Tuesday, November 30, 2010

PULAU DUYONG: Mengusik Kenangan, menyayat hati…






Semalam,
MZ kerja sampai malam…hany duk sorang2 kat rumah…hany on FB…seyes agak lama tak on FB…


Hany tak tengok update aper pon…terus hany taip kat search tu PULAU DUYONG, yang sememangnya hany join page nih. kalau korang nak tahu, PUlau Duyong adalah tempat hany membesar, tempat kelahiran mak hany….


Terus pergi ke Photos tab,
nampak perkataan PULAU DUYONG jer dah buat hati hany sebak…seyes….rindu sangat sangat…padahal baru je balek masa raya haji kan…tapi rindu ni bukan dek rindu dah lama tak balik…tapi rindu nih rindu yang mendalam….rindu terhadap kenangan lama….


34351_132919046746561_100000853987444_159608_8186035_n Rumah hany sekitar kawasan yang dibulatkan


PULAU DUYONG ni kecik jer….betol betol pulau, tapi bukan pulau peranginan. dihubungkan dengan Bandar Kuala Terengganu melalui Jambatan Sultan Mahmud dan juga bole menaiki bot penambang yang kini semakin pupus.


Kebanyakan penduduk PULAU DUYONG adalah nelayan, namun kini semakin hari semakin ramai pemuda serta pemudi berhijrah ke luar negeri….contohnya hany kini di Selangor. Bukan tidak menghargai tempat sendiri….tapi apakan daya, rezeki hany di bumi Selangor nih….


Hany sedih, sebab semakin hari semakin lain PULAU DUYONG nih…maklumla pembangunan giat dijalankan…PULAU DUYONG kini dah komersial, dah glemer serata Dunia dengan adanya Pertandingan Kapal Layar Dunia (Monsoon Cup)….ada baik ada buruknya….

25323_384853988598_299639378598_3857583_7258873_n

38971_423196793598_299639378598_4816782_1133162_n

25323_386636163598_299639378598_3899589_6156004_n


36899_412132193598_299639378598_4529656_7269599_n


RINDU weih suasana nih…bergenang air mata hany tatkala melihat gambar gambar ni semua…hany pernah lalui…pernah lihat semua ni…tempat kita membesar kan….


hany bukan menolak pembangunan,
tapi pembangunanlah bakal melenyapkan semua keharmonian yang ada. kampung hany ni memang kategori kampung yang betol betol kampung lah…petang petang, akan ramai lah orang kampung turun ke tebing sungai, duduk dudk ambil angin…


pakcik pakcik, makcik makcik berbual sesama mereka, anak anak ada yang bermain bola, sepak takraw, mandi sungai yang kategori selamat…heheh walaupon ada yang lemas, tapi budak kampong apa adahal…kelihatan jugak pemuda yang sedang mengecat motor bot…menampal motorbot yang retak/bocor…itukan sumber rezeki mereka….


sumpah sedey weih…
terasa sudah terlalu lama hany meninggalkan kampung halaman…kalau diberi pilihan, memang akan tinggal di PULAU DUYONG kesayangan…dengan taraf hidup yang rendah…dengan ibu bapa, saudara mara serta rakan taulan di sekitar rumah….siapa mahu menolak….


tapi apakan daya….
semoga suasana yang wujud sekarang di PULAU DUYONG akan kekal selama lamanya….ameen….Sumpahhh RINDU SANGAT KENANGAN LAMA…..


29845_393591913598_299639378598_4063738_3223632_n

32585_403157708598_299639378598_4291586_7445978_n 

highlight_Alt_Bot Penambang 01_Std
inilah bot penambang yg hany selalu naik kaalu nak ke bandar kuala terengganu….dan inilah bot yang semakin hari semakin pupus…tolonggg kerajaan Negeri Terengganu, kekalkan budaya ini….


pix: tengkiu to FB PULAU DUYONG


**mode:sedey sangat…rinduuuu kampong halaman**

5 comments:

Hanis MY said...

Hanyyyyyy bestnyaaaa, hana dah lama pasang angan2 nk g situ, huu semoga flora fauna PD masih terpelihara.. hana pun tgh mood rindu kg jugak...

theflow said...

bestnya..tak penah lagi smpi terengganu..

SUHAIDA said...

TERINGIN NAK PI SANA JUGAK

Anonymous said...

zr yg mmg kg kt ganu x penah g pulau duyong heheheheh
tingin jgk , tp abah x kasi naik bot aka sampan tu ..huuhuhu

mmg suke kalau kg yg bebtui kg .. cz zr kt pahang stil mandi gune perigi , besh oooo .. air nye sejukkkk

Rohani Hashim said...

@hana, yer kan hana semoga semuanya masih kekal kan...sian generasi akan dtg ;)


@mira, jom g ganu...hihihi dtg umah akak...


@sue, jom jom cuti cuti malaysia...


@zura...pulau duyong bukan pulau peranginan tu yg org taktahu sgt. skrg ni la br org kenal....

~TQ Dear~

Followers