Tuesday, December 21, 2010

NELAYAN

Korang ade dengar berita tak, baca paper tak, pasal NELAYAN yang terjun ke laut untuk menyelamatkan diri dek kerana bot mereka yang nak karam tuh…


Jaunadi Che Mohd., 50, Azmi Daud, 24, Sukri Sapee, 19, dan Zainuddin Aziz, 34, cuba melepaskan pukat tersebut yang tersangkut pada enjin bot namun, gagal. Setelah mereka memotong pukat tersebut, kipas pulak yang rosak dan seterusnya ombak besar telah memukul bot mereka.


67164_485034513598_299639378598_5929824_5697191_n

Ha,
mereka berlima nih adalah orang kampong hany. YA ALLAH, masa hany dengar berita nih kat TV3, SENTAP terus dada nih. shootttt sampai tak dan dan nih, ingat nak kol sape la hai…sekali dengar semua nya selamat. ALHAMDULILLAH…nyawa mereka panjang lagik.


dan naseb baek masa bot mereka dilanda ombak tuh, masih lagi di persekitaran laut Terengganu. sempat jugak berenang ke pantai kan.


Kenapa sentap? kenapa sedih?


harussslaaaa, dulu ayah hany pun nelayan, arwah abang hany pun nelayan. masih hany ingat, arwah abg hany cerita, masa tsunami besar melanda, arwah berada di tengah lautan…tapi ye lah tengah lautan mana nak terasa kan.ombak besar bila dah nak menghempas ke pantai kan.


Arwah abg hany jugak pernah di tahan lanun. LANUN ok, bukan geng geng pirate of da caribean tuh…bukannn tapi lanun dari INDONESIA. sebabnya, bot mereka dah termasuk sikit ke perairan laut INDONESIA. bayangkan masa tuh, mereka ingat dah maut la…pepaham la LANUN kan.


Arwah abg cakap, semua nya dorang rampas, bukan setakat hasil tangkapan, minyak bot, stok makana, bahkan pinggan mangkuk hayun, cawan periuk belanga semua nya di kebas. tinggal la bot mereka terhuyung hayang tengah lautan…tak de minyak, macam mana nak bergerak. naseb baek tak dibuang nya dorang semua ke laut kan….haaa naya weih….

32585_403157708598_299639378598_4291586_7445978_n


NELAYAN,
satu pekerjaan yang cukup bahaya. mungkin pada pandangan mata kasar kita di bandar nih, ha nelayan je ker? ishhh…begitu rasanya reaksi nya kan….tapi ingat, kalau bukan mereka mereka di kampung ni nak buat kerja NELAYAN ni, siapa lagik…siapa. seseorang harus buat sebab itu kitaran hidup kan.


NELAYAN,
itulah punca rezeki mereka di kampung. PUNCA REZEKI. ni ROHANI HASHIM, membesar, bersekolah, masuk universiti, semuanya hasil daripada seorang NELAYAN yang bernama HASHIM bin ABDULLAH. Seawal 4pagi turun dari rumah untuk ke laut. pulang nya lewat petang…kadang kadang menghampiri senja…panas matahari, masin air laut, ombak besar…itu mainan hidup seorang NELAYAN.


tapi,
bila tiba musim tengkujuh…NELAYAN bertarung nyawa. dengan laut yang bergelora….jiwa rasa gelora….mimpi kan ayah ku di sana…


NELAYAN,
jangan dihina pekerjaan ini. jangan diejek mereka ini…sesungguhnya mereka juga membantu dalam menjana ekonomi…


**hany akan sambung lagik entri NELAYAN nih…banyak nak dikongsikan pasal NELAYAN nih**

4 comments:

Hanis MY said...

Syoknyaa baca ok hana tunggu next episode hehe, hany thanks coz inform pasal GA tu hana baru je email edy, ureshi! good luck to u too!

kella said...

oh hany! sangat suka entri ini!
meremang je bulu roma ni..
dulu, masa dok teganu, memang dah biasa dengan nelayan, sebab kawan kawan semuanya anak nelayan! bila kerumah mereka sangat teruja! bila mendengar cerita2 mereka baru sedar bahawa nelayan ni memang cekal! kuat! kalau tak ada nelayan, tak dapat la kita makan ikan! masa tu terasa sangat...
baru faham.. dan sampai la sekarang.. sangat2 la hargai para para nelayan ni..

sangat suka bau laut..
bau ikan..
(ikan segar la bukan ikan busuk! hehe)

bukan senang jadi nelayan...

terima kasih hany..

No Lan said...

sedih baca n3 hany..menyentuh di sanubari..walopun no bukan anak nelayan tp kg No betul2 tepi pantai..arwah mak pula kerja jemo ikang kering kat kg ru2 tu sambil buat belacan klo musim udang baring..

ardinihumaira said...

atuk dni dulu jual ikan tau kak... tengok nelayan memang ingat kat atuk. atuk g amik ikan dengan nelayan... pastu dia jualkan ikan tu... zaman penjajah dulu2...

~TQ Dear~

Followers