Monday, January 31, 2011

Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak







Tadi,
hany jenjalan ke blog kawan kawan, sekali singgah di blog JANG ni, terpanggil jugak la, nak share kat belog hijau nih, JANG cakap boleh copy, so hany copy bulat bulat nih dari blog JANG.


dan, dapat mesej jugak dari membe hany, anak sepupu dia sekarang kat MESIR. Ya ALLAH, KAU selamatkan lah saudara seagama ku ini ya ALLAH. KAU lindungilah mereka ya ALLAH.



Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow. Aku juga teringat kepada segelintir pembaca blog.ariff yang juga merupakan pelajar kursus perubatan di Mesir dan juga kawan-kawan seangkatan di MAI ni yang kebetulan menghabiskan masa cuti musim sejuk di sana. Harap mereka semua ni dan seluruh rakyat Malaysia di sana selama.


Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.


Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia


So what can you do now?

1) Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care.


2) Reblog this. Copy paste dan post dalam blog. Time ni memang aku galakkan sangat-sangat untuk korang copy paste.


3) Share this on Facebook.



**Dalam MALAYSIA, krisis banjir bagai, luar MALAYSIA anak anak bangsa kita dalam krisis jugak…**

Belajar Loghat Ganu: JENERE

 

 

 

JENERE,

bermaksud, LENA/LELAP/TIDUR.

 

 

 

Cara menyebut perkataan JENERE:

 

JE- bunyik macam perkataan JEMPUT-JEMPUT

NE- bunyik perkataan MENEPUK

RE- bunyik macam perkataan REMPIT

 

 

 

ha, yeayyy betol tuh betol dah tu cara sebutnya tuh. ;)

 

 

 

Contoh ayat:

1) Sori lah, jenere kejap tadi, sedar sedar dah masuk asar dah.

 

2) dang la jenere sekhelak

(sempat la tido sebentar/sekejap)

 

 

 

**hehehe, rasanya boleh jugak diumpamakan macam bunyi perkataan english GENERAL,;)**

GIVI untuk MZ


ha, sebenarnya MZ pergi kerja naek “ferrari”, hehe ferrari tuh adalah motor merah hitam milik hany. huhu hany pulak pergi kerja naek tom grey, iaitu kete MZ.sayang bini kan. tak pe la suami sanggup berhujan panas kan ;)


Disebabkan menaiki ferrari,
maka tidak akan terlepas la berpanasss, berhujan. kebetolan baju hujan MZ dah tak mampu nak lindungi MZ dari hujan. air asyik masuk je dalam baju hujan, baek tok sah pakai baju hujan ye dak? bocor jugak.


maka, kami ke GIVI di GIANT KINRARA.
sebenarnya hany tak pernah pulak masuk GIVI nih. sepanjang hany bawak motor(masa belom nikah) hany tak kesah pulak pasal baju hujan nih. mungkin sebab hany kerja dekat sangat dengan rumah kot. so tak kisah.


1 RM150-design dia aka getah kat belakang tuh…


3 RM123


2RM100


MZ, amek yang ke2 tuh. mulanya nak amek yang ke3 nih, tapi cek punya cek, yang RM123 tuh kain nya lagik tebal dari yang RM100. yang RM150 tuh, MZ tak suka sebab ada getah kat belakang. and hany tengok singkat la dengan MZ. harus amek kaler merah hitam. sesuai dengan motor.;)


4

kalau beli RM150, dan lebih…akan dapat 1cap GIVI macam gambar kat atas nih. CAP JE yer.helmet tuh bukan. owhhh nak tunjuk and cakap jugak, hany suke owh helmet yang sebelah kanan nih, yang warna silver hitam tuh.cantikkk woooo….


290120114572
suker owhhh helmet nih, seyes…


Lepas tuh, hany selongkar la kat GIVI nih. almaklom ler, mana pernah masuk kedai barangan eh aksesori motor nih kan. hehehe hany jumpa kasut hujan. hehehe


290120114554 ha ini dia kasut hujan.jakun owh tak pernah tengok;)


caranya, senang jer…kasut ni memang beso. kalau hujan cam biasa la, masukkan kaki bersama sama kasut kedalam kasut hujan ni. hehehe so selamat la kasut kulit cap bonia tuh dari kena hujan. ahaha ada ke kasut cap bonia…lantak la…tapi MZ tak beli pun, sebab MZ ada spare selipa, kalau hujan tukar je selipar sonang. sebelah kiri RM40, kanan RM45.


290120114555 Glove…yang ni pun MZ tak perlukan…


290120114575 ini plak mask


Serius hany berkenan sangat dengan mask ni. ada 2jenis,yang satu lagik, lagi cun. hitam smart ah.harga yang ni RM 25. hohoho yang MZ punya hany beli kt JJ, RM10 untuk 2. ahahaha. material dia memang superb.


290120114576pelapik dia boleh ditukar.


kalau dah lama guna, pelapik dia, boleh ditukar, pelapik harga RM8. alaa macam cloth diaper gak kan, ada insert tuh, yang boleh ditukar tukar.


290120114577 


seronok, dapat pengalaman baru, kekedai GIVI nih. owh tu dia orang nya yang dapat baju hujan baru. cubaan untuk cover bontot suami…hehehe;)


**dah lama owh hany tak bawak motor nih…**

Terengganu: Pasar Payang



Sangat excited untuk balik kampung, jadi tetiba teringin nak buat entri pasal negeri Terengganu ;). ok kali nih hany nak bercerita pasal Pasar Payang @ nama penuhnya adalah PASAR BESAR KEDAI PAYANG.


Pasar Payang

Di Pasar Payang nih,
korang boleh dapati semua jenis barang keperluan. barang keperluan yer, jangan korang pergi, pastuh nak beli BEZZA sebijik, memang la xder.


Pasar Payang ni terkenal dengan kain songket, batik, sutera. memang sangat banyak, tinggal korang sediakan duit dan sendiri pilihla kan. untuk hany, kalau batik, songket hany pergi je kedai makcik hany di PP33, ingat tuh nombor kedai. dah pergi nanti cubalah cakap makcik ni mak saudara rohani hashim kan, ha sy ni kawan dia. kurang2 ada la diskaun untuk korang sikit. eh ni makcik hany pesan tau;)


4d5d126edd39481c44df69b51711864c

Pasar payang (1)

kedai kain1

Sutera memang banyak kat sini. owh ya, sekarang ni area Pasar Payang nih dah ada dibina lot kedai baru, korang for sure boleh beza dgn kedai lama, dari segi nama dan binaan. dengar cerita area kedai baru tuh, harga agak up….tak sure la kan, sebab hany tak gemar kesana. suke lagik Pasar Payang yang lama nih.


Seterusnya,
korang jugak boleh dapati telur penyu si Pasar Payang nih. boleh makan terus kalau nak, sebab dah ada yang direbus disitu. atau korang boleh bawak balik dan rebus sendiri.

805323223_b5db6f8401


IMG_4607
Seingat hany, harganya adalah RM10 untuk 4biji. yang belom dimasak. maka sebiji telur penyu adalah RM2.50.



Seterusnya,
adalah keropok. ahaaa keropok lekor, keropok keping, keropok sira semesti nya boleh didapati di Pasar Payang. untuk keropok, lokasi nya adalah di bahagian aras bawah, ala Pasar Payang tuh setingkat jer, satu atas, satu bawah. sonang nak carik. kalau korang dari pintu utama, korang terus je masuk dan jalan terus, jangan naik tangga.

IMG_2641limpahan keropok


pasar payang4 

Sebenarnya,
banyak nak cerita, tapi gambar tak de lah. ahahaa alasan tuh, nanti la hany balek kampung, hany amek gambar sendirik la. baru sedap nak menggoreng kan. semua gambar adalah dari google, tapi ada sesetengah gambar dah ada watermark, so itu semua pun jumpa dari google.



**jom g GANU jom ;)**

Isnin, hari terakhir bulan Januari 2011

 

 

 

Assalamualaikum kawan kawan,

selamat hari isnin. hari ni hari terakhir untuk bulan Januari 2011 nih. fuh pejam celik pejam celik….dah nak masuk February. hurmmm bulan February nih bulan bahaya ni…eh tu next entry la yer.

 

 

Plan asal hany,

hari ni cuti la, sebab nak balek kampung sambung direct cuti raya cina kan. tapiiiii, kekdahnya MZ la tak dapek cuti. almaklom ler, RHB tak amek lagik pengganti membe tukar shift MZ kan. maka tak dapek la nak cuti…rugi woooo….

 

 

takper lah kan, redho…pasrah…

 

 

owh ya,

pada yang akan bercuti nih, harapan nya BAWAK KERETA elok elok yer…berwaspada lah. ni pesanan untuk diri sendiri jugak nih….InsyaALLAH. semoga perjalanan kita semua selamat sampai ke destinasi cinta…ameen….

 

 

ok, ehtri pagi pagi tak perlu la panjang panjang…ahahha dah karang masa tengah tengok konsert lawak kat astro warna nih…seronok owh…

 

 

**nak makan ice cream, ais krim…**

Sunday, January 30, 2011

Mangsa minyak dagu

Korang mesti tahu kan, pasal kes mangsa minyak dagu nih. Ya ALLAH mintak jauh dari semua ni ya ALLAH.


baca di metro.
Hany adalah search sikit sikit kan, Dibawah ini dinyatakan cara-cara atau amalan yang boleh dilakukan untuk memagar diri kita dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa. Ia boleh menyerang kita.. ketahuilah cara memagari diri kita dari sihir dan gangguan syaitan.



1) Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah (KURMA)

Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
"barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat Al Bukhari)



2) Berwuduk Sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka.


Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:

"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
"Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci"
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)



3) Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:
"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan"
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.
(Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)



4) Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.



5) Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas

Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:

"Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan"
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina.



Mungkin ini sebahagiannya lah kan. mungkin korang semua ada cara yang korang sendiri tahu baek baca dari mana mana atau pun diberitahu oleh seseorang kan.


yang pasti, sama sama lah kita mengamalkan apa apa yang elok demi kehidupan kita sekeluarga ameen…


**share kan jugak yer, apa petua/amalan yang korang tahu, terima kasih, sangat menghargai**

Lagik 4 hari sebelom menjengah Pulau Duyong




Ha, nak bagitahu jugak hany ni berasal dari Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu. Anak jati ganu ni weh.


Last hany balek kampung adalah pada raya haji tahun lepas. umm bagi hany agak lama la kan tak balek kampung nih. dan sempena cuti raya cina nih, hany ngan mz macam orang lain la, amek peluang cuti lama ni untuk balek kampong.


hany bergerak ke Pulau Duyong, hari Khamis InsyaALLAH. sebab MZ tak dapat cuti 3hari sebelom chinese new year tuh kan. so tak pe lah, kitorang amek cuti selepas raya cina. yer 4hari je tak cukup owhhh, nak balek GANU dan KELATE ok…mana sempat.


163642_494183078598_299639378598_6109037_7109409_n Jeti di Duyong Kecil, Pulau Duyong ni betol betol mengadap Bandar Kuala Terengganu. inilah kawasan untuk parki boat nelayan juga bot penambang.


166653_496100858598_299639378598_6137934_895198_n Bandar Kuala Terengganu tidak banyak bangunan pencakar langit, so jangan terkejut yer. kenapa yer? tahukah anda Bandar Kuala Terengganu ni betol betol dekat muara sungai, kalau musim terngkujuh dengan angin kuat ribut bagai, ombak saling menghempas…amat tidak sesuai untuk didirikan bangunan pencakar langit yer…;)


163880_488375758598_299639378598_5989376_5494963_n Inilah jambatan Sultan Mahmud yang menghubungkan Pulau Duyong dengan dunia luar. ini kabus diwaktu pagi hari Jumaat ;) ahaha sila jangan percaya hari Jumaat, itu hanya tekaan tuan rumah.


Buat membe membe yang dirindui di Terengganu, korang kerja hari ni kan. Keje Molek! i balek ganu khamis nih, nak jumpa tak???


roger roger lah yer kalau nak jumpa ;)


**balek gnau nak makan bihun sup pasor payang, nk mkn kepok lekor, nak makan sotong celup tepung, nok makan nasi dagang, nok makan je lah kekdahnya ;)**

Piala Sumbangsih: Kelantan Dari kaca mata hany ;)





hehehe,
bila seorang perempuan tengok bola, eh silap bila hany tengok bola.
memang hany akui, hany tidak la pandai sangat kalau nak komen bab bola nih kan.tapi hany tertarik jugak nak menulis entri pasal bola ni kan.


Hany ada tengok pasukan KELANTAN untuk musim lepas, 2010. memang diakui la pasukan KELANTAN nampak semakin naek. nak nak lagi di bawah pimpinan B.Sathianatan, yang mana sekarang ni digantung selama 6bulan.


KELANTAN muncul juara PIALA MALAYSIA dan juga PIALA EMAS RAJA RAJA. kedua dua piala ni merupakan kali pertama buat KELANTAN. dan untuk PIALA SUMBANGSIH ini jugak kali pertama buat KELANTAN.


tapi,
untuk musim ni, ramai pemain KELANTAN telah berhijrah ke negeri lain contohnya HAIRUDIN OMAR, AKMAL RIZAL, INDRA PUTRA, NORFARHAN. gandingan mereka berempat ini dengan NORSHAHRUL IDLAN TALAHA, DAUDSU lah yang buatkan banyak gol tercipta.


macam malam ni,
nampak pemain KELANTAN huru hara laaa…mungkin kerana kehilangan jurulatih mereka, atau mungkin masih tidak serasi dengan gandingan baru. ramai jugak pemain baru dalam pasukan KELANTAN nih.


tapi,
aperpun diharapkan untuk musim ni KELANTAN terus bersemangat la kan. dalam bab passing bola memang hancus la tengok tadi…asyik kena rampas je bola….


dan lagik…jangan politikkan sukan ;)


bye…

Saturday, January 29, 2011

Piala Sumbangsih: TAHNIAH KELANTAN




KELANTAN,
mengakhiri tahun 2010 dengan menjuarai PIALA MALAYSIA dan memulakan 2011 dengan memenangi PIALA SUMBANGSIH.


kemenangan 2-0,
Khairul Fahmi Che Mat, dipilih sebagai pemain terbaek pertandingan pilihan media. walaupun tadi sudah tewas dengan amri yahya, tapi diselamatkan oleh pertahanan melalui tandukan.


TAHNIAH KELANTAN, memenangi PIALA SUMBANGSIH buat pertama kalinya.

Peminat Khairul Fahmi, bukak TV1 or ARENA





Langsung kat TV1, ARENA,
perlawanan antara KELANTAN dan SELANGOR untuk PIALA SUMBANGSIH ;)


Well,
mzhany macam biasa laaa, harus la melanguk depan tv tengok kan. kata suami orang kelantan. tak sah weih kalau tak tengok. KELANTAN tuh yang lawan.


Malam ni, nampak merahhhh je. ahahaha penyokong Selangor pakai MERAH KUNING, penyokong KELANTAN pulak memakai MERAH PUTIH. elok sangat la. merah merata rata semangat tuh beb semangat.


piala sultan


GIler jauh GAP antara penyokong SELANGOR dengan penyokong KELANTAN. huhu bagush ler langkah awal untuk elakkan pergaduhan lan…bagush, pengalaman sebelom ni kan. huhu


Penyokong kedua dua pasukan ramai. Penyokong SELANGOR haruslah kan, sebab main kat SELANGOR. tapi kalau melibatkan KELANTAN, kat mana mana pun main, for sure penyokong akan penuh. itu memang dipuji kalau penyokong bolasepak Kelantan nih.


tapi,
MZ kalau hany ajak pergi stadium, mesti dia tak nak pergi.ahaha kat rumah la selalu kami menjerit ke ape ker. ;)


Kelantan memakai jersi baru nampaknya, penaja baru HAPPY prepaid.


macam biasa, banyak kali hany tulis kat entri kalau libatkan bolasepak, JANGAN POLITIKKAN BOLASEPAK….itu jer…


**semoga takde ape ape perkara tak elok terjadi.hohoho matang yer wahai penyokong semua, sila matang**

Triumph Fair

From 17 – 30 January 2011

 

 

280120114544

 

erkkkk esok la last day kan…ahahah sempat je kalau nak pergi kan kan kan…

Friday, January 28, 2011

Mengantok time shopping, korang pernah rasa?

 

 

 

 

 

Hari ni kan JUMAAT,

jadi masa lunch memang la panjang kan. opis hany ni dekat dengan JJ, GIANT. ALAMANDA pun takla jauh sangat kan.

 

 

Plan asal nak pergi ALAMANDA, sekali tak jadi pergi je lah JJ. kitorang makan dulu sekat PAPA JOHNS. baru bukak di JJ Equine nih. Servisnya lambat owh…ehhhhh ok ok itu je nak komen, kang tak pasal pasal kena saman weihhh….stop hany stop.

 

 

Kitorang pergi makan dulu, sebab kalau dah kenyang NAFSU MEMBELI akan berkurangan. itu yang kami semua bersetuju. dan memang betol pon, hany sorang je yang tak memebeli ;)

 

 

280120114548

 

 

280120114551

ni yang hany makan…spageti nih, air jus epal.

 

 

 

Agaknya, disebabkan makan kenyang sangat. hany still jalan jalan ikut dorang shopping. tapi hany nih windows shopping kot. jalan jalan, siap try jugak la baju kurung bagai.

 

 

pastuh kan,

tiba tiba hany rasa sangat MENGANTUK ok. MENGANTUK!!! cuba la jalan jalan, tapi tak mampu hilangkan NGANTOK. siap penat giler la. adoiiii…pastuh jumpa opismate hany sembang sembang sambil tunggu yang lain. sudahnya hany pergi cari seat. duduk sekejap sambil tunggu yang lain.

 

 

tak pernah weihhhh,

mengantuk time shopping! esok, nak balas dendam shopping ngan MZ;)

Belaja Loghat Kelate: SADAK




SADAK,
adalah SABIT yer.


images


Cara sebut SADAK:

SA bunyik macam SAYANG
DAK bunyik macam BUDAK
ok, itu perkataan untuk hari ini, SADAK iaitu alat yang digunakan untuk tebas rumbut yang mana namanya adalah SABIT;)



**MZ pernah bermimpi dapat SADAK nih. ada orang bagi SADAK ni kat dia. hurmmmm motip? b…lalang kat belakang rumah kite nih dah naek dah…nak sama tinggi ngan sayang dah…apa lagi…ur job;)**

Permintaan isteri bila balik Kelantan nanti




Semalam petang,
hany balik dari opis, terus kuarkan bahan bahan nak masak bihun goreng. tak larat nak masak benda lain…ahahaha alasan perlu ada.;)


MZ pun sampai la, +-kul6.30,
sambil goreng bihun, heheh baru nak goreng…dari kul5.45 tadik. yerlah kan goreng kopok keping la, goreng ayam la…bihun last laa. pastu panggil MZ…chewaahhhh dengan nada manja tuh…ahahah manja ker!


“b….kelik kelate kekgi, kite g jalan jalan nok?”

“nok g mano”

“kite g pata buleh?dekat dok pata dengan umoh?”

“dekat jah…umm kite g kalang kubor la”


waaaaa, betol ke nih, dah itu MZ cakap kan. jangan janji tinggal janji. isteri ajak g pantai je pun…dia ajak g pengkalan kubor pulok. ok jer…boleh shopping kan;)


sebenarnya kan,
hany ni nama je suami orang kelantan. hehehe…selalunya hany balek kelantan kan, tak pernah pergi mana mana. balek rumah mak mertua, pastu pergi rumah sedara sedara…itu jer la rutin nye.


Pasar siti Khadijah, tak pernah, pengkalan kubor, tak pernah, wakaf che yeh, seb baek pernah…hehehehe….


sebenarnya,
2tempat hany nak pergi balek nanti,


1) pasar wakaf baru,
nak beli tudung…murah murah ooo kat sini. pastu nak beli tudung lagik, pastuh tudung lagik.ahahhaa giler!!!


2) nak g pantai,
ntah apa ke nama pantai tah area wakaf bharu tuh. padahal Terengganu, pantai sampai tak ada daya nak berjalan kan, nak jugak pergi pantai kat Kelantan. huhuu saja jer nak jenjalan kan…


tapi kan,
logikla tak pernah jalan jalan ke mana mana, sebabnya:

1) MZ kalau dah balek cuti ke Kelantan, masa orang tengah cuti, for sure jalan jemmm, so malas la nak keluar g mana2 kan.


2) kalau balik kampong, cuti berapa hari jer. ahahaha kata Terengganu Kelantan, kalau cuti mesti kena balik dua dua negeri. baru adil. dua dua belah mak ayah ada lagi. kan kecik ati plak kan tak balik. so, cuti 1week pun, masih tak cukup. nak kena bahagi 2. penat tok sah cakap la kan…


3) memang MZ malas nak jenjalan jenjalan nih. ahahaha titik. takleh cakap ape la kan.


**percaya tak, sebenarnya hany bercakap dengan MZ kat rumah, bukan loghat GANU mahupun loghat KELATE, tetapi adalah cakap luar. ahaha macam orang KL, Selangor nih…gila berlagak kan…tapi itulah hakikatnya ;) tapi adalah selit2 kelate ngan ganu.huhuhu**

Cara memberi salam dengan betul…

 

 

 

**from mail**

 

 

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

 

 

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

 

 

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh” Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan… Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

 

 

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM”

 

 

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

 

 

Sharing is caring.

Thursday, January 27, 2011

Dua malam turut turut tengok citer seram…




Semalam,
terpaksa menonton, eh sebenarnya bukan menonton pun, tapi lebih kepada mendengar…sebab hany tak tengok pun, tapi dengar la dengan jelas, cerita Tangisan Langsiur. MZ ar beriya nak tengok…


Malam ni plak,
MZ duk study, ulangkaji apa tah, tapi dia membelakangkan TV. hany plak dah tertengok SERAM ni. ishhh kisah kat asrama. pastu takot sorang2. MZ tak tengok.


hany dengki, suruh MZ pusing. supaya sia study tuh mengadap TV. ahaha padahal bukan MZ tengok pun TV, dia duk pandang lappy. tapi rasa macam ada teman la, kalau tengok sama sama. beriya paksa MZ pusing. MZ ni ikutla hai….malas nak dengar mulut hany bebel.


penakot! tapi nak tengok jugak….

Kanan Aiskrim, Kiri Handphone…




Ha, jangan ditiru aksi ini ketika memandu yer….MERBAHAYA tau!


250120114540

Korang nampak tak? nampak tak? sebelah kanan AISKRIM POTONG, sebelah kiri pulak HANDPHONE. hamboi hamboi…tapi yang AISKRIM POTONG tuh, hany yang salah, belanja dorang makan…hehehe…


ni opismate hany, kitorang on da way ke UiTM Puncak Alam. bukan berdua dua an yer, ada lagi sorang staff perempuan kat belakang tau. penat weih, tak larat hany nak drive time balek;)


**puas hati dapat makan aiskrim potong**

Belajar Loghat Ganu: GERRAK

 

 

 

GERRAK,

ni bukannya bergerak yer, tapi GERRAK, iaitu alat yang digunakan untuk kumpul kumpul kan sampah. selalunya digunakan kat tanah la. ala yang bergerigi tuh. ape ke nama bahasa standard di. tapi cuba tengok gambar kt bawah nih.

 

 

037 ha ni la GERRAK

 

 

Cara sebut GERRAK:

 

GER – Bunyik macam perkataan GERGASI

RAK – Bunyik macam RAK KASUT

 

 

contoh ayat:

 

“ce g amek gerrak gok, nok kuih kuih sapoh ni”

 

 

“mok ade belakang umoh, duk gerrak sapoh”

 

 

 

Perkataan GERRAK ni digunakan untuk GERRAK itu sendiri, maknanya benda yang digunakan untuk sapu sampah tuh. dan GERRAK juga digunakan sebagai perbuatan (macam ayat ke2).

 

 

 

**pix credit to incik google**

100 untuk jerang air

Dah lama tak hapdet pasal dapur elektrik a.k.a electric stove. ohooo…adakah sebab dah lama tak masak? owhh tidak. hehehe sebab macam dah tunjuk je pasal dapur nih ;)


Sekarang ni,
hany guna periuk owh nak jerang air. ahaha tak beli lagik pemanas air tuh, ala cerek tuh. before ni kitorang guna yang auto tuh, sebab bahagian dalam macam dah berkarat, maka kitorang stop guna.


untuk jerang air,
kena guna function suhu, then macam biasa la guna je 100 darjah celcius.

230120114526selalu guna yang sebelah kiri untuk jerang air


230120114524 tukar ke function TEMP (yang bahagian tengah tuh), suhu paling tinggi 220. huhuhu…tinggi tuh.



Sebelah kanan pulak,
memang hany selalu guna untuk masak lauk pauk, goreng menggoreng nih. hany selalu guna function WATT. dan selalu nya hany gunakan 700W sahaja. kiranya tak terlalu kuat la.


Sebelah kiri ada sehingga 1500W, dan boleh kurangkan 1500, 1000, 500. 500 adalah yang paling rendah. Yang sebelah kanan pulak, ada sehingga 1000. dan boleh dikurangkan kepada 1000, 900, 800, 700, 500.


230120114525


230120114523 untuk goreng selalu guna 700.


230120114522 kuali untuk menggoreng tu didatangkan bersama dapur nih.



dari segi penggunaan elektrik, normal rate la. bila letrik bulanan hany pun paling tinggi RM30. normal la kan. masak dengan kadar biasa, tidak kurang dan tidak kerap.


tapi, kena guna periuk, kuali yang flat la kat bawah. kalau betol betol nak guna untuk electric stove, memang mahal harganya. tapi macam hany, beli kuali kecik untuk goreng telur, yang giant punye jer. elok je eh. janji boleh digunakan untuk masak kan.


kalau korang yang ada plan nak beli electric stove nih, hany recommend KITCHMATE nye brand.hohoho besh woo brand nih…


**hany ada je dapur gas biasa, tong gas pun ade. tp since dah start gune dapur letrik, so dapur n tong gas tu, jadi simpanan dulu. mana tahu nanti nanti akan digunakan**

Wednesday, January 26, 2011

Respons akan entri hany pasal beg hijau itu…

 

 

 

Terima kasih buat semua,

atas respons akakn entri hany bertanyakan ketulenan/ keaslian handbag coach…

 

 

Respons dari kawan UPM hany:

 

1-26-2011 6-16-47 PMtengkiu so much aira…

 

 

inilah handbag yang berjaya memikat hati ku.uhhhh berjaya kah daku memilikinya???

 

210120114498 nak jugak letak lagik bag hijau nih ;)

 

 

 

**malam ni nak keluar, macam nak singgah lagik je ushar si hijau nih ;)**

Belaja loghat kelate: CENA

 

 

 

Ok, mari kita belajar lagik. Loghat Kelate hari nih yer kawan kawan. dan perkataan hari ni adalah CENA.

 

 

 

CENA adalah dari perkataan CHANNEL. CHANNEL pulak bermaksud SALURAN kan. ahahaha boleh ada kan plak kat belakang…;)

 

 

 

cara sebut CENA:

 

CE, bunyik CE macam perkataan CEREK

NA, bunyik NA macam perkataaan NANA

 

 

 

Ok, itu jer untuk hari ni… sehari 1perkataan. hihihi ;)

Kesan SOYA pada kesihatan



**from mail**


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.


Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.


Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:


1) Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

2) Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

3) Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.



Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)


Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.


Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan perencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.


Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.


(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .


(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.


Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.


Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.


Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.


Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.


FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!


FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!


FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.


Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.


MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

**sharing is caring**

Dapat voucher dari online survey…



Ingat lagikah akan entri hany yang ni? Jawab survey untuk RM30?


hurmmm,
Alhamdulillah, jumaat lepas hany dah dapat surat beserta voucher RM30. huhu…rejeki.


210120114499 MR.ROHANI HASHIM? siapakah yang MR tuh yer


210120114502

mula mula berdebar gak, kenapa la prudential plak antar surat nih. hany bukan ada insurans dari prudential pun…baca baca surat nih…owhhh baru faham.


210120114503

voucher jusco.hoho sangat la sesuai untuk hany sebab sangat dekat dengan jusco.dan memang selalu ke jusco pun. terima kasih prudential….


dan,
setakat ni, tak adalah agen prudential yang call untuk promote ke apa insuran kan.huhuhu ye lah kan dah provide segala info masa jawab survey tuh.


**alhamdulillah, rezeki dari ALLAH datang dari mana mana seperti mana yang dikehendakiNYA**

Tutor versi Hany: Tiada tempat untuk komen di entri






Semalam SHAFIDA, ada mintak tolong hany. dia cakap di blog kedua dia takde tempat/ruangan untuk komen. ummm, sekilas pandang je la hany tengok. sebab mane bleh masuk dia nye dashboard kan…


ni hany bagitahu dari pandangan hany jer lah. ni dari mungkin dari segi setting nih.


1) Fida masuk ke DASHBOARD > SETTINGS then pergi ke bahagian COMMENTS

1-25-2011 10-27-37 PM


ok, cuba fida check,
macam dalam kotak yang hany tandakan kat gambar kat atas nih. make sure TICK pada SHOW.



then SAVE setting.


1-25-2011 10-28-06 PM


SAVE SETTINGS ni berada pada bahagian bawah sekali pada page tersebut.



2) Lepas tuh, cuba fida bukak blog fida. keluar tak tempat, bahagian untuk komen tuh.


1-25-2011 10-28-53 PM


eh n i adalah contoh blog hany ;)



fida, selamat mencuba ;)


**kalau tak jadi jugak, maybe layout la kan, fida cuba dulu cara nih yer**

Tuesday, January 25, 2011

Teka Teki

Apa yang pergi depan, balik belakang?

./MZ

Disebabkan tiada iklan mahupun BE, maka…

 

 

 

kat belog hijau nih, tukar le ke SHOW DEFAULT ADS. biar meriah sikit belog ini kan. kuor la jugok TGV tuh. ;)

 

 

1-25-2011 11-15-15 PM

 

1-25-2011 11-15-36 PM

 

 

1-25-2011 11-15-54 PM

 

**tak dok rejeki algik kan, takper…sabar;)**

Tutor versi Hany: Recent Comment di blog



Rajin ko hany, asyik buat tutorial je kan. hehehe kali ni masih jugak permintaan dari Diela. hehe selagi boleh buat…daku tolong. bukan susah kok. sharing is caring what!


1) ok, macam biasa, pergi ke DASHBOARD > DESIGN > PAGE ELEMENT.

pastuh, ADD WIDGET, amek HTML.



2) ok, seterusnya copy code kat bawah nih, dan masukkan code kat bawah ni dalam box tadi tuh.


<script style=text/javascript src=http://www.freewebs.com/filer/blogger/rc1blogger.js ></script><script style=text/javascript >var a_rc=6;var m_rc=false;var n_rc=true;var o_rc=100;</script><script src=http://www.mzhany.com/feeds/comments/default?alt=json-in-script&callback=showrecentcomments ></script>↑ <span id=rcw-cr><a href=http://www.madtomatoe.com/recent-comments-widget-for-blogger/>Recent Comments Widget</a> by <a href=http://www.madtomatoe.com/ target=_blank title=blogger widgets>Blogger Widgets</a></span> <style type=text/css> .rcw-comments a {text-transform: capitalize;} .rcw-comments {border-bottom: 1px dotted; padding-top: 7px!important; padding-bottom: 7px!important;} #rcw-cr {font-family: Verdana,Tahoma;font-size:10px;} </style>



a_rc=6 –> 6 ni menunjukkan 6 komen yang akan dipaparkan pada blog kita.kalau nak sepuluh, ha gantikan je dengan 10


http://www.mzhany.com –> gantikan dengan url blog anda (kalau tak jadi, cuba cari feed utk comment blog anda)


border-bottom: 1px dotted –> perasan tak, antara satu komen dengan komen, ada dipisahkan dengan satu garis putih ………………… kan. ok 1PX tuh menankan ketebalan garis itu. bolehla try tukar dengan 2px ker, 3px ker.



3) Agak agak dah puas hati, SAVE…then view la blog anda.


owhh, widget ni hany amek di http://www.madtomatoe.com.



Selamat mencuba yer;)

Pakar Handbag, boleh tolong tak?




hurmmm,
boleh tolong tak? nak tanya cube tengok gambar nih, agak agak handbag ni ori ke tak?


210120114498


Sudah fall in love dgn handbag ini. ahaha harussla sebab kaler dia HIJAU kan. tapi kecik ar…ummm hany tak suka kecik…tapi tengokla kan camno.


almaklom ler, tak pernah beli handbag yang berjenama…maka ketidakpandaian menilai sangat tinggi. memang ada surf jugak macam mana nak tengok antara ori dengan fake punyer. tapi masih tak pandai.


ke, tak leh nilai hanya dengan tengok gambar macam ni jer? hany ada bukak la kat dalam handbag tuh, ada la number siri tapi segan plak nak amek gambar. ke nak kena check kat coach nye web, ada tak keluarkan kaler hijau and design mcm ni…erkkk…


harap pakar pakar handbag sekalian dapat membantu…


segala pertolongan kalian saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih ;)


**sebenarnya misi mencari purse hijau, sekali jumpa handbag hijau ;)**

Belajar loghat Ganu: JERANG



Yang last, kita belajar pasa loghat Kelate, PODA kan. jadi hari ni mari kita mengetahui akan perkataan JERANG, loghat GANU, na na na GANU kiter…


mari kita lihat situasi dulu ;)



Mak hany: duduk la dulu, moksu nok g jerang air dulu

Sepupu: ma, mok su nok wak mende? JERANG?

Makcik hany: laaa…moksu nok g masok air la…moksu panggil JERANG




JERANG bermaksud MASAK/REBUS


selalunya mak hany gunakan perkataan JERANG ni untuk air la. hehe tak pernah pulak dengar JERANG UBI. hohoho…


cara sebut JERANG:

JE, bunyi macam perkataan JEPUN
RANG, bunyik macam RANGKA


**hany pernah dengar orang sebut air jarang, iaitu air masak**

~TQ Dear~

Followers