Sunday, January 30, 2011

Mangsa minyak dagu

Korang mesti tahu kan, pasal kes mangsa minyak dagu nih. Ya ALLAH mintak jauh dari semua ni ya ALLAH.


baca di metro.
Hany adalah search sikit sikit kan, Dibawah ini dinyatakan cara-cara atau amalan yang boleh dilakukan untuk memagar diri kita dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa. Ia boleh menyerang kita.. ketahuilah cara memagari diri kita dari sihir dan gangguan syaitan.



1) Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah (KURMA)

Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
"barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat Al Bukhari)



2) Berwuduk Sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka.


Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:

"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
"Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci"
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)



3) Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:
"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan"
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.
(Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)



4) Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.



5) Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas

Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:

"Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan"
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina.



Mungkin ini sebahagiannya lah kan. mungkin korang semua ada cara yang korang sendiri tahu baek baca dari mana mana atau pun diberitahu oleh seseorang kan.


yang pasti, sama sama lah kita mengamalkan apa apa yang elok demi kehidupan kita sekeluarga ameen…


**share kan jugak yer, apa petua/amalan yang korang tahu, terima kasih, sangat menghargai**

6 comments:

Anonymous said...

terbace jugak pasal ni..dasat..skrg ni dah macam zaman dulu plak hntar2 sihir kat orang..yg penting kite dekatkn diri dgn tuhan..insyaallah

qasehraihan said...

nauzubillah..

Rohani Hashim said...

@misya
a'ah kan makin menjadi jadi skrg...mintak jauh la dari semua ni kan....ameen


@qaseh
nauzubillah jugak kak, mintak jauh

Liza said...

thanks for the tips, berguna tu

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Hany - kita mmg kena sentiasa berwaspada.

Sebelum makan bacalah doa penghalang sihir. Masuk rumah jgn lupa beri salam, lepas solat maghrib amalkan baca ayatul kursyi & 3 surah terakhir surah al-baqarah. Nak tido baca 3 kul. Semoga kita semua terpelihara dr hasad dengki dari sesama mahkluk.

No Lan said...

alhamdulillah..betul tu hany..skarang dengar kata br nak wat akta bagi pesalah/pengamal sihir ni sebab kadang2 blh menyebabkan kematian..huhu..minta jauh la...nauzubillah..

~TQ Dear~

Followers