Tuesday, November 9, 2010

Hukum Minuman Yang Dimasuki Semut

**From mail**


Sharing is Caring ;)


Image.image001.jpg@01CB6327.880E1610

Orang kata, air yang dimasuki semut ni jika diminum bersama-sama semut tersebut, orang yang meminumnya juga akan menjadi bodoh seperti semut. Tapi semut tu bodoh ke? Semut lebih bijak dari serangga lain sebenarnya. Apapun jom la kita tanya ustaz yang lebih mengetahui apa hukum minuman yang dimasuki semut dari pandangan Islam.


Soalan:
Bangkai semut yang masuk dalam minuman, apa hukumnya meminum air tersebut?


Jawapan:
Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:


1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.


2) Semut masuk dalam keadaan hidup
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.


Wallahua’lam


**Masyarakat kita sinonim dengan, kalau selalu lupe tuh maknanya banyak makan semut kan**

3 comments:

Ena said...

owh.. ada hukum rupanya..
mrmm.. baru tau.. abis camner lak kalo semut yg dah mati lam gula dan kita menggunakan gula tersebut? eh! mcm hany ustazah pulak kan.. kalo tau la kan..

ardinihumaira said...

rumit juga ye.. huhu.. dni biasanya buang je semut yang ada dalam gula. nak buang, sayang... contohnya gula baru dibeli dan masuk semut. dni buang semut dalam gula dulu... baru bancuh air. adeih.. najis tak cemtu.. risau lak..

Rohani Hashim said...

@ena, ahahah hany tak brani nak bg kalau bab hukum nih, tp itu seolah2 dikira tidak sengaja, tp kalau kita dah nampak kena buang dulu la...


@dni, dr apa yg ditulis tuh, kalau kita nampak ada gula dlm semut, tp tak buang and buat air, itu dikira tak boleh, tapai kalau buang dulu semut tu and guna akak rasa boleh...

~TQ Dear~

Followers