Pernahkah anda dengar mengenai “Unexplained Infertility”? Atau dalam bahasa kita ia dikenali sebagai ketidakkesuburan yang tidak dapat dikenal pasti.
Ok baiklah, saya akan terangkan lebih lanjut mengenai unexplained infertility (UI) ini. satu pasangan telah berkahwin lebih dari 2 tahun dan mereka masih belum dikurniakan zuriat. Tetapi mereka ini mempunyai system pembiakan yang normal malah pengeluaran ovum dan sperma juga adalah normal.
Mereka juga tiada sebarang penyakit seperti plycystic ovari sindrom (PCOS) ataupun kanser servik ataupun masalah kitaran haid. Mereka normal sahaja tetapi tidak dapat hamil.
Jika anda mengalami masalah ini, doktor akan mengesyorkan kaedah IUI (intra uterine insemination). Dan ia amat memerlukan kos yang tinggi.
Tetapi bagi saya, itu adalah jalan yang terakhir. Sebenarnya ada lagi cara yang perlu anda lakukan sebelum melangkah melakukan kaedah tersebut.
Anda perlu optimumkan kesuburan anda. Kawal pemakanan, jangan stress dan sentiasa mengambil multivitamin. Walaupun perkara ini nampak temeh remeh dan macam tidak membantu, tetapi sedarkah anda bahawa dengan memakan megi sahaja anda sudah menganggu kesuburan anda.
Dalam megi terdapat kandungan perisa (dalam bentuk serbuk) yang mampu menganggu sistem pembiakkan anda.
Begitu juga dengan makanan segera yang lain seperti KFC ataupun Mcdonald. Makanan tersebut mengandungi banyak lemak yang tidak baik. Lemak ini bukan sahaja boleh ’menggemukkan’ badan tetapi ia secara tidak langsung boleh menggangu perubahan hormon pembiakkan anda.
Setiap orang mempunyai tahap kesuburan yang berbeza. Jadi sebagai langkah keselamatan, makanan-makanan segera ini perlu dijauhi.
3 comments:
Makanan segera memang akan mengundang penyakit segera..
macam belajar bio la plakk
hani: haha semuanya segera kan...
zida: ooppss sy bio tatk terer la zida...
Post a Comment