yang akan menggunakan paku ini...berapa sen jer modal?


    2) selipar jepun
    beli 5pasang selipar jepun, dan sedekahkan pada surau atau masjid. pasti ada yang akan gunakan selipar tersebut semasa mengambil wudhu' kan?

    ** untuk renungan bersama, sekadar mengingati diri sendiri dan sesama kita**
    **hany pernah paku sebatang paku je kt toilet...hehehe, nak kena bukak 'akaun' lagik ni**



    No comments:

    ~TQ Dear~

    Followers