1 Banyak-banyak kuda, kuda apa yang paling panjang?
Jawapan: Kuda yang berbaris-baris
2 Banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut
3 Banyak-banyak lembu, lembu apa yang orang suka cari?
Jawapan: Lembu yang hilang… kalu tak hilang orang tak cari punya
4 Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain kerana bah tu banjir, 'rain' tu hujan...
5 Kalau kotor tak dapat dicuci, kalau koyak tak dapat di jahit
Jawapan: Kertas
6 Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama.
Jawapan: Tapak kaki kita
7 Apakah dia yang paling laju di dunia, lebih laju kereta F1 malah lebih laju dari Jet pejuang?
Jawapan: ntah laju sangat, tak sempat nak tengok.
8 Semua hewan jadi monyet, monyet jadi apa?
Jawapan: monyet jadik banyak...
9 Kenapa Superman berbaju ketat?
Jawapan: semua baju dia saiz S
10 Kalau kucing naik moto, manusia naik apa?
Jawapan: naik heran
1 comment:
ekekekeke..
memg merehatkan minda.. :P
Post a Comment