Hany ni berasal dari Pulau Duyon, Kuala Terengganu...Pulau Duyong ni bukanla pulau peranginan sepertimana Pulau Kapas, Pulau Redang kan...tapi adlah pulau yang penuh dengan penduduk yang mana majoritinya adalah orang kebiasaan. Dahulunya memang majoriti nya adalah nelayan, namu dek arus kemajuan, hanya tinggal minoriti sahaja yang bekerja sebagai nelayan.
meh tongok, dari wikipedia :
Pulau Duyong merupakan sebuah pulau di muara Sungai Terengganu di negeri Terengganu, Malaysia. Dahulunya, ia terbahagi kepada Pulau Duyong Besar dan Pulau Duyong Kecil, tetapi pemendapan dan longgokan pasir telah menyatukannya dan juga merubah garis pantainya. Suatu kawasan pendapan baru telah dimajukan menjadi Resort Teluk Warisan yang menjadi tuan rumah kepada lumba kapal layar tahunan Piala Monsun.
Pulau Duyong dahulunya menjadi penginapan ulama terkenal Tok Syeikh Duyong[1] (1802-1889), yang disegani istana dan juga rakyat, dan keturunannya, dan merupakan tempat pengajian agama. Kota Lama Duyong[2] ialah peninggalan zaman itu. Oleh kerana bentuk geografinya dan keertian lokasinya dalam keilmuan agama, Pulau Duyong pernah dirujuk sebagai 'lidah Terengganu'.
Pulau Duyong terkenal dengan pembuatan bot tradisional. sama ada bot itu adalah bot tradisional dan jugak cara pembuatan adalah secara tradisional. korang tahu tak bot tradisional tidak mempunyai paku besi tuh?
salah satu pengangkutan ke pulau duyong adalah menggunakan bot yang mana kami panggil bot penambang. lagik cepat dari menaiki kereta. bot penambang kecik dari feri yer kengkawan, muatan lebih kuran 20 orang pada satu satu masa.
di pulau duyong juga terdapat kota lama duyong. yang mana pada zaman dahulu kala, kot aini adalah istana raja raja lama. tapi sekarang ni sudah di jadikan muzium, khusus untuk para pelajar membuat kajian. kota ni dekat je dengan rumah hany, selang 2 buah rumah.
hehehe, masuk gak gamboww dia...abaikan patung cendana tuh yer
Kini, pulau duyong sudah terkenal hingga ke antabangsa dek kerana Piala Monsun/Monsun Cup yang diadakan setiap tahun pada musim tengkujuh, iaitu hujung bulan november. seingat hany, acara ini akan diadakan di pulau duyong untuk 7/8 tahun berturut turut....
acara sedang berlangsung
so kengkawan, ada mahu ke terengganu? singgah la pulau duyong...boleh tengok pembuatan bot tradisional, dekat dgn pasar payang tempat naik bot ke pulau duyong nih. jugak dekat dengan masjid kristal.
entry sebab rindu nak balek kampong, awal mei nih balek kampong, jom...
**gambar from incik google**
No comments:
Post a Comment