Sunday, April 11, 2010

Jiran




yer, pasti nya kita semua tahu kan apakah itu Jiran@tetangga. siapakah jiran tetangga? yang tinggal berhampiran kita, 40buah rumah di sebelah kanan, 40buah rumah di sebelah kiri, 40buah rumah di belakang, 40buah rumah di hadapan, 40buah rumah di atas dan 40buah rumah di bawah. haaa maknanya ramai la jiran tetangga kita kan!!


Alhamdulillah,
kita tak bersendirian rupanya kan...


Sape kata kita tak perlukan jiran? tak kesah la ada jiran ke tidak kan! owhhh bagi hany sendirila, hany perlukan jiran, sangat perlukan jiran. maybe hany di besarkan di kampong, yang mana kita semua ketahui ikatan kejiranan sangat la kuat dan kukuh. kalau kat kampong hany tuh, seingat hany, hany kenal semua org kampong tuh...maybe nama dalam ic hany tak tahu laa...tapi nama panggilan hany kenal...


sejak dari duduk umah sewa bujang sampailah ke rumah sewa dengan suami nih, Alhamdulillah jiran jiran yang pernah hany kenali semuanya ramah tamah...senang la dengan mereka semua...dan sampai sekarang masih lagik kenal mereka semua.


Kita nak hidup berjiran nih, kena la kita ni pandai berjiran jugak kan...benda paling asas, jangan sombong, jangan lokek nak senyum, jangan berat mulut...bertegur sapa lah...kalau kita dah bertegur sapa, mesti lah jiran kita tuh senang hati, tak kan la dia tak nak jawab teguran kita tuh kan..kalau dia taknak jawab pon, takpe lah, kita dah selesa tanggungjawab kita kan...


my MZ sekarang ni sangatlah selesa dengan kejiranan sekarang... dia kalau boleh nak beli rumah area sini... (kalau mampu la...InsyaAllah), dengan jiran jiran yang tidak sombong, ramah pastu aktiviti surau di sini pon aktif...hurmm semoga kami berkemampuan dan berpeluang untuk terus tinggal di sini...ameen.


hany nak citer, salah seorang jiran hany...Alhamdulillah dia sangat baek, tak sombong, tak kedekut pulak tuh...patot la dia murah rezeki kan...sebab dia sangat tidak kedekut kalau tang makanan, selalu sangat dia bagi makanan kt kami sekeluarga, walau secoet mana, sehingga sebanyak banyak nya, pasti dia akan hulurkan buat jiran tetangga dia...betol la kata org kan, tak kedekut bab makan makan ni, rezeki melimpah ruah...ameen....


macam mana pula kalu kita dapat jiran yang sombong yang tak serupa nak bergaul...tak per lah...kita tegur je lah kan, tak salah pon dan tak rugi pon kan...dia tak nak membalas itu hak dia laaa...kita sebagai jiran dah buat apa yang patut kan...manusia kan, lama lama mesti dia akan 'cair' jugak...walau dia tak bertegur sapa, kurang kurang nanti dia senyum membalas senyuman kita.itu pon dah cukup menyenangkan hati, betol tak?


sebagaimana kita ni manusia, maka perangai pon berbagai bagai kan, jadi kita sesama insan nih, bertegur sapa laa...tak rugi pon berbuat baek sesama manusia...


1 comment:

cik daisy said...

setuju.. i miss my old neighbors @ lep 4/22. mmg sgt rapat hingga skrg ni. kalo ade mkn2, kenduri kendara, misti depa jemput mai.

~TQ Dear~

Followers