PRK terdahulu di Galas 4 November lalu, pengundian dibuat pada hari bukan cuti umum sehingga memaksa kerajaan negeri Kelantan pada waktu itu mengumumkan tarikh itu sebagai cuti peristiwa. Apabila berdepan PRK di kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat, SPR dilihat cenderung mengadakan proses penamaan dan pengundian pada hari bekerja, sedangkan apabila di kerusi BN, tindakan sebaliknya dilakukan SPR.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 22 dan 30 Januari depan iaitu hari cuti sebagai tarikh penamaan dan pengundian bagi PRK Dun Tenang, jelas memperlihatkan sikap 'double standard' suruhanjaya itu.
Rekod perkhidmatan SPR sejak dari dahulu lagi tidak pernah bertambah baik walaupun silih berganti bosnya bertukar. Alasan SPR apabila PR mengkritiknya, SPR akan berkata pihaknya teramat adil sehinggakan parti pembangkang boleh menguasai beberapa negeri sekarang ini. Itu alasan paling bodoh yang selalu kita dengar. Adakah sebelum PR menguasai beberapa negeri, ini bererti SPR berlaku adil?
lu pikir la sendiri..
1 comment:
errrr..tengah duk pk la ni..pk..pk..pk..hehe..
no sehat cuma rushing sket..
Post a Comment