Monday, April 26, 2010

kaitan “mengeluarkan peluh” dengan kesuburan.






Salah satu cara meningkatkan kesuburan adalah dengan mengeluarkan peluh seperti bersenam, bersukan, bercucuk tanam dan juga berjogging.


Bagaimana berpeluh mampu meningkatkan tahap kesuburan? Dalam badan kita terdapat pelbagai toksik yang terkumpul. Toksik-toksik ini mampu menganggu hormone-hormon dalam badan kita termasuk hormon pembiakkan. Jadi toksik ini perlu disingkirkan dari badan kita


Ada juga toksik ini tidak dapat dirembes keluar melalui urin (air kencing). Tetapi hanya boleh disingkirkan melalui pengeluaran peluh sahaja.


Oleh itu kita perlu juga mengeluarkan peluh untuk membuang toksik-toksik yang menganggu proses hormon dalam badan kita. Jika selama ini kita hanya fikir mengeluarkan peluh hanya untuk buang lemak ataupun untuk kuruskan badan, tetapi kita silap. Berpeluh juga dapat membantu kita meningkatkan lagi kesuburan.



**selalu bercucuk tanam, kat farmville ;)**



No comments:

~TQ Dear~

Followers