Ini Wilayah Hijau: 23 Adab Isteri Melayan Suami Ketika Di Rumah


17 December 2010

23 Adab Isteri Melayan Suami Ketika Di Rumah

 

 

 

Kawan kawan,

marilah sama sama kita baca dan mungkin boleh dijadikan panduan buat kiwahai kaum wanita yang juga isteri….

 

 

1. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada dirumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan isteri.

 

 

2. Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja, tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman. Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.

 

 

3. Elakkan bersikap moody apatah lagi menarik muka masam dengan suami, sikap begini boleh saja membuatkan suami tersinggung.

 

 

4. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya. Jangan suka menyampuk dan memotong percakapan suami.

 

 

5. Layani perbualan suami biarpun apa yang diperkatakan bukan yang anda minati. Dengarkan saja kata-katanya dan responlah bila diperlukan.

 

 

6. Apabila bercakap dengan suami pula pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukan menengking-nengking

 

 

7. Sekiranya suami marah, seeloknya isteri mendiamkan diri. Jangan amalkan sikap suka menjawab (walaupun anda rasa anda betul). Suka menjawab akan mengundang lagi kemarahan suami.

 

 

8. Ada kalanya suami suka mengusik isteri. Bila yang dilakukan menyentuh perasaan, janganlah terlalu dan cepat merajuk. Tanamkan sikap untuk menjadi lebih sporting bukan lebih sensitif.

 

 

9. Bergurau sendalah dengan suami, ketahuilah bahawa bergurau senda antara suami isteri juga salah satu ibadah yang diredhai Allah S.W.T

 

 

10. Jika suami berhajat sesuatu, isteri hendalah cepat bertindak. Bangun segera jika disuruh dan janganlah melengah-lengahkan kemahuannya sehingga mencetuskan kemarahan.

 

 

11. Bila kehendak suami dan anak-anak bertembung, dahulukan kehendak suami.

 

 

12. Minta izin suami sebelum keluar daripada rumah begitu juga sekiranya anda pulang lewat dari tempat kerja supaya suami tidak risau.

 

 

13. Mintalah izin terlebih dahulu sebelum menggunakan harta suami baik kereta mahupun wang ringgit. Jangan amalkan “Guna Dulu Beritahu Kemudian”

 

 

14. Sediakan suasana rumah yang memberi ketenangan buat suami. Jangan biarkan rumah berselerak terutamanya ketika suami yang penat bekerja pulang kerumah.

 

 

15. Masaklah hidangan  mengikut kesukaan suami dan bukan selera isteri.

 

 

16. Air minuman suami pula hendaklah sentiasa disediakan. Tak perlu tunggu suami minta baru nak sediakan. Sebaiknya, sentiasa sediakan air ketika suami pulang dari kerja

 

 

17. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan suami sebelum dia keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.

 

 

18. Cium tangan dan pipi suami sebelum suami keluar dari rumah.

 

 

19. Jangan membuat perkara yang boleh membebankan suami seperti suka berhutang dalam membeli barang.

 

 

20. Hargai pemberian suami walaupun cuma hadiah yang kecil.

 

 

21. Biarkan suami tahu yang anda cintai dirinya. Sebelum berkahwin hari-hari cakap i love u dan i miss u, kenapa tidak selepas berkahwin??

 

 

22. Teman suami ketika makan walaupun anda tidak makan

 

 

23. Jangan biarkan suami tidur sendirian.

 

 

 

**InsyaALLAH…marilah kita sama sama renung renungkan….dan amalkan….benda baek apa salahnya kita buat kan**

Komen
15 Komen

15 comments:

aleen aiden said...

org yg blom kawen ni pon nak tumpang blaja kak ye..hee

qasehraihan said...

gud2.. bagus untuk dipelajari oleh semua..

kella said...

terima kasih hany! boleh print nih tepek kat robok! heheh..

tq..

apak cikidong said...

apak salu tido sensorang

Fiza Amran said...

bestnya tips.. wah tq2 sesuai utk yg nak menuju ke gerbang rumah tangga nie//

Norhafiza said...

ya..betul tu hany..No setuju..klo semua yg di atas tu diamalkan insyALLAH bahagia la rumahtangga kita..amin

nani said...

perghh..banyak nye kena ingat..;p

tp rsnye peringatan ni utk org lelaki jugak kot..
bukan kaum hawa je kena buat cenggini yer, lelaki juga HARUS WAJIB buat benda yg sama..
give n take giteww..

kalau isteri je wangi2, tp suami bau kubang..bagaimanakah isteri nak berkhidmat dan memberi kasih sayang dan cinta pd sang suami..? (*_*)V

Diyana Zulkifli said...

hany,yang last tu adalah petua paling penting.mak saye pun slalo sgt pesan yg itu. merajuk mcmmana pun dgn suami..marah ke hape ke..jangan sesekali berpisah tempat tidur..biarlah tak bercakap kejap pun,tp jangan angkat bantal pegi bilik lain atau 'halau' suami suruh tido luar..huhu. lelaki memang tak berdendam tapi tindakan tu akan berkesan di hati suami..

noor said...

no. 22 tuh xbaper nk buat hihihihi

fiq said...

nk kena praktis la ni nnt ek? hee..

syalinda johari said...

bagus...insaf kejap

Oasis said...

Untuk suami plak cam ne. Apa yang kitaorg kn buat plak ni hany? Cu citer...cu citer...

mzhany said...

@aleen, ha aleen sila sila, benda baek bagus ape di pelajari kan;)


@kakQaseh, umm betol bagus utk kite kaum hawa ini kan


@kella, sama sama...


@apak, hehehe dah tu apak taknak masuk bilik tido...memamng la tido sensorang


@fiza, ye betol fiza...fiza kan tak lama dah nak tukar status kan


@no, ameen...semoga kita sama sama amalkan benda yang elok ni yer...


@nani, hehehe betol tuh nani, tapi lama kelamaan akan igt la kan...


@diyana, ummm betol jugak tu diyana, mintak jauh la dari hany jadi mcm tu ameen...


@noor, hehehe hany selalu tak de nye teman, makan bersama ada la....kunun nak teman alih2 hany lak yang lebih makan ;)


@fiq...hehehe yer utk suami kan....


@linda, hehehe ameen, meh sama sama insaf


@wadi...eh ada la wadi, cuba tengok entri sebelom nih....

azzey said...

mzhany: info yg bagus utk diamalkan...:)

mzhany said...

a'ah azzey, benda elok meh kita sama sama amalkan